Friday, October 31, 2014

Lagi 4.5 bulan je lagi. Weeehuu!!

Assalamualaikum semua,

Semalam borak-borak dengan customer Shaklee Ummi. Kira follow-up la tapi style borak-borak. Tanya dia macamana makan Shaklee, ok tak.. ada perubahan tak.. Customer yang seorang ini baru bersalin, makanya dia ambil set berpantang Shaklee.

Dia kata okay makan Shaklee, rasa badan bertenaga. Ummi tanya luka dah baik belum. Dia kata dah tak rasa sakit, kira dah sembuh la kan? Dua minggu lepas bersalin dah tak rasa sakit pada luka. Alhamdulillah sangat! Tetapi dia masih berpantang laa sampaikan bancuh ESP pun ibu dia yang buatkan.

Then Ummi offer dia ESP, yang promo tu! Mana tau dia punya ESP dah nak habis dan dia nak jimat sebab dapat 1 tin ESP free kan. Dia pun tanya ESP ni as milkbooster ke. Dari situ la kami borak-borak pasal breastfeeding..
  
Tetiba customer Ummi tanya, “you masih bf kan?” haaa! Dak kenit bijak tu masih fully breastfeeding. Kemudian Ummi kira-kira, lagi 4.5 bulan je lagi!! Weehuuuuuu…..


4.5 bulan je lagi dah nak wean off. 4.5 bulan je lagi nak sempurnakan penyusuan dua tahun ni! Perasaan?? Bercampur baur; lega, puas hati, tak sabar, akan rasa rindu, dan yang paling penting… BERSYUKUR.



Bersyukur kerana Allah beri peluang nak bf sepenuhnya. Bersyukur kerana Allah cukupkan susu ibu untuk dak kenit bijak tu. Bersyukur kerana Allah beri kekuatan untuk mengharungi segala suka duka pahit manis sepanjang perjalanan ini. Bersyukur kerana Allah beri satu tekad yang tak pernah luntur, “aku harus sempurnakan penyusuan dua tahun!”

Tekad!!


Sejujurnya, set milkbooster Shaklee ke, set penyusuan lengkap Shaklee ke.. kalau si ibu tiada tekad atau determination yang kuat untuk mencapai cita-cita penyusuan penuh ini, pasti tak sempurna penyusuan dua tahun. Kenapa Ummi berkata begitu? Sebab perjalanan penyusuan ni tidaklah semudah yang disangka. Penat, sakit, sakit-sakit badan, leceh, belum kalau demam ke.. sakit ke, mastitis ke, diarrhea ke… macam-macam ujian.

Tetapi bila tekad tinggi, semua cabaran di atas dapat diatasi

Ummi kalau sesi menyusu, Ummi suka dekatkan telinga ke mulut dia sebab nak  “curi-curi” dengar dia isap-telan-isap-telan. Ni pun satu nikmat yang besar. Bayangkanlah susu yang penuh khasiat, mudharat-free ni anak kita consume sepenuhnya. Seronoknyaaa!!!

So, lagi 4.5 bulan je lagii. Semoga tiada cabaran yang terlalu berat lah bakal dilalui. Dan semoga tercapailah hajat hatiku ingin menyempurnakan penyusuan selama dua tahun ini. Doakan juga tau!

Alhamdulillah ala kulli hal

Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com

Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak


2 comments:

  1. alhamdulillah ummi sebab pelanggan hapy kita suka mendegarnyakan.bab susu kalau banyak bestkan masa nak susukan baby.tak ada nak pening2 kata susu sikit lagi ;)

    p/s:thnks umi sb pi blog cinta..hari ni baru nak bls jejak heee..

    ReplyDelete
  2. terima kasih juga pada suri sudi balas kunjungan! blog cinta, bertambah cinta kerana Allah. Amin!

    Alhamdulillah bab susu tu, nikmat dari Allah. Nikmat sebab Allah bukakan mata hati nak cuba produk bagus, produk berkualiti. Alhamdulillah ala kulli hal

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...