Friday, October 10, 2014

10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan

Subhanallah, MasyaAllah.. Banyak info kali ini Ummi dapat dari artikel hebat ini. Kredit dan terima kasih kepada Hj Khairol Amin Mohd Salleh yang menterjemah catatan ini, Jazahullahu Khaira! Mari kita lihat apa dia 10 sebab Jepun Mencapai Kemajuan,,




1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.

5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”

9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.

10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.
********

Bila kit abaca dan teliti semula 10 sebab kemajuan negara Matahari Tertib, Jepun ini, banyak aspek dan nilai yang telahpun diajar oleh agama kita agama Islam, betul tak? Aspek Akhlak, kebersihan, penjagaan waktu, keselamatan dan sebagainya. Dan kalau dibaca berulang-ulang kali, aspek ini dididik ke dalam jiwa anak-anak Jepun dari awal usia lagi!

Begitu pentingnya pelajaran Akhlak/Etika ini rupanya ya. Ia bukan sekadar salah satu subjek di dalam kelas. Tetapi dengan akhlak yang baik, etika dan disiplin yang tinggi ini lah asset kepada kemajuan sebuah negara.

Sekarang adalah tugas kita, ibu bapa, untuk mendidik anak dengan akhlak, adab dan disiplin untuk membentuk sebuah negara Islam yang maju! Akhlak, adab dan disiplin ini WAJIB diterapkan ke dalam diri kita dahulu baru boleh kita didik anak-anak tau! Bermulalah dengan diri sendiri, kemudian didik keluarga kita.

Adab, akhlak sangat ditekankan oleh Rasulullah SAW. Kehidupan beliau dipenuhi dan dihiasi adab dan akhlak yang baik. Tugas kita dari sekarang ialah untuk mengkaji (membaca buku-buku) Seerah Nabawi dan ikut apa ajaranNya. Semoga dengan usaha kita ini, Allah juga akan membantu kita untuk maju ke hadapan. insyaAllah!!

Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
iR Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WA: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail

Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...