Monday, October 6, 2014

Sambutan Raya Aidil Adha 1435H


Assalamualaikum.

Hari yang damai tetapi agak sepi. Mana tidaknya, mama, abah dan adik bongsu Ummi dah balik Doha dua minggu lepas. Abang sulung pula beraya kampung isteribya, buat aqiqah untuk anak bujangnya tu. Tinggallah Ummi anak-beranak dengan adik perempuan yang bakal jadi doctor tu (jom doakan! Amin Amin!!!).

Malam tadi menyempatkan diri membeli-belah sedikit di econsave berdekatan dengan rumah. Sebenarnya, nak sangat ke econsave ni, nak beli minuman malt chocolate dia. Rasa malt chocolate econsave ni sedap lah juga. Disebabkan kami boikot MILO kerana ia produk NESTLE di mana syarikat Nestle ni berbangga menyokong zionis, setakat ini.. inilah alternative kami (semoga usaha kecil kami diberkati Allah).

Sabtu malam, malam raya… dalam hati agak gembira membayangkan mall yang legang kerana ramai orang sudah pulang ke kampung halaman. Rupa-rupanya… harapanku meleset sama sekali. Punyalah ramai manusia!! Masing-masing nak shopping last minute. Hahaha.

Balik rumah, dah penat.. tetapi sempat je ajar kak long membaca sebelum tidur. Esok raya!! Syukur Alhamdulillah.

Pagi-pagi bangun, siap-siap untuk raya. Inilah hidangan istimewa hari raya!


gambar ehsan: google.com

Memang simbolik kan lemang buluh ni dengan hari raya. Tapi ni bukan Ummi bakar sendiri pun. Mana lah ada ruang dan waktu nak bakar lemang, ahaks! Ni lemang beli tepi jalan. Tetapi specialnya lemang ni dibakar di situ. Lemangnya fresh, lemak dan sedap!!! Sebatang yang besar boleh mencecah RM15! Ok lah kan.


Petang pula kami ziarah rumah mak saudara. Rumah makcik ni best, banyak tempat nak posing. Ada kolam ikan, ada gazebo, dulu siap ada bela rusa lagi!! Sekarang dah mati rusa dikerjakan anjing. Huhuhu.


Ni kira gambar raya. Aci tak?

Masa makan-makan, makcik ingatkan kami suruh jaga kesihatan baik-baik. Sebabnya keturunan kami ramai yang ada kencing manis. Masing-masing teruk kencing manisnya. Seriauu dengarnya. Kena pacat je dah melarat-larat luka sebab bila ada kencing manis, luka memang susah nak baik. Huhu.

Nasihat Ummi lah, untuk elak kencing manis ni, PERTAMA, elakkan minum minuman yang ada rasa. Dan banyakkan minum air kosong sahaja!! KEDUA, kurangkan gula dalam makanan. KETIGA, makan makanan berkhasiat. Kalau terpaksa ambil suplemen, mulakan dari sekarang. Ingat, mencegah lebih baik dari mengubati!!

Apa suplemen yang sesuai untuk masalah kencing manis ni?

Nanti Ummi buat entri khas untuk SUPLEMEN MERAWAT MASALAH KENCING MANIS.

Esok cadang untuk sambung ziarah menziarahi lagi.

EID MUBARAK SEMUA!!
TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM

AIDIL ADHA 1435H
~Ummi Abida~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...