Sunday, October 19, 2014

Resepi kentang goreng yang boleh dimakan dengan nasi

Assalamualaikum semua,

Kentang goreng? Nyum nyum!kentang goreng cheese wedges macam KFC punya pun sedap, kentang goreng panjang-panjang macam fries kemudian salut garam dan serbuk lada hitam pun sedap. Tetapi biasanya kentang goreng kita makan gitu-gitu aje kan? Atau makan dengan burger/sosej/nugget/fishNchips dan sebagainya. Kali ini Ummi nak kongsikan resepi kentang goreng yang boleh dimakan dengan nasi, kalau nasi panas2 lagi kaw!

Resepi asli dari mama tersayang. Memang sesuai untuk budak-budak, atau kita-kita yang tak ada banyak masa nak masak. Ada du acara nak masak kentang goreng ini, samada rebus dulu kentang, atau goreng dulu.. resepi asal goreng dulu kentang. Cumanya Ummi nak jimat masa, Ummi rebus dulu, sambil rebus boleh kupas bawang dan cincang bahan-bahan lain.

Mari kita lihat resepinya:-

Bahan-bahan

  • Beberapa biji kentang, kupas dan potong 6 (wedges)
  • Sebiji bawang besar, potong 6 atau 8 (wedges)
  • Sebiji cili hijau atau merah, hiris saja
  • Segenggam udang basah (lagi banyak lagi sedap)
  • Daun celery, hiris halus2
  • Sos tiram


Cara-cara

  1. Kalau anda berhajat nak goreng dulu kentang tu, goreng sampai kekuningan dalam minyak banyak, kemudian keluarkan hampir kesemua minyak dari kuali, tinggalkan dalam sesudu besar sahaja minyak. Kentangnya biarkan sahaja dalam kuali. Untuk mengelak kentang hangus, proses mengeluarkan minyak tu perlahankanlah api ye.
  2. Jika anda memilih untuk rebus kentang itu, jangan rebus sehingga kentang terlalu empuk. Agak-agaklah ye. Kemudian toskan. Dalam kuali, panaskan sesudu besar minyak masak dan gorengkan sebentar kentang tadi.
  3. Setelah kentang agak kekuningan, masukkan bawang dan udang. Goreng sehingga udang masak.
  4. Masukkan sos tiram dan daun celery. Gaulkan rata.
  5. Tutup api dan siap untuk dimakan!


Memandang Ummi ni jenis main campak-campak je bila masak tu. Tak ada lah ikut sukatan sangat. Jadi sos tiram tu curahkan sampai warna kentang jadi seperti gambar di bawah


Hehe, mengancam tak? Dah siap satu hidangan. Dalam 10 minit pun dah siap kentang goreng, sedap kalau makan dengan telur goreng mata bulat, nasi panas-panas. Ini menu emergency ni ;)

Senang je resepi kentang goreng ni kan? Oklah, selamat mencuba!

Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
iR Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak



2 comments:

  1. oh tak jika begini rosaklah diet saya..

    sedap jer tu ngheee..ni sekali rasa nak lagi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap Suri, kena cuba.. Sekali cuba, pasti menjilat jari :)

      Rosak diet? alaaa, sekali sekala boleh la. hihi

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...