Monday, November 25, 2013

Kenali Ummi


Assalamualaikum semua.

Sudah hampir sebulan ummi menulis di blog ini dan barulah ummi perasan yang ummi belum pun mengenalkan diri. Allah!! Bak kata femes “tak kenal maka tak cinta”, ye dak? Jom lah kita jalinkan ukhuwah kerana interest yang sama dan insyaAllah ke arah mencari redha Allah.

Ummi adalah seorang ibu kepada dua anak perempuan yang comel-comel ni; Ummi panggil yang seorang "kak long" dan adiknya "Asma'". Allah kurniakan dua princess untuk ummi setakat ini, Alhamdulillah. Keduanya juga kini berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan sempurna. Syukur syukur syukur.


Ummi seorang yang sangat suka kepada baby, tak kira lah baby girl ke boy. Minat nak jaga baby ni dah tertanam sejak ummi kecil lagi. Adik bongsu kami lahir sewaktu ummi 10 tahun dan ummi sangat suka menjaga dia. Sehinggakan mama ummi sering “pass”kan adik kepada ummi andai dia ingin tidur. Kata mama “sepuluh minit je baby dah tidur bila dia (ummi) yang dodoikan”. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Apa yang menariknya baby ni? Comel? Wangi? Ahli syurga lah katakan. Ummi suka perhatikan keindahan baby ni, cara dia gerak, cara dia senyum, cara dia membesar, semuanya menunjukkan kehebatan dan keagungan kebesaran ciptaan yang Maha Kuasa.

Ummi sebenarnya tidaklah berapa  suka memasak, kiranya bukan hobi lah. Tetapi, bila dah berumah tangga ni, nak tak nak, kena jugalah keluarkan bakat kan? Hehe. Dan Alhamdulillah, kata orang putih “practice makes perfect”, masakan ummi dah bertambah baik dari masa ke masa. Sekarang ni, sebelum tidur ummi sering google resepi-resepi baru dan bersemangat pada keesokan harinya untuk mencuba resepi baru tu, cewwaaahhh.. Hehe

Dan ummi menyokong sepenuhnya penyusuan susu ibu. Sejak ummi berjaya menyusukan anak kedua sepenuhnya, ummi percaya mommies juga mampu menyusukan seperti ummi juga.  Bukannya apa, apabila ummi tidak berjaya menyusu penuh anak pertama, hati ummi sentiasa resah dan rasa seperti ada yang kurang. Kini ummi tidak berperasaan sebegitu lagi. Susu ibu itulah yang terbaik. Nak tahu kelebihan susu ibu, boleh baca di sini ye mommies-mommies.

Haa, satu lagi, ummi minat bisnes juga. Sejak ummi join Shaklee, ummi dapat bantu ramai orang untuk mereka mencapai kesihatan optimum mereka. Sebarkan kebaikan!! Ummi dapat berkenalan dengan lebih ramai orang, dan mereka menjadi rakan, malah, dah jadi macam adik-beradik sendiri. Best kan?

Itu je la rasanya. Nak tahu lebih lanjut, boleh email ummi ke imariza87@gmail.com. Lots of love dari ummi untuk mommies semua!!

Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
iR Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...