Monday, November 4, 2013

Salam Ma`al Hijrah 1435H

Assalamualaikum semua.

Wah wah, begitu cepat masa berlalu. Kini kita sudah di tahun baru, tahun 1435H. Tahun baru, apakah azam mommies semua untuk tahun ini? Sebelum itu, adakah azam tahun lepas sudah tercapai?

Sudah masuk tahun baru, marilah kita tukar azam kita, mantapkan azam kita. Jom kita niat, berazam untuk menjadi ibu yang lebih baik buat anak-anak kita. Kenapa? Kerana kita sahajalah yang boleh menjadi ibu yang terbaik kepada mereka. Caranya? Galilah ilmu-ilmu keibubapaan, carilah ilmu agama, dan yang penting, haruslah kita amalkan ilmu-ilmu tersebut.

Marilah kita saling bantu-membantu, saling sokong-menyokong (baca: support) sesama kita. Ummi percaya ramai daripada kita mempunyai misi yang hampir sama. Kita saling melengkapi kerana kita akan menjadi insan yang lebih kuat dan membina Ummah yang lebih kukuh insyaAllah.

Salam Awal Muharram semua.
Opsss, dan jangan lupa lagi 9 hari bolehlah kita puasa Asyura =)
Lots of love from Ummi!!







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...