Saturday, November 30, 2013

Zat besi dan ibu mengandung

Assalamualaikum preggy dan preggy-to-be mommies. Harapnya semua dalam keadaan sihat.

Pernahkah anda mengalami rasa penat yang melampau atau telinga berdengung semasa mengandung? Itu adalah tanda-tanda bahawa anda kekurangan zat besi dan akan didiagnos sebagai pengidap anaemia semasa hamil. Info di bawah insyaAllah akan membantu anda sedikit sebanyak untuk mengatasi masalah ini.


Sebelum seorang wanita itu mengandung, dia memerlukan kira-kira 15 miligram (mg) zat besi sehari. Jumlah ini agak banyak. Kebanyakan daripada kita mungkin tidak dapat memenuhi keperluan yang disarankan ini. Semasa hamil pula, anda perlukan lebih zat besi, iaitu kira-kira 30mg zat besi setiap hari untuk membantu mengekalkan kesihatan anda dan bayi.

Fungsi zat besi ialah untuk menjana penghasilan hemoglobin di dalam darah ibu mengandung. Kekurangan zat besi akan menyebabkan anda mengalami anaemia. Ini merupakan jenis anaemia yang paling biasa berlaku semasa kehamilan. Kira-kira satu dalam lima wanita mengalaminya semasa hamil.


Untuk mendapatkan sumber zat besi secara semulajadi, anda perlu makan banyak sayur-sayuran berdaun hijau tua, roti bijian penuh, bijirin yang diperkaya dengan zat besi, kentang, daging merah tanpa lemak, kerang-kerangan, kismis, prun dan kekacang.


Apakah simptom-simptom anaemia?
Kebiasaannya seorang wanita hamil yang mengidap anemia akan merasa keletihan dan sesak nafas. Namun ada kemungkinan anda tidak sedar bahawa anda menghidap anaemia kerana simptom-simptom ini juga dialami oleh ramai lagi wanita hamil yang tidak mengalami anaemia.

selain itu, mengalami sakit kepala, tinnitus (telinga berdengung) dan jantung berdebar adalah simptom-simptom lain anaemia, selain mempunyai tabiat mengidam makanan yang tidak biasa. Kelopak mata, dasar kuku dan lidah juga mungkin kelihatan pucat.


Selain daripada makanan semulajadi, sumber zat besi dapat diambil dari Vitalea Shaklee; suplemen yang sangat bagus diambil oleh ibu mengandung.  Vitalea merupakan multivitamin dan multimineral yang mengandungi formula zat besi untuk memenuhi keperluan nutrisi-nutrisi wanita hamil.

Vita-Lea; Multi yang Hebat

Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli.  Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
•    Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
•    Mengandungi beta karotena yang membantu dalam
      mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan
      tisu.
•    Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D
      untuk kesihatan tulang dan gigi.
•    Biotin dan asid pantotenik membantu untuk
      memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
•    Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah
      merah.


Oleh itu, Vita-Lea sangat membantu ibu mengandung untuk mendapat dan memenuhi zat-zat yang diperlukan untuk memastikan kesihatan optimum dirinya dan bayi yang dikandung. Produk ini juga sesuai diambil bersama B-Complex dan Vitamin C Sustain Release Shaklee. Untuk tempahan, sila hubungi Ummi di

SMS/WhatsApp: +6011-2802-5257
atau email: imariza87@gmail,com

Harga dan layanan menanti anda semua!! Khidmat nasihat secara percuma dan berterusan untuk pelanggan istimewa Ummi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...