Wednesday, November 27, 2013

Kenapa seseorang itu perlu kurus?


Kenapa perlu kurus?

Ramai orang menhubungkaitkan “kurus” dengan kecantikan diri, slim melim dan dapat menunjuk di hadapan orang lain. Sebenarnya kita harus menukar persepsi ini. Seharusnya kita memikirkan bahawa kurus membawa kepada kesihatan yang lebih baik dan menjadi seorang manusia yang lebih produktif.

Kenapa saya berkata begitu? Ini kerana, apabila seseorang membawa berat badan yang tidak ideal, ia akan menjadi beban buat dirinya, sentiasa dan cepat lemah dan hasilnya, dia tidak optimum dalam pekerjaannya. Di samping itu, dia lebih berisiko menghidap pelbagai penyakit kronik yang akhirnya tidak menguntungkan diri sendiri.

Mari kita lihat “kurus” dari perspektif yang berbeza.

Apabila seseorang itu kurus, dia tidak membawa “extra berat” pada badannya. Dia mudah untuk bergerak dan tidak mudah merasa penat. Kurus di sini juga tidak bermaksud tubuh yang slim semata. Apabila seseorang menjaga pemakanan dan aktiviti hariannya, kesihatannya juga terpelihara.

Seseorang yang tubuhnya diliputi lemak-lemak tidak berguna, dia akan mudah letih dan tidak bermaya. Aktiviti hariannya pasti terganggu dan kurang produktif berbanding orang lain. Dari segi kesihatan pula, dia lebih mudah dijangkiti penyakit termasuklah diabetes, darah tinggi, sakit jantung dan lain-lain.

Di samping itu, seseorang yang lebih “kurus” pasti mempunyai keyakinan diri lebih berbanding yang “kurang kurus”. Cuba kita tanya pada mereka yang sudah berjaya menurunkan berat badan, adakah tahap konfidens mereka bertambah atau berkurang. Mereka lebih yakin pada diri dan pastinya prestasinya akan meningkat. Apabila seseorang berkeyakinan tinggi, dia mampu untuk berfikir dengan lebih rasional.  

Oleh itu, kurus ini tidak semestinya dithabitkan dengan kecantikan dan menunjuk-nunjuk semata. Kita sebagai seorang Muslim haruslah berusaha untuk sentiasa tampil cergas, berkeyakinan tinggi, proaktif, produktif dan juga menjaga kesihatan seoptimum yang kita mampu. Bak kata pepatah Arab; al-aqlus salim fi jismis salim – akal yang sihat terletak pada tubuh yang sihat. Ini kerana kekuatan ummah terletak pada kekuatan ahli di dalamnya. Dan kekuatan ummah terletak pada produktiviti yang berkualiti dari kalangan ahlinya. Kekuatan ini datang dari tubuh yang sihat bukan?

Cara untuk kurus antaranya ialah jaga pemakanan, kurangkan lemak, gula, garam, karbo dan makanlah dengan sederhana kuantitinya. Selain itu, bersenamlah!! Bersenam tidak perlu 2 jam sekali gus, biar sikit asalkan istiqamah. Setengah jam sudah memadai bagi satu sesi senaman tetapi haruslah dibuat sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. DAN minumlah air masak/kosong/putih sebanyak yang mungkin. Saranan paling mudah, minumlah air paling sedikit 2 liter sehari, jangan kurang daripada itu, jangan liat dan jangan mengelat!

Mari-mari kita menjadi insan yang lebih sihat, mempunyai berat badan yang ideal dan menjadi lebih produktif supaya kita berjaya di dunia juga di akhirat. Tiada asalan untuk malas dan tiada alas an untuk tidak mahu! Usaha tangga kejayaan.

Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
iR Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...