Monday, November 4, 2013

Yumna vs Yusra


Semasa Ummi mengandung anak kedua, pernah terdetik di hati; andai Ummi melahirkan anak perempuan lagi, Ummi tidak boleh menamakannya Yumna mahupun Yusra. Bukan Ummi tidak suka atau anti pada nama-nama itu, malah Ummi mempunyai seorang kawan bernama Yusra yang menamakan anaknya Yumna. Hurmmm…

=======================
Melihat kak long membesar dengan sihat dan cergas menjadi si ummi bahagia. Seawal usia tujuh bulan dia sudah pandai memegang pen. Kami perasan dia sering memegang pen menggunakan tangan kirinya. Kidal rupanya anak ummi ni ye, ikut maktehnya. Tiada masalah dengan orang kidal ni, malah ada yang berkata, orang kidal ni lebih kreatif, hurmm harapnya begitulah.

Timbul masalah kekidalan kak long apabila dia mula diajar makan sendiri. Dia terbiasa memegang sudu ataupun menyuap makanan menggunakan tangan kiri juga! Nabi tercinta kita mengajarkan umatnya makan dengan tangaannn???? Makanya, abi menggalakkan kak long menggunakan tangan kanan semasa makan dan minum walaupun dia kidal.

Abi pula semasa dia menjadi cikgu bahasa Arab di sekolahnya, dia menyanyikan lagu “liyadani” supaya anak muridnya mudah menghafal nama jari-jari dalam bahasa Arab. Dari situlah timbulnya penggunaan “yumna” dan “yusra” bagi kami sehari-hari.

Sebut je yumna, kak long dah tau yang dia salah guna tangan kiri. Kadang-kadang baru je sebut “yuuummm”, dia dah pandang tangan dia, hehehe!! Memang bukan mudah nak biasakan dia makan dan minum guna tangan kanan. Selalu kena diingatkan, kadang-kadang degil juga tak mahu berpindah tangan. Itulah cabaran mempunyai anak kidal ni. Tapi oklah kan, kadang-kadang kita guna suara manja2 bila ingatkan dia, tapi ada kalanya volume maximum juga kalau tak nak dengar cakap kan
==================

Begitulah kami di rumah ni, selalu je sebut-sebut “YUMNA” ataupun “itu yusralah!” dan sebagainya. Andai ada anak nama yumna atau yusra, konfius la pula kalau kita nak tegur kak long, yang lain pula perasan kita panggil/marah dia. Kuikuikui


Marilah ibu bapa sekalian, didik anak bukan setakat pandai baca, pandai matematik, sains bagai. Ajarkan mereka adab, ajarkan mereka akhlak, ajarkan apa yang Nabi tercinta ajarkan kepada kita supaya kita menjadi Mukmin yang cintakan ajaran Nabi, cintakan Islam


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...