Monday, November 18, 2013

Leceh sekarang atau leceh berterusan?

Assalamualaikum mommies yang aktif!!

Apa khabar semua? Mesti mommies sedang sibuk mengemas, mencuci, melipat…. Banyak sungguh kan kerja rumah ni? Nak nak lagi si kecil tu nak “tolong”. Haiyya, lecehnyaa!!! Tapi tapi… tunggu!! Si kecil nak tolong… leceh sekarang ke leceh berterusan ye?

Anak-anak suka meniru pergerakan kita, terutama anak perempuan lah. Kalau kita nak basuh pinggan, mereka pun nak basuh pinggan sama, kita nak potong sayur, dia pun nak ikut campur. Yang paling “geram”nya, sudah dibelikan mainan masak-masak, tetapi tetap nak basuh pinggan kaca kat sinki tu??? Inilah cara mereka belajar sebenarnya.

Kalau Ummi, Ummi akan biarkan dan beri peluang mereka belajar, belajar basuh pinggan, belajar potong sayur, belajar menyapu sampah. Pada mulanya memang mengambil masa yang lama untuk menyiapkan kerja kita kerana anak kita “menolong”. Itu yang kita keluhkan, aduuhh, lecehnya, tak habis-habis lagi laa kerja mama ni.. Tetapi. Lama kelamaan, mereka akan terbiasa membuat kerja-kerja rumah dan mereka akan suka untuk betul-betul membantu menyiapkan kerja-kerja rumah.

Berikan pujian, pelukan andai mereka berjaya menyiapkan satu-satu kerja rumah. Yang penting, kita sebagai ibu harus tunjukkan kepada mereka cara yang betul melakukan sesuatu perkara. Tunjukkan kepada mereka cara yang betul memotong sayur, tunjukkan cara menyapu sampah dan JANGAN SESEKALI MARAH dan HERDIK ANDAI MEREKA MELAKUKAN SESUATU dengan cara yang salah. Itulah proses pembelajaran mereka.

Takut pinggan pecah?? Biar pinggan pecah sebiji dua, asal jangan hati pecah berderai selamanya!

Itulah nasihat pendek dari Ummi. Alhamudlillah Ummi jarang melarang kak long untuk membantu kerja-kerja rumah. Gunalah pinggan plastic/melamin supaya pinggan tidak mudah pecah. Biasanya Ummi akan membasuh pinggan bersama-sama dia, di sebelah dia. Kadang-kadang Ummi ikut rentak dia, slow and steady, ada kalanya Ummi suruh kak long ikut rentak Ummi “cepat sayang cepat, ada lagi kerja lain nak buat”.

Kalau dia offer nak sapu sampah pula, Ummi akan kata “biar Ummi buat dulu ye, kejap lagi kak long”. Ummi akan sapu sampah sampai habis dulu, kemudian baru hulurkan penyapu kepada dia. Rumah kami kecil sahaja, dari pintu depan ke pintu belakang Cuma beberapa minit sahaja. Jika rumah mommies besar, sediakan dua penyapu. Kita menyapu di depan, dia di belakang (kawasan yang sudah tersapu).

Janganlah selalu melarang anak-anak untuk membantu. Ummi khuatir minat mereka luput begitu sahaja. Jika mereka sudah terbiasa dan minat melakukan kerja-kerja rumah, siapa yang akan senang nanti?? Kita juga bukan? Bak kata orang putih “begin with the end in mind”. Kita mahu “senang” dibantu mereka nanti, mulakanlah langkah sekarang. Terapkan minat membantu dalam jiwa mereka. “Anak ai laki-laki hokey!!”. Bagi Ummi tiada masalah anak-anak lelaki membuat kerja-kerja rumah. Andai Ummi ada rezeki mempunyai anak lelaki, semua harus turun dapur dan buat kerja-kerja rumah lainnya termasuklah sidai dan lipat kain!! Hohoho.

Jom jom didik anak buat kerja, jangan halang mereka. Ini kerana rumah adalah tempat kita tinggal bersama. Oleh itu, kerja harus dibuat bersama. Dan jika ditambah dengan nilai Islam, itu yang terbaik. Didik mereka mengemas rumah supaya bersih, Islam mengutamakan kebersihan. Rumah yang bersih juga tiada kuman, jauh dari penyakit. Badan sihat, otak cergas, ibadah juga boleh didirikan dengan lebih sempurna. “Kebersihan itu adalah sebahagian dari iman bukan?”

Itu sahaja perkongsian dari Ummi hari ini. Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua. Allahu a’lam


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...