Thursday, November 14, 2013

Power Pumping; teknik dan tips untuk menambahkan susu badan


Assalamualaikum bf mommies. Entri hari ini mmg khusus utk bf mommies.

Perjalanan menyusukan anak bukan mudah; ia menjadi lebih sukar apabila kita diuji dengan “tidak banyak susu”. Ada mommies yang Alhamdulillah dari awal susu memang banyak. 

Tetapi, buat mommies yang susu sedikit, janganlah risau mahupun sedih, jom Ummi kongsikan teknik utk menambahkan penghasilan susu ibu.



Power Pumping, itulah kata kuncinya. Power pumping ialah satu teknik mengepam susu untuk meningkatkan produksi susu dimana proses mengepam dilakukan dalam stail yang unik.

Teknik ini sesuai dilakukan oleh wanita yang ingin menyusukan anak angkat, relaktasi (menyambung penyusuan susu ibu setelah berhenti seketika) dan ibu-ibu yang susu badannya kurang.

Cara-cara power pumping ialah:

      1)   Bagi pengguna single breastpump, pam susu sebelah kanan selama 10 minit. Kemudian, lakukan pengepaman di sebelah kiri pula selama 1o minit. Setelah itu, ganti pula ke sebelah kanan selama 10 minit dan ulangi sehingga mencapai satu jam.
      2)   Double Breastpump, pam kedua-dua breast selama 10 minit, berhenti/rehat selama 10 minit dan ulangi kedua-dua langkah ini sehingga mencapat satu jam.


TIPS:
  • Power Pumping ini sangat dianjurkan dilakukan pada awal pagi; iaitu dari jam 1-6am. Ini kerana hormon prolaktin adalah di aras paling tinggi.
  • Teruskan mengepam walaupun yang keluar hanyalah angin (bukan susu). Ini memberi signal kepada otak bahawasanya ada demand susu yang harus ditemui
  •  Teknik ini harus diteruskan selama sekurang-kurangnya tiga hari tanpa berhenti, dan seeloknya sambung sehingga seminggu. insyaAllah dengan izinNya, susu akan bertambah. Di samping itu, perbanyakkanlah berzikir ketika mengepam; Lailaha illallah, la hawla wala quwwata illa billah, ya Wahhab, ya Razzaq

Lagi tips bab penyusuan ini, terutama untuk ibu yang bekerja? Jom belajar langkah-langkahnya dari video di bawah:-


Usaha tangga kejayaan. Selamat mengepam!!

Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
iR Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...