Tuesday, February 25, 2014

Bayi Menyusu pada Sebelah Payudara Sahaja? Kesihatan Ibu dan Bayi

    Assalamualaikum breastfeeding mommies. 

    Dari sehari ke sehari Ummi dengar ada ibu-ibu di luar sana menghadapi masalah bayi hanya ingin menyusu pada sebelah payudara sahaja manakala sebelah lagi akan di”reject”. Sebelum ini Ummi ingatkan Ummi sahaja mengalami masalah ini, rupa-rupanya ramai juga yang mengalaminya.



    Kenapa bayi ingin menyusu pada sebelah payudara sahaja?

    Ada beberapa kemungkinan bayi menyukai sebelah payudara manakala menolak untuk menyusu pada sebelah lagi. Antaranya termasuklah tekstur dan saiz payudara sebelah lebih lembut atau lebih kecil/besar berbanding payudara lagi satu.
    Selain itu, ibu-ibu yang mengalami masalah mastitis, berkemungkinan si comel tidak menyukai payudara yang bermasalah kerana merasa masin ketika menyusu. Tambahan pula, apabila si kecil jarang menyusu pada sebelah payudara, susu akan berkurang menyebabkan dia me”reject” payudara tersebut.

    Kenapa tidak boleh menyusu pada sebelah payudara sahaja?

    Pada amnya, tiada masalah jika bayi hanya menyusu pada sebelah payudara sahaja. Tetapi bayangkan, adakah susu akan mencukupi jika bayi hanya mendapat supply dari sebelah payudara? Pada awalnya mungkin ia kerana perut si comel masih comel dan kecil, susu yang dihasilkan dari sebelah payudara akan mencukupi. Akan tetapi, hari demi hari, bulan demi bulan, bayi memerlukan susu yang banyak terutama sebelum makanan pejal diperkenalkan. Takut-takut saja supply susu tidak mencukupi.

    Keduanya, jika bayi hanya menyusu pada sebelah payudara sahaja, payudara yang sering memberi supply susu akan mengembang dengan kelenjar-kelenjar dipenuhi susu manakala payudara lagi satu akan kempis ketiadaan susu. Ini akan menyebabkan saiz kedua-dua belah payudara tidak akan sama. Namun begitu, masalah ini hanyalah masalah kecil dan biasanya tiada kesan yang jelas dan ketara akan kelihatan.

    Ketiganya, andai saja berlaku sesuatu pada payudara yang sering disusui seperti terluka, bengkak atau sakit, sekurang-kurangnya mommies ada “back-up” untuk menyusui bayi dari payudara sebelah lagi satu!

    Mari kita lihat, apa yang boleh mommies buat andai mommies mengalami masalah ini
    .
  • Pam dan keluarkan susu dari payudara yang jarang diminum agar payudara itu tetap menghasilkan susu. Jika ingin mengembalikan kemeriahan susu pada payudara tersebut, buatlah teknik POWER PUMPING..
  • Tukarkan posisi apabila menyusu pada sebelah payudara yang tidak digemari. Carilah posisi yang sesuai dan selesa untuk kedua ibu dan bayi. 
  • Berilah bayi menyusu pada payudara yang tidak digemarinya ketika dia terjaga pada waktu malam. Saat ini bayi dalam keadaan mamai dan ingin tidur semula. Namun, dia terjaga dan ingin menyusu. Bayi yang mamai akan tetap menyusu walaupun itu payudara yang tidak digemarinya sebab dia tidak perasan pun itu payudara yang sering di”reject”.
  • Setelah menyusui bayi beberapa ketika dari payudara sebelah yang dia suka, gantikan payudara lagi satu. Pastikan bayi tidak begitu lapar agar dia tidak mengamuk kerana mendapat sesuatu yang dia kurang suka.
  • Sambil melakukan semua di atas, berdoalah kepada Allah agar Dia mempermudahkan segala urusan dan melimpahkan rezeki yang banyak dan kesihatan yang berpanjangan buat kita semua. Kita juga boleh berzikir "Ya Latiff Ya Latiff", moga2 bayi kita lembut hati untuk menyusu pada kedua-dua belah payudara.

Alhamdulillah, kini Asma yang hampir setahun tidak lagi me”reject” payudara sebelah kanan. Ummi lebih mudah untuk menyusukannya dan dia juga sentiasa ceria. Alhamdulillah!!!

Jika mommies mengalami masalah yang sama dan ingin mencuba tips2 di atas, dipersilakan. Namun, sekali lagi, sebenarnya tiada masalah bagi bayi yang menyusu hanya pada sebelah payudara sahaja. 

Jika mommies mengalami masalah kurang susu badan macam ibu dalam video ni, boleh cepat2 cari alternatif sebelum terlambat!!



Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.

Semoga Allah permudahkan urusan penyusuan susu ibu ye. Ingat, susu ibu adalah yang terbaik!!

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...