Tuesday, February 25, 2014

Kuasa ayat-ayat suci alQur'an kepada anak-anak

Assalamualaikum para mommies semua.


Barangkali kita sering merasa penat dan letih melayan anak-anak. Ada yang kuat meragam, ada yang susah nak tidur tetapi senang sangat terjaga semula dan bermacam-macam lagi. Ini semua adalah cabaran kepada kita yang bergelar ibu. Anak-anak adalah anugerah yang sangat istimewa. Wajiblah kita menjaga anugerah ini sebaiknya.




Hari ini Ummi nak kongsikan sesuatu yang berlaku baru sahaja tadi. Sungguh Ummi terkesan dan berazam akan lakukannya setiap kali Ummi ingin tidurkan anak-anak. 

*******************************
Asma' yang dah bangun sejak jam 7 pagi belum menampakkan tanda-tanda ingin tidur semula. Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 pagi. Walaupun sedang menyusu, Asma' masih bermain2 dengan mainan yang sedang dipegangnya.

"haih, bila nak tido ni sayang? Ummi nak buat kerja ni", Ummi mengeluh kecil.

Ummi pun mula membaca surah al-Fatihah dengan niat ingin membaca 3 Qul sambil mengusap2 lembut pipi Asma'. Tidak semena-mena mata Asma' menjadi layu dan kuyu. Belum habis surah al-Fatihah dibaca, matanya sudahpun tertutup rapat.

***************************************


Selain itu, ada doa untuk mempermudahkan urusan termasuklah menguruskan anak-anak dan rumahtangga. Doanya berbunyi:



"Allahumma laa sahla illa maa ja`altahu sahla, wa anta taj'alul huzna iza shikta sahla"


Jom kita amalkan selalu!! Dan jadi mommy terbaik untuk anak-anak kita

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...