Wednesday, November 6, 2013

1001 kebaikan penyusuan susu ibu

Assalamualaikum mommies dan bakal mommies.

Barangkali ada di antara kita sedang gigih mencari dan menggali ilmu tentang penyusuan susu ibu a.k.a breastfeeding ni. Sesungguhnya Ummi menyokong usaha kalian untuk mencari lebih banyak ilmu tentang breastfeeding dan jangan mengelat pula, kena amalkan!!

Sudah ramai mommies diluar sana mengambil langkah terbaik menyusukan anak mereka walaupun banyak dugaan, cabaran mereka terpaksa hadapi. Ramai juga mommies yang bekerja tidak melepaskan peluang untuk menyusukan anak secara eksklusif terutama pada 6 bulan pertama. Syabas!!
Bagi yang masih mencari-cari ilmu tentang penyusuan susu ibu ni,
hari ini Ummi ingin kongsikan satu topic bagi memantapkan pilihan mommies untuk menyusukan anak bukan memberikan susu formula.

“1001 kebaikan penyusuan susu ibu”

Kebaikan Untuk Bayi

   1)    Cecair Gold; kolostrum – ia adalah susu pekat kekuningan, susu yang pertama mommies hasilkan semasa mengandung dan beberapa hari selapas bersalin. Kolostrum mengandungi nutrient yang sangat penting dan antibody untuk melindungi bayi anda. Walaupun jumlah kolostrum adalah sedikit, tetapi ia sangat memadai dan memenuhi keperluan bayi anda!
   2)     Susu badan akan berubah tatkala bayi anda membesar – semakin bayi anda membesar, susu badan akan berubah menjadi susu yang matang dimana ia mengandungi jumlah air, lemak, protein dan gula mengikut kadar yang diperlukan oleh tubuh si kecil untuk tumbesaran yang optimum.
  3)     Susu ibu lebih mudah dihadam – untuk semua bayi, terutama bayi premature, susu ibu adalah susu yang sangat mudah dihadam perut si kecil. Protein yang terkandung dalam formula adalah dari susu lembu dan ia memerlukan masa oleh perut bayi untuk menghadamnya.
   4)     Susu ibu dapat melawan penyakit – Sel-sel, hormone dan antibody yang terkandung dalam susu ibu dapat memelihara bayi anda dari penyakit. Perlindungan yang unik ini tidak terkandung dalam susu formula. Ramai bayi yang menyusu formula mudah diserang jangkitan kuman pada telinga dan cirit-birit. Selain itu, bayi yang tidak disusukan susu ibu mempunyai risiko tinggi untuk:
-         Diserang asthma
-         Terkena obesity
-         Terkena diabetis jenis 2
-         Penyakit yang mengganggu gastrointestinal tract dikalangan bayi kurang umur


Kebaikan untuk para mommies

   1)     Penyusuan susu ibu dapat membantu mommies yang baru bersalin dalam bentuk mengecutkan rahim dan juga mengurangkan pendarahan
   2)     Kehidupan adalah lebih mudah dengan menyusukan anak – anda tidak perlu bangun untuk membancuh susu di tengah malam, anda tidak perlu membasuh dan sterelise botol-botol susu, anda juga tidak perlu membawa warmer ke sana ke mari ketika anda keluar bersama bayi. Setelah sedikit struggle pada awal-awal untuk menyusukan bayi anda, anda akan merasakan hidup anda lebih mudah jika anda menyusukannya tanpa perlu susu formula!!
   3)     Penyusuan susu ibu dapat menjimatkan $$$ - sekarang ini susu formula untuk bayi juga sudah mahal. Di samping itu, mommies dapat jimat kos rawatan kerana bayi kurang sakit tatkala menyusu susu anda insyaAllah.
   4)    Menguatkan “bonding” antara mommies dan bayi – masa yang terbaik untuk menguatkan bond anda dan si kecil adalah semasa menyusukan bayi anda
   5)     Mommies dapat mengelak dari penyakit kanser payudara, kanser ovary, diabetes jenis 2 dan osteoporosis.
   6)     Mommies dapat mengawal berat badan kerana menyusukan anak
   7)    Mommies bekerja dapat mengurangkan MC akibat dari anak yang sentiasa sakit.

Begitulah banyaknya faedah dan kebaikan menyusukan anak daripada memberi mereka susu formula.


Air susu ibu, dilengkapi dengan nutrient yang berkhasiat dengan kadar yang diperlukan oleh bayi. Tiada ragu lagi bahawa susu ibulah yang terbaik buat si kecil anda!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...