Ummi dari kecil memang sudah dihidapi pelbagai penyakit.
Sakit sana sakit sini. Tapi
Alhamdulillah, terapan dan didikan dari mama abah, Ummi tahu penyakit itu
hanyalah ujian dari Allah. Ujian tanda sayangnya Dia pada kita.
Masuk wad? Hospital? Memang
dah kira rumah kedua Ummi lah masa Ummi kecil. Banyak pengalaman masuk hospital
ni. Ada kalanya rasa best masuk hospital, dapat rehat, makan, tengok tv, tidur,
tak yah gi sekolah, haha!! Tambahan pula, bila yang datang ziarah tu bawa
coklat la, kek la, keropok udang la…
Ingat lagi masa tu masuk
hospital sebab ulcer mulut yang teruk, bibir bengkak macam tersimbah air panas.
Di bilik yang Ummi duduk tu ada attached toilet. Pada satu malam, ada seorang
pesakit bersama ibu dia datang tumpang toilet. Ibu dia tanyalah kenapa mulut tu
(mmg nampak teruk ulcer tu), terang punya terang, ibu tu ternampak pula ada
keropok udang gebu2 tu atas meja sebelah katil Ummi. “Eh, tu jangan makan tu,
nanti tambah lagi teruk mulut tu”. Dalam hati ummi ketawa je. Orang lain kena
ulcer mulut satu “bijik” pun dah tak jadi kerja lain kan? Sakit!! Ummi dah
biasa Alhamdulillah. Siap makan sambal kicap cili api lagi walaupun ada ulcer
(status terbaru kat fb). Nak sedap makan, tahan je la sakit, tersroott sroott
ummi makan. Kak long tanya, “pedas ke ummi?”, “taklah, ummi ada ulcer”.
Kalau cerita pasal ubat
pula, banyak dah jenis ubat masuk dalam badan ni. ada yang masuk melalui oral
(makan/telan), ada masuk melalui cucuk, ada juga masuk melalui IV (drip).Ada
yang sampai jadi allergy, tak sesuai dengan badan. Masa kecil, ummi kena makan
satu antibiotic tu namanya cloxacelin (aiih, macam tu ke ejaannya? Hihi). Ubat
tu memang tak sedap. Setiap kali waktu makan ubat ni, ummi akan menjerit tak
nak makan. Ehem ehem, waktu tu baru 6 tahun ye!! Kami tumpang rumah nenek masa
tu, nenek naik menyampah tengok kemengadaan ummi, haha!! Tapi itulah sebabnya
ummi jadi feveret cucu atok, dia kesian tengok ummi selalu sakit, dari kesian
jadi sayang, hehehe.
Tu belum cerita kena cucuk
nak ambil darah oleh MO tu,Dr Malik kot nama dia, haha!! Maaf ye kengkawan yang
berkerjaya sebagai doctor ni, Cuma nasihat ummi, berlatihlah ambil darah ye, kesian
kat patient bila cucuk tak kena vein, kena pusing2 kan lagi jarum tu nak bagi
kena vein. Ayah ummi pun takdelah pandai ambil darah orang (tak expert lah),
tetapi tak adalah gelojoh main pusing2 jarum kan, huhu, sabar je lah.
Demam ummi lain, selalu
disebabkan bacteria bukan virus. Kena makan antibiotic selalu. Oh, ingat lagi
masa exam O level, ummi sakit. Teruk jugalah. Tetapi, cerita lidah tak mau
masuk ke dalam masa ambil exam Chemistry paper 1 tu memang kelakarlah. Aik,
tengah sakit2 pun ada cerita kelakar? Pengalaman tu!! Nak tau cerita lanjut
bolehlah PM ye, hihihi.
Shaklee?? Ummi tak pernah
tahu menahu tentangnya, tak pernah dengar tentangnya, sehinggalah mama ummi
bagi cadangan untuk set bersalin/berpantang untuk anak kedua. Ummi pun ok je dengan
cadangan mama. Memandangkan harga pun tak mahal mana kan. Dah deal dengan akak
tu, barang sampai, ummi pun consume je ikut jadual yang akak tu beritahu. Ade
la tu “vitalea”, “b-complex”, tapi tak pernah terdetik dalam hati yang Shaklee
ni sebenarnya adalah vitamin. Masa dalam pantang, ada lagi seorang akak tu
tanya ambil set pantang apa, ummi jawab Shaklee. Dia cakap “oh, baguslah,
vitamin”. Still, belum click lagi dalam diri yang Shaklee ni adalah vitamin,
haha!!
Mama ummi pula hadiahkan
ummi set menyusu, sebagai support untuk fully breastfeed. Tenkiu mama cinta!!
Set bersalin membantu ummi lebih sihat dan bertenaga. Ummi sebenarnya sering
demam diawal-awal selepas bersalin, tambahan pula saya batuk teruk (sebulan sebelum
bersalin dah mula batuk teruk) sepanjang berpantang. Ummi lawan sakit tu. Mama
ummi kata ummi tak kuat tetapi saya cuba kuatkan diri. Alhamdulillah berjaya
dengan se”successful”nya.
Disebabkan set berpantang
dan menyusu Shaklee ni berkesan pada pada diri, saya rasa memang best kalau
dibuat bisnes. Ummi contact balik akak yang saya deal dengan dia haritu. Dia
gembira sangat ummi nak join dia. Mungkin sebelum tu dia pernah doa pada Allah
minta seorang downline yang nak serious berbisnes. Betul tak mak? Hehehe…
Bila dah masuk dalam grup
bisnes, barulah sedar yang Shaklee ni vitamin, dan ia adalah vitamin
semulajadi, bukan calang2 vitamin ye!! Alhamdulillah, langkah saya ambil ke
arah kebaikan. Ummi mulakan bisnes kerana ummi telah berpengalaman positif
dengan produk Shaklee. Ummi yang banyak sakit-sakit ni sikit sebanyak dapat
dibantu.
Dan Ummi percaya, vitamin
Shaklee juga dapat membantu lebih ramai lagi diluar sana. Yang istimewanya,
kita tak perlu risau kerana vitamin Shaklee adalah vitamin semulajadi bukan
sintetik.
Alhamdulillah dengan itu,
seiringlah perjalanan ini dengan niat saya, MEMBANTU orang lain mencapai
kesihatan optimum mereka. Ujian kesihatan memang tetap ujian, dari Allah kan?
Redha, sabar dan ikhtiar. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment