Assalamualaikum dan salam
sayang semua. Di hari yang hebat ini Ummi ingin mulakan satu langkah baru,
membina dan insyaAllah akan terus menjaga blog Joys of Ummi ini. Blog ini
dicipta untuk berkongsi pengalaman, berkongsi ilmu dan berkongsi produk,
semuanya untuk kebaikan kita bersama.
Satu penghargaan besar
buat mommies semua. Anda sudah menjadi ibu!! Setelah berpenat lelah sembilan
bulan kita mengandung, susah payah membawa si kecil dalam rahim kita ke mana
sahaja kita pergi, setelah bertarung nyawa menahan sakitnya kontraksi dan
melahirkan, akhirnya.. kita menjadi seorang ibu, ibu kepada anak-anak kita.
Itulah anugerah istimewa Allah hadiahkan buat wanita bergelar ibu.
Segalanya menjadi manis
bukan? Apabila kita merenung wajah si kecil. Semuanya menjadi tenang, tatkala
dia lena di dakapan kita. Ohh, itulah kebahagiaan yang kita dapat nikmati.
Begitu besar pengorbanan seorang ibu, sehingga Allah menaikkan darjat seorang
ibu, “syurga di bawah tapak kaki ibu” dan juga, setelah Allah dan Rasulnya,
ibulah yang harus diutamakan tiga kali sebelum ayah.
Oleh itu, marilah
sama-sama kita menjadi ibu yang terbaik buat anak-anak kita, kerana mereka akan
menjadi asset kita di akhirat nanti. Setiap kebaikan yang dilakukan oleh
seorang ibu kerana Allah pasti akan mendapat pahala, itulah kebahagiaan hakiki
menjadi seorang ibu. insyaAllah!!!
Loves dari Ummi buat
mommies semua
No comments:
Post a Comment