Sunday, October 19, 2014

Cerita Shaklee; COD vitamin Shaklee ke Bangi.

Assalamualaikum semua,

Ada cerita COD Shaklee lagi lah! Yang terakhir COD Shaklee masa hantar Fresh Laundry kat adik UIA (boleh baca di sini). Seronok rupanya buat Shaklee ni, boleh jumpa dan kenal lebih ramai orang, boleh kenal lebih banyak penyakit, boleh belajar untuk konsultasi orang lain. Lama-lama orang panggil kita doctor pula. Ahaks!

Kali ini COD Shaklee ke Bangi. Haa… jauh tak dari Gombak? Mau nya tak jauh. Terpaksa maa! Ahaks. Ummi dapat order dari orang Doha. Eh, orang Malaysia la yang duduk Doha. Teringin juga nak dapat customer orang Arab Doha kan, tunggu lah downline Ummi tu Ummi train dia habis-habis kasi jual kat orang Arab sajork! Hihi.

So, customer kat Doha ni nak urgent Vivix dua botol. Haa, beli dua vivix dalam satu invoice boleh dapat keahlian PERCUMA tau! Lagi pula, dapat beli vivix yang “murah” tu dengan harga yang lebih murah (harga ahli lah kan?). Untungnyaaaaaa…

Nak hantar macamana lah kan ke Doha tu. Tup2, customer kata ada kawan dia nak ke Doha. Tup2 lagi, kawan tu kawan Ummi juga masa kat Doha. Haha. Ye la, sama-sama kawan. Dan dia nak “balik” ke Doha Ahad pagi (pagi tadi lah). Ummi dapat khabar pun hari Khamis. Dan hari Sabtu Ummi ada wedding di Rawang (entri lepas, boleh baca di sini). Memang tak dan dah lah nak hantar kecuali hari Jumaat.

Lepas encik Zauj balik solat Jumaat, kami lunch dan terus shoot off ke bangi. On da way sempat singgah rumah abang. Time tu full house laa dengan anak-anak main lari sana sini, bila cousins dah jumpa kan. Sempat bagi kakak Sulha dua buah buku IQ aktiviti dan Kisah Para Nabi dan Rasul (kaedah suku kata). Seronok betul dia.


Bila cousins tu dah main, terlekat lah lama sikit kat rumah abang. Pukul 6 macam tu baru bertolak keluar nak COD Shaklee. Sebelum hantar gi rumah kawan yang nak balik Doha, singgahkan Shaklee juga ke rumah makcik Ummi yang tinggal berjiran dengan abang. Makcik Zie pula nak ESP dan Vit C. Haa, masa Ummi beritahu dia ESP tengah promo, dia memang ambil peluang beli ESP!


Akhirnya… sampai rumah kawan tu dah nak maghrib. Haih, dia pun ajak lah masuk suruh solat kat rumah dia. Para suami dan anak lelaki gi solat kat surau ye! Lepas solat, sempat dia offer ngap2 sikit, kari ayam dengan roti. Nyum nyum.

Rupa-rupanya, kat rumah kawan ni pun “terlekat” lama. Macam-macam cerita keluar. Dari anak dia belajar medic.. sampailah pengalaman kami ldeal dengan orang Arab. Yang bestnya, dia pernah mengajar budak-budak Arab di sekolah! Hebattt..

Ada cerita bergaduh dengan budak, ada cerita menangis dalam kelas, ada juga cerita budak lari keluar ikut tingkap sebab lari dari kena denda! Budak-budak tu baru darjah 3. Begitulah pengalaman kami dengan orang Arab ni. Ada yang best, ada yang tak. Yang baik itu kita jadikan tauladan, yang tak baik kita jadikan pengajaran. Tak gitu?

Balik tu dah jam 9 malam. Tiba-tiba on da way nak ke Gombak si kenit tu muntah pula. Allah!! Habis basah dia dan Ummi, lenjun! Alhamdulillah dia duduk diam je. Tak ada lah tempias-tempias muntah kena ke merata-rata tempat.

Demam rupanya! Kak long pun demam. Hari ini (hari menaip entri ini), hari ketiga puteri dua orang tu demam. Syafakumullah sayang-sayang Ummi!

Begitulah cerita suka duka COD Shaklee kami. Nak COD sampai ke Bangi, satu keluarga angkut.. Tengok-tengok demam. Tapi bagi Ummi, demam ke, sakit ke, semua tu Allah dah tentukan. Kita sebagai Ummi/Mommy/Mama ni lah kena kuat jaga anak-anak.

“Anak demam, Ummi yang telan Vit C dan Omega Guard!” hehehe… Shaklee Effect!!

Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
iR Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com

Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...