Monday, October 13, 2014

Peristiwa "otomen supermen" yang tidak akan dilupakan

Assalamualaikum semua.
Waktu kita kecil-kecil, mesti banyak kenangan kan? Ye la, ni lah waktu kita banyak main tanpa hirau masalah apa-apa, tau-tau kita yang buat masalah! Hehe
Ada satu peristiwa Ummi nak kongsikan bersama rakan-rakan pembaca. Asyik cerita ESP Shaklee je kan? Hihi

Peristiwa ni berlaku masa Ummi darjah 4. Adalah satu hari tu, Abah ada conference di IOI Hotel kat Puchong tu. Gembira tak terkata sebab kami dapat join tidur hotel dan mandi swimming pool.
Pada hari Jumaat, waktu rehat untuk makan tengahari, Ummi dah tunggu abang Ummi kat ofis sekolah. Abang minta izin untuk keluar. Kami pun jalan kaki sama-sama ke komuter. Jarak antara sekolah dan komuter memang walking distance. Dulu-dulu masih selamat nak jalan kaki gitu2 kami budak2 sekolah rendah, sekarang ni bahaya ya Allah!!

Ok sambung cerita dan kita pendekkan lah. Abah ambil kami di stesen komuter lagi satu dan terus shoot  off ke hotel. Lepas check-in, kami pun terus nak gi mandi swimming pool. Jakunnya tengok swimming pool masa tu! Ada swimming pool kecil, besar sikit dan yang untuk orang besar.
Ummi pun mandi di kolam untuk budak2 ditemani mama dan adik. Abang? Dia pergi explore swimming pool yg lain. Tiba-tiba dia dengan exciednya panggil Ummi ke kolam orang dewasa.
Ummi pun ikut. Syok juga lah sebab dalam sikit. Tapi tak perasan yg makin ke tengah, lantai kolam makin dalam. Ummi jalan ke tengah kolam dan tiba-tiba kepala tenggelam, paras air kolam menutupi ketinggian Ummi.

LEMAS!!!

Ummi sangat panik masa tu. Mana tak nya, tak boleh nak bernafas dalam air, berenang pun tak pandai. Terus lonjakkan kaki supaya kepala keluar dari air dan dapat bernafas. Berjaya! Tapi badan masuk lagi ke dalam air termasuk kepala. Dah lah tak pandai berenang, tak pandai buka mata dalam air. Ummi cuba lonjakkan kaki lagi sekali. Bila kepala keluar dari air, terus Ummi jerit "TOLONGG!!". Sempatlah jerit dua kali, pastu kepala masuk balik dalam air. Huhuhu.

Ummi ingat, abang tolong nak tarik Ummi ke tepi. Tetapi bila kita panik, kita push abang ke dalam air supaya kita dapat keluar. Abang pun lepaskan Ummi sebab bila Ummi buat macam tu, dia pula tak boleh bernafas. Dan dia pun keluar minta bantuan.
Lama2 Ummi penat nak lonjakkan kaki dan tak dapat bernafas lagi. Ummi pun stay static dalam air. Masa tu dah fikir dah, mungkin ini penghujung hayatku. Allahu Rabbi

Ummi pun angkat tangan dua-dua belah, mengharapkan orang nampak dan tolong. Tangan tu memang  terkeluar pun dari air, rupa-rupanya tak adalah tinggi mana pun paras air masa tenggelam tu.

Rasanya Ummi pengsan kot masa tu sebab Ummi tersedar dah baring kat tepi kolam, mulut mumbling "tolong.. tolong.."

Abang cerita, lepas dia lepaskan Ummi, dia gi cari mama n abah kat pool kecil. Bila mereka sampai ditempat kejadian, tangan Ummi dah terangkat keluar, macam "otomen nak terbang". Hihi. Pastu ada lifeguard pula terjun nak selamatkan Ummi, macam supermen pula gayanya.


Itulah alkisahnya otomen dan supermen. Peristiwa yang tak akan Ummi lupakan. Saat genting, rasa putus harapan semua ada. Tetapi Alhamdulillah sampai kini Ummi masih dapat bernafas lagi di muka bumi Allah ini. Terima kasih Allah. Terima kasih Allah!! Terima kasih lifeguard kerana membantu. Abah Ummi selalu buat course selamatkan orang dari lemas ni, "water rescue". Bukan senang dan ada caranya

Dan lagi satu, belajarlah berenang dan ajarkanlah anak-anak kita berenang. Ia suatu aktiviti yang sangat bermanfaat dan bagus untuk kesihatan

Anda juga pasti ada kenangan manis ke pahit ke yang tak dapat dilupakan masa sekolah rendah kan? Bila ingat balik, macam-macam perasaan ada. Apa-apa pun, Alhamdulillah `ala kulli ni’mah!

Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
iR Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com

Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...