Thursday, October 9, 2014

Makan-makan di Manhattan Fish Market; belated birthday celebration and Pre-Eidul Adha Fest


Assalamualaikum semua,

Sehari sebelum raya haji hari itu Ummi bersama keluarga pergi ke Manhattan Fish Market Alamanda, Putrajaya. Ummi bawa adik Ummi yang belajar di Cyberjaya tu. Alkisahnya begini, adik Ummi tu baru habis exam, so dia nak makan best sikit la, kira macam celebration. Kebetulan dua hari sebelum tu memang hari lahir encik Zauj. Kira 3 in 1 la makan kat Manhattan Fish Market kali ini.

Kami sekeluarga bukannya jenis celebrate birthdays pun. Malah, waktu Ummi kecil.. siapa punya birthday, dia kena belanja keluarga makan. Jadinya, setahun kumpul duit supaya masa birthday boleh belanja family makan best-best. Menarik kan idea ni? Birthday pun kadang-kadang ada kek, kadang-kadang tak ada pun. Kak long tanya “mana kek Ummi?”, Ummi jawab, “tak semestinya birthday kena ada kek”. Harapnya dia akan faham maksud itu di kemudian hari.

Lokasi paling dekat kami untuk ke Manhattan Fish Market ialah Alamanda, Putrajaya. Mula-mula adik nak ke Sushi King, tapi kami semua tak minat sangat nak makan sushi, hehehe. Manhattan pun Manhattan laa kan. Dulu-dulu ada orang kata nak belanja makan kat sini tapi tak jadi. So ni kira baru nak cuba try test la.

Kami order Family Set untuk 4 orang dewasa. Set ini ada satu Flaming Seafood Platter, satu Fish ape ntah namanya (haha, adoilaaa), semangkuk Fried Mushroom, 4 cawan citrus juice dan 4 cawan Sundae ice-cream.



Tak lupa juga kami order mushroom soup sebagai appetizer


Mushroom Soup dan Fried Mushroom sebagai pembuka selera. Sos cendawan goreng tu memang sedap!



Citrus Juice dua gelas berbeza warna :)



Ni main dish. Flaming Seafood Platter dan Fish Fillet tu. Dua-dua dish ada nasi goreng .


Sundae Ice-Cream time! Yang hijau tu blended lemon tea kot. Boleh lah…

Review:
Secara jujurnya Ummi boleh kasi 7/10 untuk Manhattan Fish Market (makanan yang kami order la). Seafoodnya so so saja manakala nasi goreng dia sangat terasa garlic sehingga rasa kurang sedap. Yang Ummi enjoy ialah ikan fillet dalam Flaming Seafood Platter tu sahaja. Soup dia sedap, tapi tak ada roti garlic, hehe.

Harga? Boleh tahan mahalnya.  Untuk Family Set tu je dah RM88++, tu pun katanya promosi dari harga RM100++, hoho.. Sup cendawan tu kira asing. Kami 3 dewasa 2 kanak-kanak boleh bungkus bawa balik satu pinggan nasi goreng dan ikan beserta satu gelas jus citrus sebab tak habis makan dekat sana.



Ni pulun habiskan jus tapi tak habis-habis juga.


Masa dah habis makan tu, tetiba Ummi dapat call dari kawan baik masa sekolah menengah dulu. Dia cakap macam ni, “Iffah, anti ada kat Manhattan Fish Market Alamanda ke?”. Haih, memang tokojut dibuek ea. Mana pula dia tahu Ummi kat situ. Kebetulan masa tu, adik sedang hantar gambar-gambar ni kat WhatsApp group family kami. Ummi jadi keliru samada adik hantar gambar-gambar kat WhatsApp ke facebook (sampai kawan baik tu boleh tahu)? Ahahaha… Rupa-rupanya dia pun ada kat situ dan dia ternampak encik Zauj bersama Asma’ manakala Ummi masih tersorok belakang kerusi. Kelakar je. (alamak, tak ada pula gambar dengan Amirah, kawan baik masa form 1-3 dulu).


Kalau nak jalan-jalan cari makan, Ummi prefer Nandos la, walaupun dah banyak kali makan di situ. Nyums nyumss..  Tetapi jika anda berhajat nak cuba makan di Manhattan Fish Market, jangan ragu-ragu untuk mencubanya. Lain orang lain taste nya kan! Semoga anda enjoy makan di sana!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...