Thursday, October 16, 2014

INFO KESIHATAN; 13 Kesalahan Lazim dalam Pengendalian Makanan Harian Kita

INFO KESIHATAN; 13 Kesalahan Lazim dalam Pengendalian Makanan Harian Kita




🔶 Sayuran yang dimakan mentah, contoh tauge, daun kesum, daun serai wangi dan lain-lain yang dibuat ulam, yakni tidak dimasak, perlu direndam dengan air garam terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada jangkitan virus e.coli

🔶 Petua beli ayam segar. Beli ayam pada waktu pagi kerana bakteria pada ayam masih sedikit. Jika membeli pada waktu tengahari, pastikan balik ke rumah dan terus cuci seterusnya masukkan ke dalam peti sejuk beku sebelum dimasak. Ini untuk membunuh bakteria pada daging ayam tersebut. Masak ayam dengan sempurna. Jika tidak cukup masak, bakteria tidak mati dan akan aktif semula bila makanan itu sejuk

🔶 Panaskan makanan setelah sejuk, Jangan makan makanan yang telah sejuk selama lebih 4 jam. Makanan perlu dipanaskan sehingga mendidih

🔶 Elakkan letak senduk nasi dalam periuk kerana pemegang senduk mungkin ada bakteria dari peluh di tangan kita.

🔶 Elakkan telur separuh masak kerana ia mngandungi banyak bakteria yang boleh menyebabkn demam panas dan kekejangan otak

🔶 Pastikan telur dibasuh sebelum ia digunakan

🔶 Makanan sejuk beku seperti nugget, burger, sosej perlu digoreng terus selepas dikeluarkan dari peti sejuk beku. Jangan biar makanan berada pada suhu bilik kerana ia mengundang bakteria. Pastikan ia digoreng di dalam minyak yang betul2 panas

🔶 Pastikan tukang masak bersih semasa memasak. Ini kerana 95% penyakit berjangkit dalam rumah berpunca dari tukang masak. Itu sebabnya orang berniaga wajib ambil suntikan vaksin untuk mengelak dijangkiti penyakit dan menyebarkan kepada orang lain


🔶 Pastikan tin makanan dan minuman dalam tin dibasuh dahulu sebelum digunakan untuk mengelakkan kencing tikus

🔶 Jika makan di kedai, daripada mengelap sudu yang nak digunakan, basuhlah terlebih dahulu. Jangan gunakan sabun buku yang disediakan di kedai makan. Tetapi sebaiknya gunakan pencuci cecair atau tidak salah jika kita sendiri bawa kemana2 pencuci tangan bersama kita.

🔶 Khasnya ayam golek. Pastikan ayam itu panas. Jangan beli jika ayam sudah sejuk atau yang sudah siap dipotong.

🔶 Pastikan papan pencincang ayam diperbuat daripada plastik. Jika papan pencincang daripada kayu, serbuk kayu mugkin akan melekat pada ayam dan daging yang dicincang

🔶 Pastikan makanan yang dibungkus dengan polisterin perlu dilapik dengan plastik untuk mengelakkan pengaktifan sel-sel kanser yang terdapat pada polisterin

***************
Allahu Allah, begitu banyak kesalahan yang sering kita buat ketika kita mengendalikan makanan. Tak hairanlah penyakit senang menyerang kita dan keluarga!

Info ini pun Ummi dapat daripada group WhatsApp. Info ini dipelajari semasa kursus pengendalian makanan. Terima kasih kepada mereka yang berkongsi ilmu berguna ini.

Jika anda merasakan info ini bermanfaat, jangan lupa sebarkan! Kita mampu mengubahnya!!!

Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
IR Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak


4 comments:

  1. haha. hadoi. banyak jugak yg nak kena repair nih.

    bab telur separuh masak tu itu lah yg paling murah nak makan brekfast kt KLCC ni. tu pun dh RM3 utk 2 bijik. ni lepas minyak naik, tak tau lah berapa pulak. lama tak makan situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa, betul tu! banyak nak kena ubah kan?

      biar la mahal sikit makanan yang kita beli tu, asalkan kesihatan terjaga. jangan pula nak cari yang murah je, last-last...?? betul tak? hihi

      Delete
  2. Banyaknya tip penyediaan makanan. Ia bagus untuk kesihatan kita dan keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kamil salleh! lagi-lagi musim demam sekarang ni.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...