Assalamualaikum mommies
semua.
Set Penyusuan Shaklee; dari susu formula ke susu badan sepenuhnya (part two)
Ummi percaya semua mommies
nakkan yang terbaik untuk anaknya bukan? Dan sudah ramai mommies lain mengambil
langkah bijak untuk menyusukan anak sepenuhnya samada si ibu ini bekerja atau
tidak. Ini kerana mereka tahu akan banyak khasiat dan kebaikan memberi susu ibu
kepada anak berbanding susu formula. Ummi pasti mommies yang sedang membaca
entri ini juga antara ibu-ibu yang bijak itu.
Hari ini Ummi nak cerita
kisah Ummi, pengalaman Ummi menyusukan kedua-dua anak Ummi.
Ketika anak pertama, Ummi
masih tidak pandai tentang selok belok menjadi ummi kepada bayi Ummi
termasuklah cara betul menyusukan anak. Ummi merasakan susu Ummi akan keluar
dengan banyak tetapi rupa-rupanya sangkaan Ummi salah.
Pelbagai masalah Ummi
hadapi semasa berpantang termasuklah tidak cukup susu badan, puting merekah dan
luka. Walaupun sudah membeli pam, Ummi tidak pandai mengepam kerana merasa
sangat sakit pada puting.
Disebabkan tidak cukup susu
badan, kuning si kak long naik dengan mendadak sehingga terpaksa ditahan wad.
Sebelum kak long diletakkan di bawah lampu, dia menangis-nangis seperti
kelaparan. Nurse menyuruh Ummi menyusukannya sebelum meninggalkan dia di
nursery. Lama juga dia berkepit dengan Ummi menyusu tetapi Ummi ketika itu
sedang menahan kesakitan puting luka dan berdarah. Setelah diberikan kepada
nurse, baby tetap menangis. Nurse terpaksa memberikan susu botol dan sempat
bagi komen pada Ummi, “awak bagi dia susu ke tak tadi, lapar je dia ni haa”.
Sedih sangat hati masa tu.
Sepanjang baby diwad, dia diberi susu formula. Ummi di rumah pula tekad untuk
menambahkan susu badan. Macam-macam dah cuba untuk perbanyakkan susu
termasuklah makan lobak putih, tempe, minyak ikan dan minum susu anmum lacta.
Susu Ummi tetap tidak mencukupi dan terpaksa ditampung dengan susu formula.
Sejak dari itu, susu
formula menjadi makanan utama anak pertama Ummi dan susu badan hanyalah sekadar
tambahan semasa dia mahu bermanja-manja dengan Ummi. Perasaan tu memang rasa
tak sedap sentiasa dan sebelum mengandung anak kedua pun Ummi sudah tekad untuk
menyusukan anak kedua sepenuhnya.
bersambung....
Set Penyusuan Shaklee; dari susu formula ke susu badan sepenuhnya (part two)
Pengedar Sah Shaklee
Gombak, KL
Iffah Azhar (SID #929407)
SMS,WhatsApp: +6011 2802
5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke
seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak
No comments:
Post a Comment