Friday, December 6, 2013

Omega Guard Shaklee bantu pesakit herpes


Assalamualaikum para pencinta kesihatan. Apa khabar semua? Meh sini Ummi nak kongsi cerita. Bukan hebat pun cerita ni, cumanya harap-harap bermanfaat bagi pembaca.

Ummi sejak kecil sering diserang ulcer mulut.
Bahasa lain bagi ulcer ialah pecah bibir atau sariawan. Sakit kan kalau terkena ulcer ni? Ummi selalunya sekali kena, mau naik dua tiga bijik ulcer. Masa remaja dulu lagi sering kena. Selalu stress agaknya. Hihihi.

Masa kecik-kecik (sekolah rendah) pun selalu kena. Ada ketika tu, masuk wad disebabkan ulcer ni. Dan jenis ulcer Ummi bukan sekadar pecah bulat-bulat tu sebijik dua, tetapi seluruh bibir bernanah dan pecah-pecah. Agak kritikal jugalah. Kisah ada orang tegur ulcer mulut dengan keropok udang gebu-gebu tu boleh lah baca di sini. Yang kelakarnya makcik tu ingatkan air panas tersimbah pada bibir Ummi, tu yang pecah merekah sampai lagu tu. Hakikatnya, ulcer Ummi ni disebabkan penyakit herpes.

Ubat yang sering Ummi ambil andai terkena ulcer ni ialah “zorivax”. Ubat hospital termahal yang Ummi pernah jumpa. Sebiji kecil zorivax mau harganya mencecah rm5 manakala satu tube zorivax cream (hanya beberapa gram) berharga rm30 ke atas. Ini harga bertahun-tahun yang lalu. Tak tahu pula harga sekarang macamana.

Alhamdulillah dah lama dah tak kena ulcer mulut yang teruk ni. kalau yang kena sebijik dua tu ada lah. Sakit pun tak adalah sakit mana, siap boleh makan sambal kicap cilia pi lagi walaupun ada ulcer. Kikiki. Alhamdulillah ala kulli hal.

Tetapi, ada lah kisahnya bulan lepas sampai Ummi naik balik ulcer. Ulcer kali ni Nampak ada gaya ulcer yang teruk tu. Ulcer yang bulat-bulat tu ada dua biji, satu kat bibir atas kiri, satu lagi kat dalam. Bibir pula jadi melekit disebabkan ala-ala nanah macam tu. Kalau terkena rambut pada bibir, pasti rambut boleh melekat kat situ, kena tarik perlahan-lahan, kalau tak bibir sakit. Mulut pun jadi kering sangat, kalau lepa minum air, mesti kering dan jadi pedih. Allah!!

Stok zorivax di rumah pula dah expired. Expired tu tanda dah lama tak kena ulcer, Alhamdulillah. Bila dah kena, tahan-tahan je. Hehe. Search punya search kat klinik googledotcom, ada bagitau omega-3 dalam minyak ikan dapat bantu penyembuhan herpes ni. ye la, herpes atau ulcer ni adalah inflammation (luka/bengkak) pada bibir.

Tambahan pula, Omega Guard Shaklee sedang sale sekarang. Boleh jimat rm200 lebih kalau beli satu set tu. Ummi pun percaya dengan produk Shaklee kerana ia adalah 100% dari bahan semulajadi, selamat dan berkesan insyaAllah. Ummi memang dah ambil omega guard untuk khasiat DHA dan EPA untuk si manis bambam tu, dan juga nak bakar lemak. Cumanya tak setiap hari Ummi ambil. Sejak kena ulcer tu Ummi belum lagi ambil omega ni.




Bila dah terjumpa tentang kebaikan minyak ikan untuk penyembuhan herpes ni, Ummi telan 2 biji Omega Guard sebelum tidur. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah, pagi ni bangun, penyembuhan ulcer meningkat sebanyak 50%!!! Bukan nak exaggerate ye, bibir dah tak melekit dan ulcer yang bahagian atas tu dah tak sakit sangat. Mulut pun dah kurang keringnya.

Omega-3 asid lemak yang terkandung dalam Omega Guard ni la yang sebenarnya berfungsi sebagai anti-inflammatory acitivities. Selain herpes, banyak lagi penyakit lain yang omega guard ni dapat membantu termasuklah arthritis, mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus).

Sebenarnya banyak lagi khasiat Omega Guard dan ia sangat sesuai untuk seisi keluarga. InsyaAllah dilain hari Ummi akan kongsikan kebaikan Omega Guard ni ye. 

Untuk mengetahui lebih lanjut dan konsultasi, boleh hubungi Ummi di:

pm/sms/whatsApp: +6011-2802-5257
atau email ke imariza87@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...