Sunday, December 8, 2013

ESP Shaklee; produk berasaskan soya tidak bagus untuk kesihatan?



Assalamualaikum para pencinta kesihatan.

Anda pernah mendengar desas desus tentang “tidak sihatnya” kacang soya ini? Ada yang mengatakan bahawa ia akan menggangu hormone, mengandungi toksin dan sebagainya. Melalui pembacaan Ummi, kacang soya ini sebenarnya mengandungi banyak khasiat. Tengok saja sesiapa yang suka makan tempe, betapa cantik kulit wajahnya kan? Hehe, gurau saja!!


Sebenarnya, kualiti produk soya ini terletak pada cara ia diproses. Cara proses yang tidak betul akan menyebabkan banyak khasiat kacang soya disingkirkan secara tidak sengaja dan beberapa elemen tidak bagus seperti toksin akan terhasil. Untuk mengekalkan dan meningkatkan tahap kualiti kacang soya yang paling tinggi, kacang soya harus dijaga sejak dari proses penanaman sehinggalah menjadi produk digunapakai oleh pembeli.

Begitulah di dalam Shaklee, ESP atau Energizing Soy Protein merupakan produk berasaskan protein soya yang sangat diminati pengguna dan adalah antara hot-selling produk. Ini kerana kualiti protein soya mencapai kualiti optimum kerana dari proses penanaman sehingga proses pembuatan produk, ia dikawal rapi. Oleh itu, pengguna dapat menikmati khasiat protein soya ini secara maksima.

 

Mari kita selidiki apa istimewanya ESP ini berbanding produk kacang soya lainnya.

7 kriteria terbaik yang ada dalam ESP Shaklee 

Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organik
Kenapa kacang soya mesti ditanam secara organic? Kajian melaporkan bahawa penananam kacang soya secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Tambahan pula, sudah terbukti ada hubungkait antara kanser dan nitrates (pertumbuhan tidak organik). Oleh itu, amatlah penting agar pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran kacang soya ni.

Kacang soya itu mestilah non-GMO ( bukan dihasilkan secara genetic)
Kenapa soy protein mestilah non genetic engineered? Secara umumnya, kacang soya yang dari jenis genetik ini adalah mudah dan murah untuk dihasilkan (analogi vitamin sintetik vs vitamin natural)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos. Pendek kata, syarikat-syarikat ini semestinya menggunakan kacang soya yang dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, seorang saintis dari Brazil  menekankan bahawa berdasarkan kajian, toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan.

Soy Protein mengandungi 9 asid amino diperlukan oleh tubuh
          Ini merupakan ciri yang amat penting kerana badan memerlukan kesemua 9 rangkaian asid amino untuk menghasilkan blok binaan asas dalam tubuh termasuklah sel-sel tubuh, hormon, jus penghadaman,antibodi, enzim dan lain-lain. Jika salah satu daripada sembilan asid amino ini hilang, maka system imunisasi tubuh akan dikurangkan sebanyak 30% dan banyak fungsi-fungsi tubuh yang penting akan menjadi lambat atau terhenti.
Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol
Selain daripada alkohol itu haram, soya yang dicuci dengan alkohol akan menyebabkan kehilangan zat yang penting iaitu isoflavon sehingga 88%! Sedangkan isoflavone itu diperlukan oleh tubuh untuk mengurangkan risiko kanser paru-paru dan lain-lain. Isoflavone juga bermanfaat dalam penyeimbangan hormon dan menaikkan berat (ketumpatan) tulang

Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan
Soya yang mentah mengandungi kompaun "anti-growth", "anti-tyrosine". sedangkan kekurangan  tyrosine akan menyebabkan tekanan darah rendah, suhu badan rendah, dan sindrom kekejangan kaki. Carilah produk soya yang mengekstrak dan mengeluarkan substance “anti-tyrosine” ini tetapi mengekalkan keadaan soya yang terpelihara rangkaian asid amino dan isoflavonenya.

Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan
Asid amino adalah sangat sensitif terhadap suhu yang tinggi (panas). Di dalam beberapa kajian menunjukkan bahawa protein yang dimasak akan menghancurkan rangkaian asid amino yang sangat penting sehingga 50%. Kesan daripada kekurangan pengambilan rangkaian asid amino ini secara berterusan akan menyebabkan terbantutnya perkembangan otak dan hormon, dan juga terbantutnya perkembangan tisu-tisu tubuh yang lainnya.

Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur kalsium
Kajian/artikel melaporkan bahawa serbuk soya adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang. Oleh yang demikian, unsur kalsium yang secukupnya mesti ditambah dalam protein soya itu untuk meneutralkan kembali keasidannya. Kebanyakan pengusaha/pengeluar protein tidak menambah kalsium yang cukup.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...