Assalamualaikum semua.
Siapa
mommies-mommies yang sudah makan makanan yang tinggi zat besi, malah ambil juga
suplemen tetapi masih merasa lesu dan tidak bermaya? Siapa ibu-ibu yang ambil
suplemen zat besi dari klinik/farmasi tetapi Hb masih rendah? Jom ikuti tips di
bawah.
Kekurangan
zat besi mengakibatkan kandungan darah yang mengangkut oksigen ke seluruh badan
terjejas. Disebabkan itu, kita sering merasakan penat dan lesu, muka pucat
dan
sebagainya. Kekurangan Hb yang tinggi adalah sangat berbahaya kerana ia akan
menjejaskan perkembangan bayi di dalam janin.
Ada juga
kita yang sudah pun mengambil suplemen zat besi tetapi kiraan Hb masih tidak
naik, ataupun masih berasa letih dan tidak bermaya. Di sini Ummi ingin
kongsikan sedikit tips untuk meningkatkan tahap penyerapan zat besi supaya ia
larut dalam tubuh dan tidak dibuang terus oleh badan.
Sebelum itu,
ketahuilah bahawa zat besi ini ada dua jenis; heme dan non-heme. Heme adalah
zat besi yang didapati dari haiwan seperti daging, ikan, hati dan sebagainya.
Manakala non-heme adalah zat besi yang didapati dari tumbuhan seperti dedaunan
hijau, kekacang dan lain-lain. Zat besi dari sumber heme lebih mudah diserap
badan berbanding dengan non-heme.
Akan tetapi,
penyerapan zat besi dapat ditingkatkan dengan tips-tips dibawah. Selamat
mencuba!
Tips 1:
Sertakan
pengambilan vitamin C ketika makan makanan yang berzat besi ataupun suplemen
yang mengandungi zat besi. Vitamin C akan mengoptimumkan penyerapan zat besi ke
dalam tubuh.
Tip 2:
Jangan
diambil bersama susu atau produk tenusu. Disebabkan itu, para pengamal Vita-Lea
Shaklee dinasihatkan supaya tidak mengambil susu dan vitamin ini pada waktu
yang sama. Kehadiran kalsium akan mengganggu kadar penyerapan zat besi dan
begitu juga sebaliknya.
Tips 3:
Jangan
diambil bersama minuman berkafein. This is a big NO NO!! Kafein akan mengganggu
penyerapan zat besi.
Tips 4:
Elakkan
pengambilan makanan berzat besi bersama-sama makanan yang mengandungi phytate;
kompaun yang terkandung dalam kekacang, whole grain, tofu dan beberapa jenis
bijirin. Ini kerana phytate akan bergabung dengan zat besi dan mengelakkan ia
dari diserap oleh badan.
Tips 5:
Pastikan tubuh
anda benar-benar memerlukan zat besi tambahan. Ini kerana, kandungan zat besi
yang melebihi dari keperluan tubuh akan mengakibatkan penyakit jantung dan
penyakit chronic yang lainnya.
Dalam Islam,
kita dinasihatkan untuk mengambil apa sahaja dalam dos yang sederhana, tidak
terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Semoga tips-tips ini dapat membantu
anda mencapai tahap kesihatan yang baik dan dapat menjalani kehidupan seharian
dengan lebih optimum.
No comments:
Post a Comment