Assalamualaikum semua.
Sejak dari hari Ahad ummi dah nampak
perubahan pada Asma’. Giginya dah nak keluar!! Kalau ikutkan, agak lambat juga
lah keluarnya gigi pertama dia tu sebab nurse kata biasanya umur 8 bulan dah
keluar gigi. Apa2pun, Ummi tak kisah. Nanti dah ada gigi kang lagi syok dia
gigit Ummi. Waaaa!!!
Ahad tu memang badan dia panas. Hurm, demam
nak tumbuh gigi. Masa kak long dulu tak de pula dia demam bagai. Sampaikan tak
perasan pun dia ada gigi tumbuh sebab dia tak demam pun. Lain anak lain kan?
Bila dah badan panas tu Ummi bagi panadol
untuk baby tu je la, tak bawa ke doktor pun. Tiba-tiba semalam dia muntah, dua
kali pula tu. Ha, terus bawa dia gi klinik. Risau juga ada benda lain kan,
infection ke apa ke. Tau-tau je la sekarang ni mudah je kita diserang
virus/bakteria yang merbahaya.
Di klinik....
Doc: Asma' al-Husna?
Ummi: ye (sambil tunjuk kat Asma'
Doc: berapa umur dah tu?
Ummi: 9 bulan
Doc: la, baru 9 bulan? ingatkan dah setahun
Nurse: aah kan doktor, muka cam matured
*******
Masa tunggu kena panggil kali kedua, ada student UIA tegur
Student: berapa umur ni kak?
Ummi: cuba teka
Student: ermm, setahun kot
Hihi, dah dua kali orang kata Asma umur setahun. Haih, muka sememeh baru bangun tido nampak matured? Alhamdulillah. Bila borak2 dengan suami dalam kereta, katanya orang nampak matured sebab ilmunya tinggi. So apa lagi, misi seterusnya ialah ajar anak-anak Ummi biar betul-betul berilmu dan betul-betul matured. Amiiinn Amiiinn
Ummi: ye (sambil tunjuk kat Asma'
Doc: berapa umur dah tu?
Ummi: 9 bulan
Doc: la, baru 9 bulan? ingatkan dah setahun
Nurse: aah kan doktor, muka cam matured
*******
Masa tunggu kena panggil kali kedua, ada student UIA tegur
Student: berapa umur ni kak?
Ummi: cuba teka
Student: ermm, setahun kot
Hihi, dah dua kali orang kata Asma umur setahun. Haih, muka sememeh baru bangun tido nampak matured? Alhamdulillah. Bila borak2 dengan suami dalam kereta, katanya orang nampak matured sebab ilmunya tinggi. So apa lagi, misi seterusnya ialah ajar anak-anak Ummi biar betul-betul berilmu dan betul-betul matured. Amiiinn Amiiinn
Disebabkan omega guard sedang sale, memang
pulun la ummi dok kaji sana sini tentang omega guard ni kan, minyak ikan terbaik
di pasaran. Theory nya, minyak ikan bagus untuk melegakan keradangan dalam
tubuh kita, dalam English nya “anti-inflammatory activities”.
Masa bawa ke doktor, katanya ada bengkak pada tonsilnya sikit. Erm, dek kerana Ummi percaya minyak ikan dapat membantu mengurangkan radang (pada tonsilnya), Ummi pun makanlah minyak ikan omega guard supaya Asma dapat khasiatnya melalui penyusuan.
baby demam, Ummi yang makan ubat?
hee hee hee...
hee hee hee...
Begitu juga yang berlaku masa Asma terkena selsema semasa umur 2 bulan. Ummi perbanyakkan ambil vitamin C untuk mengurangkan selsema nya
Nak bagi ubat apa untuk selsema baby kan? kecil sangat lagi. tapi kalau doktor dah bagi antibiotik, jangan pula Ummi yang makan supaya dapat disalurkan melalui susu, tak jalan cara gitu ye mommies!
Gigi Asma baru keluar satu, tak nampak lagi
kalau nak ambil gambar pun. Hee hee. Nanti-nanti lah upload gambar dia senyum
nampak gigi. Ummi memang excited la dia nak tumbuh gigi, tapi ada rasa risau
gak, hahaha. insyaAllah khair.
Semoga cepat kebah demam nya ya sayang.
No comments:
Post a Comment