Assalamualaikum
semua.
Mungkin ada
yang merasa hukum haram bagi merokok itu ikhtilaf dan disebabkan itu ramai yang
masih mengambil ringan tentang perkara ini. Tetapi Ummi tetap tidak boleh
menerima sesiapa yang merokok, tambahan lagi jika dia tahu ilmu agama.
Mari mari
bagitau Ummi, apa kebaikan merokok ni? Bagitau SATU kebaikan pun cukup. Apa
kebaikan merokok ni???? Dalam Islam, apa-apa yang mengsia-siakan itu tidak baik
dan boleh jatuh hokum haram. Orang yang buang masa, dok depan facebook buang
masa juga tidak baik bukan? Apa lagi merokok yang bukan sahaja perbuatan
sia-sia malah memberi keburukan kepada orang lain!!!
Semalam semasa
dalam perjalanan pulang dari menziarahi kawan di taman berdekatan rumah, kak
long ternampak orang merokok di tepi jalan.
Kak long:
Ummi, ada ke perempuan merokok?
Ummi: ada
je, tapi rokok ni haram. Tak boleh merokok.
Kak long:
perempuan je kan tak boleh merokok, lelaki boleh?
Ummi: semua
orang tak boleh merokok sayang. Perempuan ke lelaki ke.
Kak long:
tapi abi ………. (nama kawan dia) merokok. Laki je la boleh rokok, perempuan tak
boleh.
Abi:
aayooott aayooott….
Ummi:
serious dia merokok??? (soalan ditujukan pada abi)
Abi: yes!!
Serious!!
Arrgghhhh..
Saya tidak percaya dia perokok. Kami sekeluarga rapat dengan dia dan keluarganya,
sudah seperti keluarga sendiri. Dan saat saya menulis entri ini pun masih saya
tak percaya dan tak boleh terima bahawasanya dia merokok.
Nak tanya
lagi sekali, sila bagi satu kebaikan merokok nii, SATU pun cukup! Serious merokok
ini adalah perbuatan sia-sia; membakar duit, memberi risiko bukan hanya kepada
diri sendiri, tetapi juga kepada orang di sekelilingnya. Bab keburukan merokok
bagi perokok dan orang lain (active and passive smoker) ni tak perlu lah saya
cerita kat sini. Bolehlah search kat google dah ramai yang bincangkan.
Hukumnya
haram merokok itu ikhtilaf?? Come on lah!!! Buang masa (tidak memudharatkan
orang lain) itu berdosa, apa lagi merokok yang memudharatkan diri dan orang
lain. Ia juga adalah perbuatan membazir, bazir duit, membakar duit. Membazir amalan
siapa? “Amalan syaitan!!” jawab kak long.
Pernah isterinya
cerita, makan sehari-hari dia beli dari pasar depan rumah. Dia tak simpan stok
sebab peti dia kecil. Saya tak kisah pun peti dia kecil. Tapi yang menyedihkan,
dia membeli ikan untuk di masak pada hari itu pun bajet-bajet sahaja. Kadang-kadang
(ni cerita isterinya) anak pertama nak makan ikan, anak kedua tak dapat
bahagian. Dan, aihhh, baru tahu bapanya merokok?? Sanggupkah anda membakar duit
anda semata mahu puaskan nafsu tetapi anak makan tidak cukup khasiat
sehari-hari. Saya tidak dapat terima ini!!
Kita bising
harga semua naik, banyak nak pakai duit, duit simpanan tak cukup, tetapi sanggup
guna duit untuk beli rokok?? Jadilah orang yang bijak wahai perokok. Duit yang
anda gunakan untuk membeli rokok itu dapat memberi manfaat yang jauuuuhhh lebih
baik jika disalurkan baik untuk keluarga mahupun untuk ummah. Mari sini Ummi
nak uji, cuba nak test, sesiapa yang merokok, keluarkan duit sepuluh ringgit
(dari poket sendiri ye, dan pastikan ia duit original bukan palsu), pasang
mancis/lighter, dan bakar duit tu depan mata. Sanggup tak, sanggup tak? Itu baru
sehari punya dos kan? Kalau sebulan? Cuba bakar rm100 plak. Mampu tak???
Saya masih
tidak percaya dia merokok. Tetapi, itulah hakikatnya. Oklah, mungkin dah
ketagih dan dah cuba nak berhenti tetapi tidak berjaya. Mari saya cadangkan
vivix Shaklee. Bukan nak promo sebab saya jual Shaklee. Tapi saya tidak boleh
terima orang sekeliling saya dan orang yang saya sayang merokok. Ramai sudah beri
testimony makan vivix dapat memberhentikan seseorang dari merokok. Kita ikhtiar
dan berdoa.
Saya berdoa
dan berdoa semoga SEMUA keturunan saya jauuuuhhhh dari merokok. Merokok tidak
membawa kebaikan apapun baik kepada diri mahupun kepada orang lain. Nauzubillahi
min zalik.
Maaf andai
ada terkasar bahasa, ada yang terguris hati, ada yang TERSENTAP dan TERASA. Nasihat
Ummi, berhentilah merokok wahai perokok, anda merugikan diri anda sendiri. Tiada
kebaikan, malah memberi keburukan yang banyak kepada diri dan orang lain. Semoga
memudahkan perjalanan anda untuk berhenti merokok.
No comments:
Post a Comment