Monday, December 2, 2013

Kek pisang sebagai birthday cake??


Assalamualaikum semua.

Disebabkan ramai yang tertarik dengan status terbaru Ummi dan menyarankan ummi menulis buku, Ummi rasa elok Ummi buat salinan di blog sahaja dulu sebagai referensi di kemudian hari. Seronok sebenarnya melayan anak-anak. Memang penat, tapi hasilnya memang best, apatah lagi jika mereka Berjaya di masa hadapan, insyaAllah.


Ok, cerita hari ini tentang birthday celebration dan birthday cake. Status di facebook tadi berbunyi…

“smlm sambutan harijadi anak jiran yang simple tapi best. Uparacara meniup lilin pada kek harijadi bukanlah amalan orang Islam

Pernah di tadika kaklong, upacara meniup lilin ini diadakan. Sejak dari itu, kak long sering bertanya, "ummi, beday kita nak tiup kek". Saya tidak salahkan dia kerana dia belum tahu. Saya sering terangkan bahawa itu bukan amalan orang Islam. Dek kerana dia pernah berpengalaman melihat orang meniup lilin, pasti dia merasa itu sesuatu yang best dan tidak salah

Saya pelik juga kenapa guru tadika itu tidak sensitif tentang perkara ini. Meraihkan harijadi seseorang dengan kek tidak salah, tetapi kenapa harus ada lilin itu.... Tadika itu adalah tadika Islam.

Alhamdulillah semalam keknya cantik dan tiada lilin diatasnya. Bolehlah dijadikan referensi (kita tak yah tiup lilin la, afiy x tiup lilin pun kan?) sementara kak long masih belum faham tentang perkara ini. Sambutan harijadi, yang penting kanak-kanak dapat makan/main bersama, ibu bapa/kakak abang kanak-kanak dapat merapatkan lagi silaturrahim, tak gitu? tambah-tambah lagi bila majlis dimulai dengan doa memohon kebarakahan dari-Nya

 
ketika masih di rumah jiran...
 
kak long: beday kita kan mi, nak beday (nak buat celebration la tu)
 
ummi: boleh je, tp x yah tiup kek tau. nanti kek ummi buat
 
kak long: kek pisang?

KEK PISANG???? HAHAHA, kek pisang pun kek pisangla anak oiii. mentang-mentangla kek pisang je yang ummi pernah buat.

with a bundle of joy and happiness Alhamdulillah”

End of quote

Moral of the story
1)   Tiup lilin pada kek harijadi BUKAN AMALAN ORANG ISLAM. Apa signifikasi tiup lilin ni sebenarnya? Kalau orang barat, “make a wish dan blow the candle”. Kita ada Allah, bila-bila boleh minta pada Dia. Ajarkanlah anak-anak bergantung pada Allah; HANYA PADA ALLAH, sejak mereka kecil lagi. Tak perlu tunggu besar baru nak beritahu. “Allahus Samad”; Allah tempat kita bergantung!!!
2)   Tiada masalah nak buat sambutan, tetapi jangan berlebihan. Apa niat kita nak buat sambutan harijadi? Bagi anak gembira? Bagi mak ayah anak gembira? Boleh sahaja. Cumanya:- JANGAN MEMBAZIR, JANGAN MASUKKAN ELEMEN SYIRIK, JANGAN KETERLALUAN, DAN IRINGI MAJLIS DENGAN BACAAN DOA MEMINTA KEBERKATAN MAJLIS.
3)   Kek pisang pun boleh jadi kek harijadi apa. Haha!! Innocent nya anak saya. Oklah tu kan.

Kalau nak tahu cara saya adik-beradik bersama mak ayah kami sambut harijadi masa kecil, emailkan pada 
imariza87@gmail.com

With lots of love!!
 Ummi Abida

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...