Assalamualaikum
mommies semua. Sesungguhnya aurat itu wajib ditutup, dan sangat digalakkan
untuk diajar kepada anak-anak sejak dari awal usia. Macam cara nak terapkan
nilai ini kepada anak-anak?
Ada yang
berpendapat, biarlah anak-anak bebas berpakaian sementara mereka masih kecil.
Nanti
dah besar, mereka dah tak boleh nak membuka aurat mereka. Lagi-lagi anak
perempuan ni dah besar nanti semua nak kena tutup.
Iya, Ummi
setuju bahawa ibu bapa tidak seharusnya memaksa anak-anak menutup aurat sebelum
mereka mencapai usia baligh mereka. Tetapi seharusnya, penerapan nilai-nilai
murni menutup aurat dimulakan sejak kecil. Bagaimana?
Ummi tidak
pernah memaksa anak perempuan ummi bertudung bila dia keluar rumah. Biarlah ada
kalanya dia ingin bertudung, dan biasanya dia tidak mahu memakainya. Dia (sekarang
usianya hamper 5 tahun) tahu bahawa jika hendak ke sekolah atau ke masjid, dia
harus memakai tudung. Malah, jika solat di rumah juga dia akan mengenakan
tudung/telekung. Apabila dia bertudung, dia akan tanya pada ummi “Ummi, Nampak rambut
tak?”.
Ummi juga
menggunakan teknik mengajarkan tentang aurat secara halus. Contoh:-
“tutup pintu
sayang, Ummi nak lalu. Ummi kan tak pakai tudung, nanti orang luar Nampak”
“jangan ambil gambar Ummi, Ummi tak pakai tudung ni, tak tutup aurat, malu!!”
“kejap lagi Ummi ke depan jumpa tetamu, Ummi nak kena pakai tudung dan tutup aurat ni”
Begitulah cara
Ummi memasuk-masukkan nilai bertudung dan menutup aurat secara tidak langsung.Bagi Ummi, kita sebagai ibu harus menjadi qudwah hasanah dan role model untuk anak-anak kita.
Ummi juga
sering menerapkan nilai malu (atau dalam bahasa Arabnya “haya’”) dalam diri kak
long. “Cepat pakai seluar tu, malu!!” atau “eee, malu adik tengok kak long tak
pakai baju”. Perasaan malu adalah asas
(foundation) kepada akhlak yang mulia termasuklah ingin menutup aurat. Oleh sebab
itu, perasaan malu haruslah ditekankan sejak kecil supaya peribadi mulia dan
akhlak tinggi dapat dibentuk pada jiwa anak-anak.
Dalam berpakaian
pula, Ummi tidak melarang dia untuk memakai pakaian berlengan pendek, dress
yang menampakkan kaki. Tetapi janganlah biasakan mereka untuk berlebihan tidak
menutup bahagian tubuh seperti menampakkan dada, perut atau betis. Sesungguhnya
berpakaian seperti ini bukanlah adat orang kita. Malah, tujuan kita berpakaian
sudah lari jika terlalu banyak bahagian tubuh yang didedahkan.
Penerapan nilai-nilai
menutup aurat akan Ummi buat sedikit demi sedikit. yang pasti, jangan tunggu
mereka sudah sampai ke umur baligh baru kita terangkan tentang aurat. Jangan pula
memaksa mereka menutup aurat sebelum mereka sampai umur. Berikan kebebasan yang
tidak melampau. Dan dari masa ke masa, beritahulah mereka apa yang betul dan
apa yang salah.
Ingat,
menutup aurat itu wajib. Begitu juga dengan solat, puasa dan lain-lain amal
ibadah. Semoga kita sentiasa dipermudahkan untuk mendidik anak-anak supaya
mereka membesar menjadi anak solehah dan mendapat keredhaan dan keberkatan dari
Allah.
No comments:
Post a Comment