Assalamualaikum mommies semua. Cuti sekolah ini mesti ada mommies yang buntu, “nak buat apa dengan anak-anak ni”. Anak-anak boring dan akhirnya kacau ibu mereka. Amaran, jangan biarkan mereka bermain dengan gadget-gadget seperti iPad, tab dsb atau menonton tv lama-lama.
Jom kenalkan
mereka sains tentang haba!
Aktiviti ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 tahun hingga sekolah rendah. Bahkan, Ummi juga biarkan Asma (8bulan setengah) ikut serta dalam aktiviti ini untuk memeriahkan sesi. Ummi dapat idea ini dari sebuah blog omputih, tak ingat blog yang mana satu.
Aktiviti ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 tahun hingga sekolah rendah. Bahkan, Ummi juga biarkan Asma (8bulan setengah) ikut serta dalam aktiviti ini untuk memeriahkan sesi. Ummi dapat idea ini dari sebuah blog omputih, tak ingat blog yang mana satu.
Caranya
sangat mudah. Sediakan satu bekas sederhana besar dan ketulan ais yang banyak.
Letakkan anak-anak berhadapan dengan bekas itu dan curahkan ketulan ais ke
dalamnya. Suruhlah anak-anak bermain dengan ais sehingga ais cair. Mudah bukan?
Yeay, jom
main ais!!!
Sejuk ke
tangan tu dik? Hihi..
Lap tangan
kat baju sebab sejuk
Si adik dah lama
give up, 10 minit je dia main pastu dia dah boring. Tapi seronok tengok reaksi
dia bila tangan kena benda sejuk. Sesekali tanya juga dia “Asma, sejuk ke?”
Sambil-sambil
main..
Ummi: ais tu
rasa apa, sejuk ke panas?
Kak long:
Sejuk
Ummi: kenapa
ais tu cair kak long?
Kak long:
tak tahu
Ummi: ok,
kita ambil ais tu dari mana tadi
Kak long:
freezer
Ummi: dalam
freezer sejuk ke panas?
Kak long:
sejuk
Ummi: kat
sini plak sejuk ke panas?
Kak long:
panas
Ummi: kat
sini lagi panas dari dalam freezer. Sebab tu, bila kita keluarkan ais dari
tempat sejuk ke tempat panas, ais cair.
Kena buli
dengan Ummi
Ummi: kak
long, letak ais kat pipi, Ummi nak tangkap gambar
Kak long:
tak nak, sejuk!!!
Ummi: ala,
boleh laa. Nanti Ummi kasi hadiah. Hihihi
Alhamdulillah
selesai sudah satu aktiviti yang mudah tetapi bermanfaat. Aplikasi dalam
kehidupan seharian; bila ke kedai pesan air, suruh mereka perhatikan ais dalam
cawan tu, perbezaan rasa air sebelum dan selepas ais cair, terasa hangat bila
dipeluk dan banyak lagi.
Jom
kembangkan minda mereka, biarkan mereka explore dunia, bermula dari dalam
rumah!!
Itu sahaja
untuk entri kali ini.
With lots of
love
Ummi Abida
No comments:
Post a Comment