Wednesday, December 4, 2013

Set menyusu Shaklee; dari susu formula ke susu badan sepenuhnya (Part Two)

Part 2

Jarak antara kak long dan adik agak jauh. Oleh sebab itu Ummi sempat untuk membuat pelbagai persediaan untuk menerima cahaya mata kedua pula. Persediaan ini bukan persediaan dari segi materi; baju, pampers dan sebagainya, tidak!! Malah baju semua Ummi tak beli kerana baju-baju lama kak long masih elok dan cantik untuk dipakai semula oleh adiknya.

Persediaan ini sebenarnya lebih kepada persediaan mental untuk mendapat anak kedua. Antaranya, mencari lebih banyak info tentang kehamilan, cara bersalin, set berpantang, cara menyusu, masalah bayi baru lahir dan sebagainya. Ummi tekad tidak mahu memberi susu formula pada anak kedua kali ini!!

Masalah penyusuan timbul juga untuk anak kedua. Puting  susu merekah, luka dan sangat pedih dan susu pada mulanya tidak begitu banyak. Tetapi Ummi kuatkan hati dan kuatkan diri. Sakit tetap sakit, susu tetap kena bagi. Sehingga menitis-nitis air mata tumpah tatkala merasa sangat sakit, sambil dalam hati Ummi beristighfar. Ummi tahu sakit itu penghapus dosa. Bibir masih boleh mengukir senyuman walaupun sakitnya terkadang hingga kini (sudah 8 bulan) masih dirasai.

Jika ada yang sudah membaca entri-entri lama Ummi, pasti anda tahu mama Ummi menghadiahkan Set Penyusuan Shaklee bagi meng”support’ perjalanan mencabar menyusukan anak sepenuhnya ini. Dan Ummi sangat berterima kasih dan gembira dengan pemberian ini. Set penyusuan ini membuatkan susu Ummi bertambah pekat dan banyak. Hasilnya? Anak ummi yang kedua tidak pernah merasa susu formula sehingga sekarang. Malah dia tidak terbiasa minum susu dari botol kerana sering menyusu terus dari Ummi.

Semua saranan, tips-tips Ummi ikut, demi untuk menambahkan susu badan. Dan set penyusuan Shaklee sangat membantu menjayakan misi Ummi kali ini. Tekad Ummi tidak terhenti sampai sini sahaja. Ummi tekad semua anak Ummi sampai ke depannya tidak minum susu formula tetapi dari susu Ummi mereka sendiri.

Di samping susu menjadi banyak dan pekat, anak sentiasa kenyang dan sihat. Pipinya makin hari makin boolat. Pernah suatu hari ketika abinya memandikan si adik, abi menyanyikan lagu ini:-

“Aku anak sihat
Tubuhku kuat
Kerana Ummi
Sering makan Shaklee”

Heh heh heh….
(lagu sebenar: aku anak sihat, tubuhku kuat, kerana ibuku rajin dan cermat)


Bukan sahaja dapat banyakkan susu, set penyusuan Shaklee dapat memberi pelbagai khasiat dan kelebihan lain terutama kepada si ibu.

Jangan segan jangan silu untuk bertanya tentang produk ini. Hubungi Ummi di

Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011-2802-5257
Email: imariza87@gmail,com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...