Assalamualaikum mommies. Apa khabar anda dan si manja?
Bayi anda demam dan suhu badannya meningkat?
Tahukah mommies semua bahawa suhu normal adalah antara
36 hingga 37 darjah celcius. Apabila suhu badan melebihih 37C, ini menunjukkan
bahawa anak anda demam dan perlukan perhatian mommies yang lebih.
Mari
kita lihat langkah-langkah penjagaan bayi yang demam:-
✿ lapkan seluruh tubuh bayi anda dengan air suam. Apabila menggunakan air
suam, pori-pori pada kulit akan terbuka dan haba akan keluar dari tubuh dengan
mudah. Tampalkan cool fever pada tengkuk bayi untuk meredakan demamnya.
✿ pakaikan baju yang nipis, dari kain cotton, dan baju yang
berlubang-lubang kecil tu. Seeloknya pakaikan singlet sahaja atau tanpa berbaju
(lampin sahaja). Jangan sesekali membaluti bayi anda. Jika ingin selimutkan
dia, selimutkan dengan kain nipis sahaja.
✿ galakkan bayi anda minum dengan banyak, samada menyusu badan/formula
atau jika sudah mula makan makanan solid, berikan air masak atau jus
buah-buahan cair. Cecair akan membantu mengurangkan suhu badan.
✿berikan paracetamol baby mengikut dos yang ditetapkan supaya suhu badan
turun dengan cepat.
✿ bawalah berjumpa dengan doktor jika bayi anda menunjukkan gerak-geri
yang tidak sewajarnya seperti menangis tanpa henti, tidak selesa, tidak mahu
tidur dan jika suhu badan tetap tidak turun-turun.
✿ jika bayi diserang sawan (kekejangan otot akibat suhu badan terlalu
tinggi), curahkan air ke seluruh tubuhnya seperti anda memandikannya. Pastikan
dia dalam keadaan sawan tidak melebihi satu minit, dan pastikan dia menangis
tanda dia sudah sedar kembali.
✿ berdoalah!! Sesungguhnya yang menyembuhkan segala penyakit itu hanyalah
Allah. Minta pertolongan dariNya dan minta dijauhkan dari segala sesuatu yang
tidak diingini. Ada banyak doa syifaa’ yang boleh kita amalkan, antaranya
“Ya Rabbannaas, azhibil baksa, isyfi ______ (nama
anak), anta syaafii, la syifa a illa syifa uka, la yughadiru saqaman”
with lots of love
Ummi
Abida
No comments:
Post a Comment