Saturday, March 22, 2014

Penyusuan susu ibu menurut Ustazah Fatimah Syarha


Assalamualaikum para breastfeeding mommies.

Ummi berharap mommies sentiasa dalam keadaan highly motivated untuk meneruskan penyusuan selama dua tahun. Banyak kebaikan yang kita dapat dari menyusukan anak ini, baik untuk mommynya mahupun untuk si kecilnya. Ummi search dan tiba-tiba terjumpa artikel menarik tentang breastfeeding dari seorang ustazah muda penulis novel ni, Ustazah Fatimah Syarha. Mari kita baca apa pandangan Ustazah Fatimah Syarha tentang penyusuan susu ibu ini.




===================================================
ISLAM menganjurkan seorang ibu semaksimum mungkin berusaha menyempurnakan susuannya sehingga dua tahun penuh.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud: “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.”

Menurut pendakwah bebas, Ustazah Fatimah Syarha Mohd. Noordin, al-Quran turut menganjurkan mesyuarat atau perbincangan dilakukan antara suami dan isteri jika mahu menceraikan susu anak sebelum usianya dua tahun.

“Jika diperhalusi kajian sains, seksanya seorang anak kecil untuk melalui alam bayinya jika dia tidak mendapat khasiat susu terbaik di dunia. Ini kerana hanya susu ibu paling serasi dengan keperluannya.

“Justeru, menyusu anak bukan satu beban tapi satu kenikmatan. Indahnya perasaan ibu tatkala dapat menatap si permata hati dalam pelukan. Bertasbih dan mensyukuri kehadirannya. Bercakap-cakap dan mengajar anak tersebut tentang Pencipta mata, hidung dan telinganya.

“Bagi si bayi pula, susu ibu bagaikan ubat penenang. Selasak manapun dia seperti meniarap, merangkak atau bertatih, dia pasti akan ditawan oleh susu ibu,” jelas Fatimah Syarha yang juga merupakan pembimbing motivasi.

Dalam pada itu, dia memberitahu, jika seseorang wanita tidak mampu menyusukan anaknya atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan termasuk masalah kesihatan, mereka tidak dikira berdosa.

“Yakinlah bahawa Allah memahami keadaan hamba-Nya yang beraneka rupa. Tapi, seelok-eloknya ia perlu dilakukan dengan perbincangan bersama suami. Insya-Allah, dengan berbincang akan keluar pelbagai jalan penyelesaian seperti mengambil ibu susuan untuk si anak,” ujar beliau lagi.

Berbicara tentang pengalaman menyusukan anaknya, Fatimah Syarha tidak lokek berkongsi kaedah terbaik untuk melakukannya.

Antaranya, membetulkan niat bagi memastikan anak mendapat khasiat susu terbaik di dunia. Selain itu, para ibu juga perlu berdoa secara khusus setiap hari agar dipermudahkan urusan penyusuan anak.

“Jika susu kurang, jangan menyerah kalah. Sebaliknya gunakan kaedah penyelesaian secara holistik dan menyeluruh.

“Sebagai contoh dalam aspek rohani, lakukan solat hajat dan berdoa, fizikal (banyakkan minum air kosong, susu atau jus dan pemakanan yang seimbang) dan mental perlu dikuatkan dengan terus membaca tentang kepentingan susu ibu,” ungkap wanita yang masih sempat menyusukan anak sulungnya meskipun berada dalam kesakitan kontraksi untuk melahirkan anak kedua kerana tidak mahu hak si kakak dikurangkan walaupun setitik.

================================================

Hebat kan? Sudah dalam keadaan kesakitan kontraksi, Ustazah Fatimah Syarha masih sempat menyusukan anak sulungnya. Subhanallah!! Ummi berharap mommies yang membaca ini sedikitt sebanyak dapat manfaat dari artikel ini dan juga dapat suntikan motivasi agar terus berusaha untuk menyempurnakan susuan selama dua tahun!

Link asal artikel adalah dari blog Ustazah Fatimah Syarha sendiri iaitu diKeindahan Susu Ibu Anugerah Allah


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...