Assalamualaikum.
Anda sedang mencari-cari bisnes yang sesuai
untuk dijalankan dan anda terfikir untuk memilih Shaklee dan ingin mendaftar
jadi ahli Shaklee? Jangan secepat itu!! Baca dulu dan tengok apa Shaklee dah
buat pada Ummi setelah Ummi mendaftar menjadi ahli Shaklee!!
Ummi mula mengamalkan Shaklee masa berpantang
dan untuk menambahkan susu badan. Dek kerana Shaklee memberi kesan positif pada
Ummi, cepat sihat masa berpantang dan susu menjadi lebih meriah, Ummi pun
terfikir ingin mendaftar jadi ahli Shaklee untuk serious berbisnes. Dah 9 bulan
menjadi ahli Shaklee, macam-macam Shaklee dah transform Ummi.
Pertama: Menjadi seorang yang komited
Selain buat homework dan assigment masa belajar
dulu, Ummi memang susah nak komited pada sesuatu perkara. Buat sesuatu pun
biasanya ala kadar je, asalkan siap. Sejak join ahli Shaklee, Ummi menjadi
lebih komited pada kerja-kerja bisnes, kerja-kerja rumah dan juga mendidik
anak. Subhanallah!!
Komited pada kerja. Berniaga haruslah menjual,
ye dak. Nak menjual, haruslah arif tentang produk, kebaikannya, kegunaannya,
larangan-larangannya. Dan peniaga yang ingin berjaya haruslah peniaga yang
berilmu. Untuk mendapat semua ini, Ummi harus komited dengan usaha yang
berterusan dan tidak mudah putus asa.
Kedua: Menjadi seorang yang sentiasa positif
Ummi ni orangnya
jenis sensitif, mudah terasa, mudah terluka. Tapi itu dulu lah. Sejak Ummi join
Shaklee, kami selalu diingatkan untuk sentiasa positif. Padahal, bila masuk bisnes
ni lah lagi senang emosi nak naik turun. Dengan customer buat halnya, dengan
pesaing "curi" customernya, dengan barang tak sampai dan macam-macam
lagi.
Tapi andai satu
hal yang tidak diingini terjadi (seperti masalah-masalah di atas berlaku), kita
meroyan seminggu, tak ke rugi sebab menjejaskan sales? Jadi, memang kami
dilatih untuk sentiasa mengaktifkan caj-caj positif dalam diri dan buang
jauh-jauh caj negatif. Selalu kan dengar “setiap yang berlaku pasti ada
hikmahnya”? tetapi berapa kali apabila berlaku sesuatu, kita betul-betul
positif, tersenyum je seolah-olah tiada apa yang berlaku? Tepuk dada tanya
hati.
Ketiga: Bergantung pada Allah
Kalau kita lihat pekerjaan doctor atau
engineer, mereka dah ditetapkan oleh boss mereka jam berapa masuk kerja dan jam
berapa habis, hari apa dan apa pekerjaan mereka. Cabaran mereka ialah
menyelesaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Hujung bulan? Gaji pun
masuklah!
Lain ceritanya dengan ahli perniagaan atau
businessman/businesswoman, mereka adalah boss kepada pekerjaan mereka. Mereka
tidak dapat nak menentukan gaji mereka kerana ia bergantung kepada sejauh mana
hasil penjualan mereka. Oleh kerana itu, kami yang berbisnes ini telah dididik
untuk sentiasa bergantung pada Allah. Usaha di tangan kita dan rezeki di tangan
Allah. Yang melembutkan hati potential customer untuk membeli dengan kita ialah
Allah, yang memudahkan customer untuk repeat order dengan kita juga Allah.
Seperti nasihat mentor Ummi, jadikan Dia sebagai business partner kita. Minta
pada Dia, mengadu pada Dia, mohon dipermudahkan juga pada Dia.
Oleh itu, kebergantungan kita pada Allah
semakin meningkat hari demi hari (insyaAllah). Solat sunat Dhuha, solat
tahajjud, banyakkan istighfar, banyakkan berzikir, berdoa berdoa berdoa! Kejayaan
pun dapat, $$$ pun dapat, pahala pun dapat! Alhamdulillah
Keempat: Menghargai Masa
“Masa itu emas!!” Slogan yang paling masyhur hampir
semua orang berumur 12 tahun ke atas pasti mengetahuinya. Tetapi, ramai tidak
dapat merasakan begitu berharganya masa. Banyak masa terbuang dengan
perkara-perkara yang remeh temeh; mandi lebih setengah jam, tonton tv
tukar-tukar channel padahal memang tiada rancangan yang bermanfaat pun untuk
ditonton, ini contoh aje la kan.
Bagi kami, setiap saat itu ibarat mutiara
bertaburan di pasir, hanya nak atau tidak mahu saja untuk mengutipnya. Kalau bukan
masa digunakan untuk kerja-kerja bisnes (seperti buat iklan, post di facebook,
follow up customer…), masa akan digunakan sebaiknya untuk berzikir, solat sunat
dhuha, beristighfar dan lain-lain. Nak nak lagi dah nak hujung bulan, mesti
lagi rasa berharganya masa untuk dirugikan begitu sahaja!!
Kelima: Mempunyai misi yang jelas.
Ini adalah satu poinr yang sangat penting. Sebagai
seorang Muslim yang professional, tidak kiralah kita seorang doctor, ataupun
guru mahupun seorang ahli perniagaan, kita harus ada misi yang jelas. Kita harus
mempunyai impian yang jelas dan strategi untuk mencapainya. Contoh saja, kita
ingin menjadi seorang doctor pakar kanak-kanak pada sekian-sekian waktu, dan
ini ini cara untuk mencapai target tersebut.
Dalam perniagaan Shaklee yang Ummi ceburi, kami
diajar untuk mempunyai misi yang jelas, “saya mahu dapatkan bonus sekian sekian
untuk bulan ini” atau “saya ingin mendapat car bonus convention Shaklee untuk
merealisasikan keperluan keluarga memiliki sebuah kereta lebih besar bermula
bulan sekian tahun sekian”. Matlamat hidup yang jelas adalah factor mudahnya dan
cepatnya kejayaan tercapai; short-term target dan juga long-term target. Jika
seseorang tiada misi yang jelas, bukan saja perjalanannya untuk mencapai
kejayaan tidak jelas, dia juga akan mudah putus asa, leka, tidak focus dan
akhirnya mengundang kekalahan!
Keenam: Berkeyakinan ttinggi
Setelah kita mempunyai misi yang jelas, dan usaha yang utuh, kita juga harus ada keyakinan bahawa kita akan berjaya mencapai misi tersebut. Tanpa keyakinan, ataupun ragu-ragu akan menjadikan kita bertambah sukar untuk menggarab apa yang kita inginkan.
Sejak Ummi mendaftar menjadi ahli Shaklee, dan sejak Ummi giat dalam bisnes ini, Ummi menjadi seorang yang lebih yakin, yakin dengan usaha Ummi, yakin dengan tutur kata Ummi, yakin bahawa Ummi mampu berjaya, dan sentiasa yakin pada diri sendiri. Keyakinan bukanlah satu kesombongan tetapi keyakinan memberi kebaikan di mana kita mempunyai pendirian yang jelas dan kuat. Namun begitu, kita tidak pernah menolak atau menutup pintu pembetulan atau koreksi diri.
Nah, begitulah apa yang Shaklee dah buat apa
Ummi sejak Ummi mendaftar menjadi ahli, macam jadi transformers la pula! Hihi. Yang
penting, perubahan yang berlaku apabila Ummi join jadi ahli Shaklee ialah
perubahan-perubahan yang positif. Tidak pernah sekali kami diajar untuk kaya
dengan cepat (Shaklee bukan skim cepat kaya!!!) tetapi berusahalah dan jalankan
bisnes dengan cara yang betul dan ikhlas. Malah, perubahan positif ini akan
tersemat di dalam jiwa sehingga ia bakal sebati menjadikan kita seorang yang
mempunyai personality yang berkualiti.
Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana Dia
telah menunjukkan jalan dan melembutkan hati Ummi untuk mendaftar dan join ahli
Shaklee. Bukan itu sahaja, Allah telah meluruskan jalan agar Ummi mendaftar
ahli Shaklee di bawah kumpulan yang betul, di bawah naungan mentor yang betul. Ada
sahaja mentor yang tidak mementingkan point-point di atas sehingga anak buahnya
tidak dapat menikmati perubahan positif sepertimana Ummi dapat merasakannya.
Semoga Allah memberkati usaha Ummi demi untuk mencapai
kejayaan ini. Dengan izinNya dan kemahuan Ummi, Ummi berharap kejayaan Ummi
dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada Ummah baik dari segi kewangan
mahupun sumbangan kekuatan fizikal atau mental, insyaAllah
Ingin menjadi ahli Shaklee? Hubungi Ummi untuk keterangan lanjut
(Iffah Azhar, SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011-2802-5257
Email: imariza87@gmail.comIngin menjadi ahli Shaklee? Hubungi Ummi untuk keterangan lanjut
(Iffah Azhar, SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011-2802-5257
"jika anda kebetulan walk-in ke branch/HQ Shaklee dan membeli atau register ahli di bawah Ummi, sila contact Ummi selepas itu untuk mendapatkan konsultasi dan coaching secara percuma ya! Hak anda untuk mendapatkan konsultasi dari Ummi setelah membeli dengan ID Ummi. Syukran!!"
No comments:
Post a Comment