Friday, March 21, 2014

6 perkara menarik tentang Qatar


Semalam semasa berborak-borak dengan teman Ummi masa di Qatar dulu, dia tanya Ummi soalan cepu emas, “apa yang awak rindu sangat tentang Qatar?”. Mana taknya, dari Ummi belasan tahun umur, sehingga mempunyai segulung ijazah bersama seorang anak-Ummi berada di sana, macam-macam kenangan terbayang kalau diingat-ingat semula. Sungguh banyak perkara yang menarik tentang Qatar ni, Ummi akan senaraikan 5 sahaja dulu ya.


Pertama: Masjid/Surau di mana-mana
Boleh nak dikatakan, di Qatar hampir setiap 300m pasti ada masjid atau surau. Di compound (kawasan perumahan) kami, sebuah rumah dijadikan masjid untuk para suami berjemaah di sana 5 waktu sehari. Disebabkan kemudahan untuk solat berada di mana-mana, kami tidak pernah ragu-ragu untuk keluar rumah pada bila-bila masa walaupun waktu solat bakal masuk 15 minit lagi. Di mall-mall juga, tempat solatnya besar, bersih dan selesa. Red-carpet tau!!




Kedua: Privasi
Kalau anda keliling Bandar Doha sahaja pun anda akan perasan setiap rumah dikelilingi pagar yang tingginya 7 meter ke atas. Ini bagi memberi kebebasan tuan rumah wanita untuk tidak berhijab di dalam kawasan rumah mereka. Selain itu, kolam renang juga boleh diposisikan di mana-mana bahagian luar rumah, tidak perlu risau jiran sebelah nampak!!





Ketiga: Keamanan
Subhanallah, barangkali factor ini menyebabkan mama dan abah Ummi belum ingin pulang ke tanah air? Uhuk uhuk.. Tapi memang tinggal di Qatar adalah satu kelebihan apabila tahap keamanan dan keselamatannya tinggi. Kita bebas biarkan anak kecil kita berlegar-legar di mall, tidak perlu risau jika terlupa kunci kereta sebelum masuk ke bank, pintu depan rumah dibiarkan terbuka tanpa diawasi dan lain-lain. Semasa Ummi awal-awal datang Qatar dulu, di sekolah kami boleh saja letak beg di koridor tanpa diawasi kerana tiada siapa akan korek dan curi beg kita! Tersebut alkisah, kami baru pulang dari groceries dan masuk ke dalam. Tanpa kami sedari, kunci pintu rumah tergantung pada slotnya dari luar dan kami mengunci pintu dari dalam. Datang abang hantar air gallon, barulah kami diberitahu kunci masih tergantung di luar pintu, dan di situ juga terdapat kunci kereta!!


Keempat: Hormat pada wanita.
Banyak juga restoran di sana ada “family area”. Oleh itu, sesi makan-makan bersama keluarga menjadi lebih privasi dan selesa. Selain itu, ada pernah dengar seorang kawan menghantar keretanya servis. Walaupun no. gilirannya 21, dia mendapat keutamaan kerana hanya dia saja wanita di sana.


Kelima: Sandunes
Ummi rasa point ini nak juga Ummi senaraikan. Sandunes ni tak dapat di tempat lain kecuali beberapa negara seperti Dubai, orang Saudi pun datang Qatar untuk dune bashing? Hihi. Sandunes ialah bukit pasir yang terbentuk dek tiupan angin sepoi-sepoi bahasa tu. Pasirnya halus menyebabkan kereta pacuan empat roda akan tersekat jika supirnya kurang pandai mengendalikan kereta. Thrill dan skillnya di situ lah!! Dan pemandangan di sandunes ini sangatlah cantik, Subhanallah!! Ada masa Ummi upload gambar dulu-dulu masa kami di sana ye.




Keenam: Bacaan al-Qur’an di Mall
Kebiasaanya di Lulu hypermarket dan di souq Nabina, pelanggan akan disajikan dengan ayat suci al-Qur’an al-Karim, terutama pada hari Jumaat. Tidaklah sakit telinga kita dengar lagu-lagu melalaikan semasa shopping kan? Hati jadi tenang sahaja!




Nak tahu lagi tentang Qatar? Haruslah datang ke sana dan lihat sendiri. Antara tempat menarik untuk ziarah di sana ialah corniche, sandunes, zikreet (tempat shooting transformers), restoran-restoran arab dan turki yang menghidangkan makanan lazat-lazat. Kalau mall-mall Ummi kurang minat ke sana, di Malaysia pun ada.

Oh rindunya pada Qatar. Semoga ada rezeki lagilah untuk ke sana sambil plan untuk buat umrah juga nanti. Amiiin amiiiinn.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...