Monday, March 10, 2014

DIY: Masker Semulajadi sHAKLEE tegangkan dan segarkan kulit wajah

Assalamualaikum semua.

Hari ini Ummi ingin kongsikan sedikit ilmu yang mungkin dapat memberi manfaat kepada para pencinta kecantikan. Mana tak nya, resepi masker DIY ini bukan sahaja dapat dibuat dirumah, malah ia memberi kebaikan maksimum kerana bahan-bahannya diperbuat dari 100% bahan semulajadi. 


Antara manfaat dan kebaikan masker semulajadi Shaklee ini ialah"
~ memberi kesegaran kepada kulit wajah
~ menegangkan kulit
~ merawat sel-sel kulit yang rosak
~ mencerahkan kulit wajah
~ memudarkan parut, jeragat, garis halus dan kedutan


Banyak ye kebaikan masker semulajadi Shaklee ini. Apa bahan-bahannya? Semestinya vitamin-vitamin semulajadi Shaklee!!!

1) ESP (Energizing Soy Protein)
2) Vitamin C Sustained Release
3) Susu segar (optional)


Cara-caranya:

Pertama: bahagikan SR vitamin C Shaklee kepada tiga, ambil satu bahagian, dan selebihnya simpan untuk masa akan datang. Hancurkan sebahagian vitamin C tadi dan masukkan ke dalam mangkuk.

Kedua: masukkan satu sudu besar ESP dan satu sudu besar susu segar ke dalam mangkuk tadi. Gaul rata sehingga serbuk vitamin C tadi larut sebati.

Ketiga: tempekkan masker semulajadi Shaklee ini pada wajah anda yang sudah bersih dicuci. Biarkan selama 30 minit dan bilaslah dengan air bersih. 

Keempat: SIAPPP!! Dan rasakan kesegaran dan ketegangan yang menyeluruh pada wajah anda!! Rawatlah wajah anda beberapa kali seminggu. InsyaAllah ia tidak akan memudaratkan kerana vitamin-vitamin Shaklee adalah 100% diperbuat dari bahan semulajadi.

Belum dapatkan ESP dan Vitamin C Shaklee?? Jom hubungi Ummi untuk memesan vitamin-vitamin kecantikan wajah ini!! 

SMS/WhatsApp: +6011-2802-5257
Email: imariza87@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...