Tuesday, March 25, 2014

Mitos dan tanggapan negative tentang Susu Ibu


Assalamualaikum para breastfeeding mommies.

Bukan setakat mengharungi cabaran dalam penyusuan, ada pula bisikan-bisikan jahat tentang penyusuan ini. Memang sungguh penuh dugaan kan breastfeeding ni? Bacalah entri kali ini dan dapatkanlah motivasi supaya mommies sentiasa UP untuk teruskan penyusuan susu ibu selama 2 tahun. Banyakkan membaca, berusaha dan berdoa. Semoga Allah permudahkan!!

Antara “bisikan-bisikan negative tentang susu ibu ini adalah kerana:-
- Tak faham dan tak ada kesedaran tentang susu ibu
- Cuba nak gagalkan orang lain yang nak sempurnakan penyusuan susu ibu
- Sengaja tidak mahu BF anak tanpa alasan kukuh



KATA-KATA ORANG MALAS

“Susu tak cukup. Baby boy minum banyak”
(Mungkin orang ni tidak faham tentang demand-and-supply proses. Apa itu demand-and-supply dalam penyusuan? Boleh baca di sini Apakah itu demand-and-suppky dalam penyusuan?)

“Puting besar sgt mana la baby tu nak boleh hisap”
(Huhu… Adakah ia sebesar buah epal?)

“Payudara kecil, susu kurang”.
(Semua ibu secara semulajadinya boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayinya. Saiz payudara tidak mencerminkan saiz kelenjar mamari kerana mungkin saja saiz yang besar disebabkan kapasiti lemak yang tinggi)

“Puting susu ibu perlu dicuci sebelum menyusukan baby. Huh, lecehla..Kalau dah bengkak, mana sempat nak basuh2”.
(Puting payudara ibu bersifat antibakteria. Kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan pertama kulit ke kulit (1 jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan kecenderungan bayi untuk memilih puting susu ibu yang tidak dicuci berbanding puting susu ibu yang telah dicuci kerana bau semulajadi ibu lebih menarik bayi. Bintil- bintil kecil di sekeliling payudara mengandungi bahan pelincir (sebum) yang bersifat antibakteria. Mencuci payudara memadai dengan mandi seperti biasa 2 kali sehari, tidak perlu mencuci dengan sabun, bahan pencuci seperti Dettol dan sebagainya)

“Sakit siot kasik susu, puting aku sampai berdarah-darah, pastu breast bengkak-bengkak”.
(Meskipun ada sebilangan ibu yang mungkin rasa sedikit bengkak pada peringkat awal, tetapi keadaan ini tidak berlanjutan. Jika anda masih rasa sakit, ini mungkin disebabkan mulut bayi tidak menghisap puting dan areola dengan betul. Belajarlah untuk membantu bayi menyusu dengan cara yang betul)

“Mak saya tidak BF sebab susu kering. Mak kepada mak saya pun takde susu, maka saya pun memang tak akan ada susu. Macam penyakit keturunan”.
(Ini sangat tidak benar!!!)


KATA-KATA ORANG YANG TAK SEKOLAH

“Susu simpan dalam peti ais jadik sejuk, kalau panaskan pun dia still 'sejuk'. x elok utk baby”.
(Oh iya kah? Sangat tidak masuk akal!!!)

“Susu badan bau hanyir. sanggup ke bagi kat anak? Dahla tak sedap”.
(Allahu Allah, hanyir sangat dan tidak sedap sangat kah? Kalau dibandingkan dengan susu lembu yang diproses tu? Kita lihat kandungan nutrisi susu ibu dan susu lembu, mana lebih baik???)

“Basi susu tu if baby tak hisap..Pagi2 kene perah sket dulu susu sblm bagi baby utk buang 'susu basi'. kalau lama x bagi pun susu awal tu kene buang gak”.
(Nak basi macamana kalau susu tu disimpan dalam “container” yang sentiasa maintain suhu dan keaslian susu tu.)

“Tak masuk akal simpan susu lama-lama dalam peti sejuk”.
(Susu yang dibekukan dalam deep freezer boleh tahan setahun, dalam tempat sejuk beku 4bulan, dalam peti sejuk tapi telah dinyahbekukan-24 jam. Aiskrim berbulan-bulan simpan tak takut plak nak makan)

“Ingat kot kalau BF nih boleh jarakkan kelahiran!"
(Ini semua Allah yang beri, nak pregnant lagi atau belum. Kalau nak terus pregnant pun boleh je usaha dengan cara lain)

“Susu ibu terlalu cair (banyak air)”.
(Jika susu ibu yang diperah ke dalam botol diletakkan di atas meja seketika, kita akan dapat melihat susu ibu itu menjadi 3 lapisan iaitu warna keruh cair di lapisan paling bawah diikuti susu kekuningan di tengah dan susu putih pekat lemak berkrim di lapisan paling atas. Nutrien susu ibu sudah mencukupi untuk memenuhi keperluan bayi anda!)

“Hah, pam guna mesin letrik..Tak elokla..Nanti kena kanser”
(Hurm, panaskan makanan dalam microwave, guna blender/mixer bagai.. tak ada masalah kan?)

“Anak ko ni ari2 cirit sbb ko tu dok bagi susu badan. Ko mkn dah mcm2. x sayang anak ke?”
(Tahukah mommies, najis baby yang minum susu ibu memang berwarna kuning & lembut. itu normal. x cirit laaa.....)

NI KATA-KATA ORANG-ORANG LAMA

“Awak ni pentingkan diri sendiri nak menyusu badan je, kesian kat anak tak cukup makan”

“Susu badan ni kena campur ngan susu formula sikit ni..baru baby kenyang...n leh tdo lena”.

“mana leh campur susu belah kiri ngan kanan. yang kanan kan utk makanan, yang kiri utk air”
(Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk mengenyangkan bayi. Naluri semulajadi manusia minum kerana dahaga, maka itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilk) yang mengandungi lebih air dan laktosa. Kemudian barulah susu akhir yang pekat (kandungan lemak tinggi) yang akan mengenyangkannya.)

“Susu formula mengandungi pelbagai nutrien. Nape x bagi susu tepung, nnti anak ko terbantut pembesaran. Susu formula byk vitamin”
(Terpengaruh dengan iklan lah tu.Hakikatnya susu ibu mengandungi lebih 300 nutrien dan sebahagiannya belum dapat dikenalpasti oleh para saintis. Malah susu ibu mengandungi antibodi, enzim dan protein yang tidak mungkin dapat ditiru oleh mana-mana susu formula di dunia. Nak kasi lebih banyak vitamin, mommies makanlah vitamin semulajadi dan salurkan pada baby melalui susu ibu, mommies sihat, baby pun sihat!)

“Kolostrum adalah susu kotor, nanah daripada payudara. tue pasal kuning.. kena buang"
(Dah terbukti dah khasiat kolostrum ni. Kolostrum mengandungi antibodi yang melindungi sistem pencernaan bayi. Kolostrum adalah makanan pertama yang paling baik untuk bayi. Susu formula tidak dapat meniru kolostrum susu ibu. Orang dewasa pun minum susu awal lembu/kambing, tak kan tak nak bagi susu awal ibu pada baby kita?)


NI KATA ORANG-ORANG DENGKI

“Nanti malam2 kita je yang kena bangkit bagi susu, ayah dia syok je tido. Kalau bagi susu formula, suruh ayah dia bancuh”
(alasan mak yang kuat tido... padahal bagi susu ibu lagi le senang, boleh lena sama2 sambil baby dapat dakapan ibu dia)

“Susu badan ni panas la”

-Susah nak shopping"
(Susah?? Baby nak minum susu, duduk je kat mana-mana, selak aje baju. Tak payah nak bawak spare susu, air panas, air suam, botol segala)

“Ibu menyusu tidak boleh minum/makan makanan sejuk, ibu menyusu perlu waspada pengambilan makanan”.
(Semua orang kena jaga makan kan? kalau tidak, segala kencing manis, darah tinggi sakit hempedu datang. Bila kita berhati-hati memilih makanan kerana nak BF, sekaligus meningkatkan kesihatan kita..tu pun salah?)

“Nanti miss B ko layut.eii….geli. sure laki ko cari lain”
(layut xpe, pahala berganda-ganda!! Haha. Nak kasi anjal, minumlah ESP Shaklee)


NI KATA-KATA ORANG YANG DAH TAKDE IDEA SANGAT NAK KONDEM BF

“eiii.. bagi susu badan???... macam orang kampung jerk.. selak sana sini”
(Pakai baju ketat nampak bentuk badan tu taka pa pula? Pakailah baju menyusu muslimah dan tudung labuh, dah banyak dah jual)

“Sapa bagi susu ibu ni pemalas, malam taknak bangun bancuh susu. Memang la leceh bagi anak susu botol, nak kena basuh botol, sterilize etc, tapi itu la namanya pengorbanan, ni seme nak senang je jaga anak”.
(pengorbanan la sangat!)

“Zaman skrg ni makanan kita dah byk chemical additives, pengawet , colouring etc, tak elok dah susu badan. Lain la zaman dulu, makanan semua natural”
(Susu tin tu natural sangat ke? Nak kasi natural minum susu formula, kenalah bagi baby nyot nyot langsung kat lembu tu, haish.. sanggup ke?)

“baby manja sangat..taknak berenggang dengan mak, susah la nak buat kerja rumah”
(Buat stok susu ibu, letak dalam botol, soh ayah dia susukan. Malah sebenarnya bayi yang menyusu ibu lebih berdikari, lebih rasa selamat, kurang menangis dan lebih berkeyakinan kerana dia telah merasa puas didakap, dibelai dan dimanja sewaktu tempoh dia menyusu dengan ibunya.)

“Ko kena bagi anak ko susu formula, besar sok dia pandai cam anak2 akak. Pandai je semua! Semua lepas SPM. Pastu keje & kawin”.
(Aduhh laaa. Apa hebat sangat susu formula tu? Mai habaq sat?? Nak kasi pandai, asah dari awal, didik elok2. Lagipun dalam susu ibu terkandung DHA dan EPA SEMULAJADI bukan sintetik, lagi power dari dha dan epa dalam formula tu)

Ini adalah sebahagian dari kondem2 atau bisikan2 jahat yang mungkin akan membantutkan usaha murni kita untuk menyempurnakan penyusuan. Jauhkanlah diri dari pengaruh-pengaruh dan bisikan syaitan ini. Sesungguhnya susu ibu adalah kurniaan dari Allah dan tiada apa yang lebih baik darinya. Menyusukan anak akan diganjari pahala berganda. Niatkan kerana Allah.


Jika mommies mendapat kondem2 seperti ini, carilah seseorang yang dapat kekalkan motivasi mommies untuk teruskan BF. Kongsi masalah, kongsi pendapat. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...