Assalamualaikum
semua.
Ummi memang
tabik spring la pada guru tadika. Usaha dia, semangat dia, cara dia mengajar.
Kalau diperhatikan, lepas balik sekolah, mesti ada benda baru yang akan
dinyanyikan atau dibaca oleh kak long. Subhanallah!
Bayangkan,
seminggu dah hafal macam-macam, termasuklah bacaan dalam solat, doa-doa harian,
hadith-hadith pilihan – siap maksudnya lagi, nasyid-nasyid dan banyak lagi. Kita
yang malam-malam hafalkan dia surah-surah pendek, seminggu baru satu surah. Hurmm.
Tapi kan, tetap syukur Alhamdulillah!!
Cumanya…….
Ada juga lah
yang tak berkenan dek hati ni kan. Tadika kak long belakang rumah je. Memang kalau
ke tandas tu, jelas suara guru kak long tu mengajar. Lagi-lagi kalau dah pukul
10 tu, mesti dengar punyalah mereka baca doa makan. Yang ini ok lah. Tapi bila
dah dengar benda-benda yang tak best tu…
Dari tahun
lepas lagi kerisauan hati dah mula mencucuk-cucuk. Di tadika kak long ada tiga
orang guru; seorang untuk setiap tahap (4 tahun, 5 tahun, 6 tahun). Guru tadika
yang 4 tahun memang motherly-like-kindergarten-teacher la. Gaya bahasa lembut,
panggil anak-anak pun lagi lembut dari Ummi panggil kak long. Hohoho.
Guru lima
tahun ni la, garangnya mak aihh!! Memang kadang-kadang kita rasa perlu guru
garang sedikit supaya anak-anak dengar kata. Tetapi, rasanya agak keterlaluan
juga lah. Cuba kita lihat apa yang saya pernah dengar guru lima tahun pernah
ngomelkan pada anak2:
“amin,
kenapa amik daun ini? Bukan yang ini lah, amik yang tu!”
“siapa naik
atas meja tu??? Turun!! Kan cikgu dah kata jangan naik atas meja!!”
“jalan…
jalan… cepat cepat!! Nurul, jangan tengok kawan, pandang depan!!”
Hurm, ni
baru sikit la. Kadang-kadang terdetik di hati, kalaulah ada cikgu tadika macam
di tadika upin ipin tu mesti best kan?
Kak long
pernah mengadu satu hari lepas balik dari tadika. “Ummi, cikgu marah kita tadi”.
“kenapa?”, Ummi cuba siasat. “kita tertulis baa, cikgu suruh tulis alif”. “cikgu
cakap macamana tadi?” haa, ni nak korek apa cikgu tu cakap kat anak den. “Cikgu
cakap..NAPA TULIS BAA? CIKGU SURUH TULIS ALIF, PADAM BALIK!”. Allahu Allah,
rasa macam nak drop je jantung ni. Tidak ada Bahasa yang lebih baikkah dikau
boleh guna wahai cikgu lima tahun?
Sedih
sangat! Kalau difikirkan, boleh sahaja cikgu tu cakap macam ni “ni bukan alif
kan? Ni huruf baa. Cikgu suruh tulis huruf apa tadi? Padam balik ok?”.
Ada juga
seorang ibu (kawan kami) mengadu sejak masuk lima tahun ini, anak gadis mereka
makin ganas dengan adik lelakinya. Hurmm hurmmm…. Ada pula, memang dah kasar
dah Bahasa dia, baik dengan ibubapa mahupun dengan sesiapa sahaja.
Berat sungguh
tanggungjawab guru tadika ni. Lagi-lagi tadika Islam. Nak terapkan nilai-nilai
murni Islam ke dalam jiwa anak-anak. Islam bukan sahaja pandai solat, pandai
puasa, pandai baca, pandai mengira. Islam sangat menitikberatkan AKHLAQUL
ISLAMIYYAH. Bagaimana kita ingin menerapkan akhaqul Islamiyyah jika kita
sendiri tidak berakhlaq dalam bertutur bicara? Allahu Allah.
Alhamdulillah
kak long seorang yang lembut hatinya – ALHAMDULILLAH!!! – bila dia tergarang
dan terikut-ikut, kami mengajak dia kembali lembut. “haa, nape garang ni? Macam
cikgu siti je”, “tak elok garang-garang..”. Kini kak long dapat bezakan antara
mana yang boleh dan mana yang tak, garang atau tidak. Kadang-kadang dia pula
backfire kita, “Ummi tu garang!” Hehe.. muhasabah, muhasabah.
Ummi memang tidak boleh cakap banyak sebab Ummi tidak pernah merasa mengajar anak-anak kecil di tadika. Tetapi Ummi percaya cikgu tadi boleh saja mencantikkan sedikit gaya bahasa dan tutur bicaranya, cara dia bercakap dengan anak-anak dan akhlaqnya. Ini kerana anak-anak akan terikut-ikut pada apa yang mereka setiap hari dengar dan lihat.
Allahu a'lam
No comments:
Post a Comment