Assalamualaikum
semua.
Alhamdulillah
semalam selesai COD vitamin Shaklee pada kawan baik sambil catch up updates dan
mengimbau kembali memori lama. Masa jemput BFF kat LRT Station, dah nak
maghrib, so kami cari masjid berdekatan untuk solat dan kemudian cari restoran
untuk makan malam sambil borak2.
Kami terjumpa
sebuah masjid agak besar dan terus masuk. Sambil menunggu waktu masuk,
persiapan untuk solat dilaksanakan seperti mengambil wudhu’ dan memakai
telekung.
Nak pula
ketika azan berkumandang, ada seorang makcik ni dengan suara keras menegur
seorang ibu muda yang membawa bayinya ke masjid. “Tu kasut anak tu!!”, sambil
menunjuk pada kasut si kecil yang comel tu. “Oh, tak pakai keluar ni”, jawab
lemah ibu muda tadi. “Tak pakai pun cabutlah, ini kan rumah Allah, hormatlah
sikit”, nada kerasnya jelas kedengaran walaupun suara imam nyaring melaungkan
azan. “Awak solat tak?” “Solat” “dah tu, anak tu macamana??” Ibu muda tadi
seolah-olah mati bahasa sekejap, dalam pada nak dengar dan jawab azan dan juga
mendengar teguran pedas dari seorang makcik yang tidak dikenali itu.
Mungkin niat
makcik itu tadi baik, hormat rumah Allah, tempat suci harus kita ada kesedaran
untuk menghormatinya. Namun begitu, haruslah kita ambil ibrah daripada cara
makcik tadi menasihati seseorang:-
1. Suara penegur
keras dan saat itu azan sedang berkumandang. Bagaimana pula dengan hormatnya
makcik tadi pada azan yang sedang dilaungkan? Ibu muda itu barangkali bingung
mahu menjawab azan atau menjawab pertanyaan makcik yang pedas tadi.
2. Barangkali itu
kali pertama ibu muda membawa bayinya ke masjid, mungkin juga kerana terpaksa
kerana dia dalam perjalanan ke sebuah tempat, dan berhenti sebentar kerana ingin
menunaikan solat di awal waktu. Namun, ada pula yang marah dengannya.
3. “Awak solat tak?”
“Anak tu macamana??” soalan ini bagaikan ingin memberi amaran bahawa anak itu
bakal mengganggu Jemaah jika dia menangis atau merangkak ke mana-mana ketika
ibunya mengikuti imam solat bersama.
4. Marahnya makcik
tadi bagaikan ibu muda melakukan satu kesalahan dan dosa yang besar. Suara kerasnya
dapat didengari semua Jemaah wanita (dan mungkin juga Jemaah lelaki).
Ingin menasihati
seseorang ada caranya. Ibu muda yang mungkin baru ingin menjinakkan diri ke
masjid barangkali terbantut niatnya akibat ditegur bagai hanya kerana telah
melakukan satu kesalahan kecil. Di hatinya terukir bahawa anak tidak boleh
dibawa ke masjid kerana akan mengganggu Jemaah ketika solat.
Nah, cara
menegur yang salah akan menyebabkan “mudharat” yang lebih besar! Berapa kerat
dari kita yang jinak nak ke masjid? Dan berapa kerat dari kita menanamkan sifat
jinak nak ke masjid kepada anak-anak kita? Padahal, menanamkan suka ke masjid
pada anak-anak haruslah dilakukan sejak dari usia mereka kecil sepertimana kita
menanamkan sifat suka ke sekolah, suka menziarahi saudara-mara dan lain-lain.
Nasihatilah dengan
penuh hikmah, ia akan melembutkan hati seseorang insyaAllah. Jika ibu muda
dinasihati dengan cara yang baik, Ummi pasti akan tersentuh hatinya akan
kebesaran rumah Allah sehingga wajib dihormati begitu, adab-adab ke masjid dan
keinginan untuk ke masjid akan bertambah lagi dan lagi.
Mode:
teringat pula Ummi ketika membawa kak long untuk ke masjid menunaikan solat
tarawih di Negara arab, ketika itu kak long baru berusia 2 tahun lebih. Tiada yang
marah, malah mereka kagum apabila melihat anak kita baik dan duduk diam tidak
seperti anak mereka yang main lari-lari di belakang.
Islam itu
indah, nak nasihat orang dewasa ada caranya, nak nasihat anak kecil juga ada
caranya. Kita ingin suntikkan hikmah agar hati mereka tersentuh dan terkesan
bukan ingin suntikkan kemarahan yang sebenarnya diapi-apikan oleh syaitan!!
Senyum
sikiiittt!!
Allahu a’lam
No comments:
Post a Comment