Tuesday, October 21, 2014

Ubat batuk yang MUJARAB lagi SELAMAT untuk kanak-kanak

Assalamualaik semua,

Sekarang ini musim demam, batuk dan selsema kan. Tengahari panas, petang dan malam hujan lebat. Inilah musim virus sedang ber”hang-out” cari mangsa. Dari Jumaat lepas anak-anak Ummi dah terjebak dengan demam, batuk, selsema ini. Alhamdulillah setakat ini Ummi sedang bertahan, tak nak batuk kalau boleh!

Ubat batuk? Kasihan apabila kita melihat anak kecil batuk tak henti-henti, terutama bila nak tidur malam. Pusing sana batuk sana, pusing sini batuk sini. Tambah lagi hidung tersumbat. Sayu hati ini melihatnya. Dan bila kita pergi ke klinik, doktor akan beri ubat batuk walaupun untuk kanak-kanak. Kalau tidak ke klinik, ramai juga mommies akan ke farmasi beli ubat batuk untuk kanak-kanak.


Sesuai kah ubat batuk ini untuk kanak-kanak? Berkesan kah ubat batuk untuk menghilangkan atau meredakan batuk mereka? Soalan paling penting… SELAMAT KAH UBAT BATUK INI UNTUK KANAK-KANAK?

Menurut Dr Hj. Zubaidi dalam artikelnya “Berwaspada Memberikan Ubat pada Bayi Anda”


Mari kita highlightkan!
Banyak kajian yang dilakukan membuktikan bahawa ubatan ini (ubat batuk dan demam) sebenarnya tidak membantu dalam melegakan batuk dan demam mereka…. Ubatan ini boleh memudaratkan apabila diberikan dalam dos yang berlebihan. Selain daripada memberi kesan sampingan…
  
Bukan setakat ubat batuk tidak berkesan untuk kanak-kanak, ia juga memberi “side effect” kepada mereka. Bahaya pula ubat batuk ini untuk kanak-kanak kan?

Jadinya, apa nak diberikan pada anak-anak kalau mereka batuk, tak kan nak tengok saja?

Inilah, Ummi nak kongsikan pengalaman. Bukan pengalaman lama dah, pengalaman semalam je pun. Kikiki. Tetapi boleh dipercayai! UBAT BATUK YANG MUJARAB DAN SELAMAT UNTUK KANAK-KANAK.


VIT C CHEWABLE SHAKLEE

Aik, cadangan pertama dah nak promo Shaklee? Deeva betul kan SID Ummi sorang ni? Ahaks! Tidaklah begitu. Apa yang Ummi alami, kesan hebatnya Ummi nak share dengan pembaca. Mana tau ia juga amat mujarab untuk anda semua. Bak kata pepatah femes, sharing is caring, kann?

Alkisahnya begini, Ummi kan sedang bertarung untuk melawan batuk selsema yang sangat mudah berjangkit dari anak-anak. Selsema dah tewas, sekarang ni dah tersumbat dah hidung ni. Tetapi batuk dah mula dah, rasa gatal saja tekak. Mana tidaknya, si kenit bijak tu bukan boleh kita tegur suruh batuk tutup mulut ke, suruh batuk tempat lain ke, dia batuk kalau kena pada muka kita, kita yang kena alihkan muka.

Jadinya, malam tadi dah mula nak berkokoh Umminya. Gatal sangat rasa tekak. Sekali tu batuk kuat sikit, dah rasa lain macam. Terus bangun, cari botol Vit C Chews ni, ambil dua biji, baca bismillah dan hisap kuat-kuat.

Kenapa Vit C Chews? Kerana bila kita isap tu, kita isap laju-laju, kemudian jus vit C tu bagi duduk lama sikit kat kawasan gatal tu. Boleh bayangkan tak? Hehe.
Vit C Chews Shaklee ini mengandungi 100mg vitamin C yang sangat sesuai bertujuan melawan virus dan menguatkan antibody badan kita. Dan ia sesuai dimakan oleh kanak-kanak.

Alhamdulillah terus hilang rasa gatal tekak, dan tak rasa nak batuk lagi! Hisap “ubat batuk” ni teringat alkisah Ummi kumam ubat batuk dalam kelas masa O-level beberapa tahun lalu. Nanti Ummi share ye.

Habbatus Sauda’ + Madu

Oh, ini memang hebat! “Makanan Sunnah” yang sangat power. Kenapa Ummi tak berikan habbatus sauda’ dari hari Jumaat? Sebenarnya botol pertama yang kami ada tempohari kami berikan pada Pak Ngah yang ada masalah paru-paru. Kemudian belum beli lagi botol yang baru. Semalam Ummi kecek kat encik Zauj, terus dia round-round cari Habbatus Sauda’ ni.

Malam tadi sebelum tidur Ummi beri dua titik habbatus sauda’ dan sesudu madu untuk Asma’. Alhamdulillah malam ni senyap je dia, Ummi pula yang batuk (tu yang telan vit c tu). Kalau nak dibandingkan malam sebelumnya, fuhhh, pusing sana batuk sana, pusing sini batuk sini dianya.

Makanan Sunnah ini haruslah dimakan dengan cara makan ikut Sunnah, iaitu baca basmallah dan gunakan tangan kanan!

Inilah alternative Ummi dalam nak beri reda batuk kepada anak-anak. Daripada beri ubat batuk farmasi yang tidak berkesan dan tidak selamat itu, baiklah kita berikan alternative yang lebih selamat dan berkesan insyaAllah.

Alhamdulillah biiznillah, dua-dua ubat batuk di atas sangat berkesan untuk mengurangkan batuk Ummi dan juga anak Ummi. Semuanya halal, berkesan dan selamat walaupun untuk anak-anak yang kecil.

Nota: Ubat batuk ini hanya sesuai untuk kanak-kanak setahun ke atas ye. Kanak-kanak di bawah setahun dan masih menyusu boleh mommy yang makan Vit C dan habbatussauda’ dan salurkan khasiatnya pada bayi mommy melalui penyusuan.

Di mana mahu cari ubat batuk MUJARAB dan SELAMAT untuk kanak-kanak ini?

Hubungi Ummi sekarang di:

Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
iR Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail

Penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak


4 comments:

  1. musim cuaca tak menentu memang ramai yang mudah demam...semoga sis dan anak anak cepat sembuh :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Puteri Kasih <3 bagi Ummi, setiap rasa sakit itu ujian dari Allah. Di doakan puteri juga sihat sokmo :)

    ReplyDelete
  3. dalam blog saya juga ada petua untuk hilangkan batuk harap rawatan ini sedikit sebanyak dapat meredakan hati ibu bapa

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Suri atas perkongsian ilmu. Mana yang baik kita sebarkan banyak2..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...