Thursday, October 30, 2014

Penderaan kanak-kanak di taska atau rumah pengasuh semakin menjadi-jadi

Assalamualaikum semua,

Sudah lama juga Ummi tidak layan fesbuk. Hari ini bila skrol skrol ke bawah, jumpa satu video pengasuh sumbat makanan pada mulut bayi yang tak mahu makan sambil menangis tu.

Runtuh jiwa ini melihatkan. Anak kita tersedak air pun kita dah risau bagai nak rak, inikan pula sumbat makan macam tu. Aihhhh…. Sedihnyaaa!! Tiada hati perutkah kamu?



Masa Ummi tonton video itu, encik Zauj pun tengok sekali. Bukan hati seorang ibu je yang sensitive! Encik Zauj sendiri tak sampai hati nak tengok sampai habis, dia suruh alihkan dari pandangan dia. Huhuhu..


Habis satu cerita… skrol skrol lagi, terbaca pula cerita anak berumur 3 tahun diikat tanganmya ke belakang dan kakinya ketika berada di rumah pengasuh. Alasan? Budak tu nakal. Tiada hati perutkah kamu?



Kalau tidak sanggup jaga anak itu, janganlah terima dia untuk dijaga, dan janganlah terima wang dari emaknya! Walaupun Ummi belum ada anak (lelaki) yang nakal (alamaakkk, harapannya tiadalah anak lelaki yang nakal ye, aminnn!!), tetapi tidaklah tergamak nak ikat kaki dan tangan. Dalam gambar tu pun budak itu tidak memakai baju.


Sedih kan? Anak anak syurga diperlakukan sebegitu. salah siapa? Salah pengasuh sepenuhnya kah? Salah ibu bapa kerana hantar anak pada pengasuh kah?

Kalau tak perlu hantar anak ke pengasuh, elakkanlah! Jika ibu/mak/mommy/ummi tak perlu bekerja, berhentilah! Anak-anak itu asset kita sampai ke syurga. Kalau ada peluang, jagalah anak itu sendiri.

Ummi bersyukur Ummi tak perlu keluar bekerja dan Ummi dapat mendidik anak-anak Ummi sepenuhnya. Ummi kaya? Ummi bakal Jutawan Muslimah Mu’minah (tolong sebut Amiinnn ye!!). Ummi ingin berjaya dalam usaha Ummi, dalam bisnes Ummi. Dan Ummi ingin berbakti kepada ummah, kepada agama dengan menjadi Jutawan Muslimah Mu’minah (tolong sebut Amiinnn!!).

I love kids!! Dan kisah-kisah mengerikan mengenai anak-anak di tempat jagaan seperti ini sangat memberi impak kepada Ummi. Sedih, kesian, marah, geram… Moga2 Allah buka mata hati mereka (dan kita) untuk menyayangi anak-anak seperti anak-anak sendiri. Tanggungjawab tu harus dipikul betul2. Nanti di akhirat Allah akan tanya. Ingat tu!

Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak


2 comments:

  1. tak rela...tapi sekarang susuah nak cari pengasuh jaga anak dengan ikhlas penuh kasi sayang..

    ReplyDelete
  2. scary laa sekarang suri. nak hantar anak pada pengasuh ke taska ke... macam2 kes. Doa banyak2 supaya kita ummi2 ni tak payah kerja, jaga anak sendiri

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...