Monday, October 27, 2014

My kak long’s first exam!

 Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah hari ini rasa sihat sikit berbanding dua tiga hari lepas. Dapatlah nak mengadap laptop kesayangannya ni :) Tadi pergi jumpa doktor, balik-balik tak makan ubat pun lagi.. dah rasa baik. Sedut aura dari doktor. Hee hee. Alhamdulillah tak serius pun, doktor kata sinus aja, insyaAllah tak kronik. Amin!

Hari ini hari pertama kak long exam. Ujian akhir tahun kata cikgu. Haish, tak tau laa nak kata apa, budak umur lima tahun dah dikenalkan dengan ujian peperiksaan. Kesiannyaaa…sampai umur berapakah dia harus melalui ujian bertulis setiap tahun dalam hidup dia??


Bahasa Melayu, dan mata pelajaran yang bertulis bahasa Malaysia boleh lah Ummi ajarkan sebab kak long dah boleh membaca bahasa Melayu. Kalau English ke Bahasa Arab ke.. nak ajar dalam masa dua hari ni mana lah mampu. Matematik Ummi dah ajar dah kak long tambah tolak, dia suka!

Ummi tak ada nak push dia pun. Kata Ummi, “kalau kak long tahu jawab, kak long jawab elok-elok, kalau tak tahu, biarkan saja lah”. Lagipun hari tu kan cuti tiga bulan, hoho.

Tapikan, jiran bawah tadi bagitahu anak dia (yang sama kelas dengan kak long) belum pandai membaca, walaupun Bahasa Melayu. Huhu.. Rasa puas lah dua bulan pulun ajar kak long membaca!

Ummi tak mahu kejarkan kak long MESTI dapat nombor satu dalam kelas.. No No No!! Ummi nak, apa yang cikgu atau Ummi ajar, dia faham dan boleh praktikkan dalam kehidupan. Bukan bagus atas kertas saja, tetapi praktikalnya fail, adabnya fail, human sense nya fail. No No No.

Lupa nak ajar kak long supaya baca Bismillah sebelum mula menjawab peperiksaan. Tetapi tadi dengar sebelum start, ramai-ramai mereka baca doa sebelum belajar tu, ok lah kan. Alhamdulillah.

Tahun depan kita cari pengalaman baru di tadika baru ok sayang.

<3 <3 <3

8 comments:

  1. sama baya anak saya.tapi baru habis minggu lepas heee..sehari ada 2 subjek..haa..anak saya blh baca.seronokan sis..

    kalau saya suka abaikan dia dpt resut berapa..sb rata2 cikgu ckp budak nakal suka meniru hee..masa bt raya terbuka jiran sama sekolah dg anak sbuk je tanya anak dpt ni berapa. saya ckp entah malas nk layan.bt apa nak banggakan anak bagai cukup dia tahu asas tu dh ok..kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak kita sebaya ke ukhti? Boleh lah nanti kita sharing aktiviti sepanjang cuti sekolah nanti :)

      Saya tanya je kak long, "exam senang ke susah". bila dia kata "susah", saya kata.. "hurm, biar je la". serious tak nak push dia seawal usia macam ni kan. tapi kalau dia hafaz banyak Surah, baru lah bangga.. kan?

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah sis. Saya mmg ada minat nak besarkan anak-anak dan didik mereka sendiri. Alhamdulillah ala kulli hal

      Delete
  3. lama-lama anak lentur akan mudah juga ikut nasihat kita.semoga berjaya ..yey

    ReplyDelete
  4. Betul,jangan push sangat masa peringkat ini.tetap beri galakan dan sokongan kepada mereka walaupun kurang berjaya lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sis Norhayati Suaib kan? saya tak nak anak jadi exam oriented, biar pandai secara menyeluruh termasuklah berhikmah.

      insyaAllah, amiinn!!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...