Friday, October 31, 2014

Melangkah setapak ke hadapan mencari redha Ilahi

Assalamualaikum semua,

Dari semalam sebenarnya dah tunggu posmen datang. Siap ketepikan tudung dan baju lengan panjang lagi. Alhamdulillah tadi poslaju call. Akhirnya sampai juga bunting yang ditempah jauhhh dari ganukite.


Encik Zauj kata biarlah dia nak mengajar anak-anak mengaji dulu sementara dia sedang buat thesis ni. Yelah, pahala pun dapat, kerja tak berat, income pun dapat. Mudah-mudahan Allah lancarkan perjalanan thesis dia dan bagi dia ilham banyak-banyak supaya cepat dia siapkan thesis. Aminnn!!!

Nanti dah habis thesis boleh buat tuisyen bahasa Arab pula. Atau buka kelas bahasa Arab melalui WhatsApp/weechat dan apa-apa medium pun ok.

Harapan Ummi pula, moga-moga ramailah anak-anak ingin mempelajari Al-Qur’an, lagi-lagi nak musim cuti sekolah ni kan. Kak long kena ikut abi mengaji lepas maghrib ok?

Sebenarnya ada seorang Jutawan Muslim ni dah mewakafkan rumah tu untuk diadakan majlis ilmu. Tak kiralah apa, asalkan bermanfaat buat ummah. Setakat ni belum ada apa-apa aktiviti lagi di rumah tu. So, encik Zauj ambil peluang lah. Peluang untung dunia akhirat, Aminnn!

Dan semoga usaha kecil kami diredhai Allah. Ada lagi satu tawaran, jadi fasilitator di ILuvQuran.com. menarik dan kreatif mereka nak didik sayangkan al-Qur’an. Boleh lah usha website mereka! Tempat mengajinya pun tak jauh dari rumah.

Siapa kata rezeki susah nak dijemput?  Kita usaha, doa, tawakkal… Allah beri pada kita insyaAllah.

Ummi duduk rumah jual produk best Shaklee lah ye, sambil time lain ajar kak long English, Math, Science.. dan adik juga!

Juga noga-moga usaha untuk menaiktaraf kesihatan orang lain juga dikira amal kebaikan olehNya. Kesihatan yang baik adalah elemen penting supaya Muslim lebih maju ke hadapan.

Doakan kami berjaya ya! Eh, bukan kami sahaja, dan untuk kamu yang membaca dan mendoakan juga. Kejayaan di tangan kita insyaAllah!

Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com

Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak


4 comments:

  1. semoga semua niat yang baik dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  2. Masa kecik lagi sepatutnya ajar anak ngaji. Bila dah jadi buluh, susah pula nak lenturkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. pepatah femes tu "meluntur buluh biar dari rebungnya". tapi seeloknya, lepas pandai mengaji, suruh anak khatam sekali, lepas khatam sekali, ajarkan tadabbur pula ayat-ayat suci Al-Quran. Siri ILuvQuran untuk didik GenQ (generasi al-Quran) insyaAllah

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...