Thursday, April 17, 2014

Makanan superb yang dapat menambah air susu ibu


Assalamualaikum mommies semua,

Alahai, kenapa susu tak nak keluar ni. Kenapa hari demi hari susu mommies makin kurang? Kenapa tetiba stok merundum teruk? Kenapa baby lepas minum susu tapi masih ngamuk-ngamuk? Boleh ke nak menyusu dua tahun? Apa amalan nak tambah susu ibu ye? Apa makanan nak tambah susu ibu ni? Macamana cara nak tambah air susu ibu?


Mommies ada masalah kurang susu ibu seperti di atas? Pertama-pertama Ummi ingin mengucapkan tahniah kerana mommies membuat pilihan bijak dan terbaik untuk menyusukan anak sekurang-kurangnya dua tahun. Tetapi halangan dan cabaran seperti di atas akan merunsingkan mommies, iya kan? Jangan risau, Ummi akan berusaha sedaya upaya untuk membantu mommies menjayakan penyusuan susu ibu minimum dua tahun.

Sebelum kita meninjau apa makanan superb yang dapat menambahkan produksi susu ibu, mari kita lihat dan fahami faktor-faktor dan punca-punca kenapa air susu ibu berkurang. Antaranya:

  • Kurang pengambilan zat dan makanan seimbang
  • Badan sentiasa letih dan stress
  • Kurang “demand”
  • Period atau jatuh sakit
  • Kurang minum air


Nah, mana satu (atau dua atau tiga) faktor yang mommies sedang bermasalah dengannya? Sebenarnya, untuk menghasilkan susu ibu yang banyak ataupun mencukupi, ada banyak tips dan cara (yang Ummi akan kongsikan dan bimbing untuk pelanggan Ummi), dan juga ada makanan-makanan superb yang dapat mengatasi masalah-masalah di atas untuk mengelak pengurangan susu ibu, dan juga milk booster untuk menghasilkan lebih banyak susu ibu. Jom baca!!


Antara makanan superb milk booster untuk tambah susu ibu ialah:-

=> Herba superb seperti fenugreek (halba), alfalfa, habbatussauda’.

=> Oatmeal (cereal oats, oat krunch, oatmeal biscuits)

=> Sup ikan, sup daging, sup ayam, sup salmon, sup yang mengandungi protein ya!

=> Makanan bersumberkan protein hebat seperti kacang soya (tempe, tauhu, soya drink, ESP), kacang badam. Chickpeas, kacang lentil, kacang hijau.

=> Makanan superb berasaskan sayuran/buah-buahan seperti brokoli, lobak putih, bayam, carrot, asparagus, betik, apricot

=> Makanan Sunnah seperti kurma, delima, madu, air zamzam, susu kambing


Makanan yang dapat mengatasi masalah bagi faktor kekurangan susu ibu seperti yang Ummi dah terangkan di atas tadi..

Multivitamin; menawarkan kesihatan tubuh badan luaran dan dalaman ibu agar ibu sentiasa sihat, jarang sakit, ceria, aktif dan produktif.

B-complex;  mengelakkan ibu sentiasa ceria, mengurangkan stress, anti-depression, sebagai “penenang”, tambah darah, tambah tenaga.

Vitamin C; mengelakkan ibu dan bayi mudah terkena selsema, batuk dan demam, menguatkan system imunisasi, mencerahkan dan melembutkan kulit (yang ni tiada kaitan dengan tambah susu ibu ye! Hehe…).

Kalsium; nak salurkan kalsium pada anak melalui susu ibu, mommies kena lah mempunyai kuantiti kalsium yang mencukupi untuk mommies dan untuk baby.


Haaa, banyaknya nak kena makan!! Biar makan yang ini ini saja, yang merapu merapu macam biskut coklat, sneks, junk food tu dah taka da ruang untuk masuk ke perut kita, lagipun makanan merapu ni tak membantu menambah air susu ibu.


Bagaimana Ummi berjaya menyusukan anak kedua dah setahun ni, kalau dibandingkan dengan anak pertama bagi susu formula sahaja? Mari PM Ummi untuk kita sembang-sembang. Sementara itu, mungkin entri-entri di bawah memberi manfaat kepada mommies semua..


Nakkan set vitamin superb makanan tambah susu ibu “Set Menyusu Shaklee?” Hubungi Ummi untuk maklumat lebih lanjut!!

iR Iffah Azhar; SID #929407
SMS/WA: +6011-2802-5257
Email: imariza87@gmail.com



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...