Showing posts with label Tips dan Petua. Show all posts
Showing posts with label Tips dan Petua. Show all posts

Thursday, December 18, 2014

Pencuri Tegar Masa Saya dan Anda

Assalamualaikum semua,

Semalam Ummi ada kongsikan tentang penjagaan masa juga, iaitu tips menepati masa (tepati waktu). Apabila kita tepati waktu, jadual harian kita tak lari. Oleh itu, banyaklah kerja yang kita dapat buat dalam sehari.

Masa tidak mengejar kita. Malah, masa semakin-makin mencemburui kita. Kalau pembaca perasan, 10 tahun lalu tu, dalam sehari macam-macam boleh buat. Rasa 24 jam tu macam lama sangat. Kan kan?

Tetapi sekarang? 24 jam itu bagaikan tak cukup masa nak bernafas nak buat itu dan ini. Padahal, dah banyak kemudahan yang kita nikmati yang SEPATUTNYA menyingkatkan masa bekerja kita. Ramai yang mengadu tak sempat nak kemaskini bisnes sebab tak ada masa. Hurmm, kenapakah terjadi begini?


SIAPAKAH PENCURI MASA SAYA?



Pencuri masa kita bukanlah sesiapapun, tetapi apakah perkara-perkara kita selalu buat yang sebenarnya tak berfaedah, tak membawa kebaikan, menyebabkan kita leka, menyebabkan kita buang masa??

Jom cuba senaraikan perkara lazim “pencuri tegar masa saya dan anda”
  • Tengok TV
  • Scroll FB
  • Layan WhatsApp
  • Main game kat henpon
  • Layari website shopping online

Apa lagi? Sila lah senaraikan ke dalam buku catatan anda!

Kalau rasa TV tu banyak mencuri masa kita, cabut je antenna TV tu. Kikiki. Rumah Ummi Alhamdulillah tiada TV, dan tak pernah berhajat nak beli TV. Tp masih berusaha sekuat hati untuk mencuri kembali masa dari FB dan WhatsApp.
Sesungguhnya makin ada gadget, makin banyak kita “tak ada masa” sebab banyak masa terbuang di situ. Kan kan? Sedangkan gadget memberi banyak kemudahan seperti dapat update blog walaupun dalam tren, dapat follow-up customer walaupun tengah Global Conference kat LongBeach US. Alahai alahai…

Jika kita mengeluh tak cukup masa, kita kena duduk dan senaraikan betul-betul “siapakah pencuri masa saya”, dan seterusnya kita harus lah bertindak! Cari jalan bagaimana nak curi balik masa kita tu. Jangan biarkan pencuri masa memperbodohkan kita lagi. Masa kita adalah hak kita!

Lagi.. dua MAGIC TIPS nak ada banyak masa??

Pertama; Solat Awal Waktu. Ia bagaikan magic! Jika kita biasakan solat awal waktu, habis azan je terus solat (atau lagi afdal solat berjemaah di masjid) kemudian sambung buat kerja.. rasa macam lama sangat nak sampai ke waktu seterusnya. Banyak perkara kita dapat selesaikan dan smooth je!

Kedua; Bacalah al-Qur’an. Hurmm, kalau fikir akal logic, membaca al-Qur’an ni memakan waktu, macamana pula boleh bagi kita lagi banyak waktu? Haa, cuba lah sendiri dan lihat perubahannya! Lagi banyak kita membaca al-Qur’an sehari, lagi banyak waktu luang kita ada. MAGIC!!

Semoga artikel kali ini mengetuk hati kita supaya lebih berwaspada dengan pencuri masa ni, dan gunakan lah masa kita dengan sebaiknya. Kautlah keuntungan dunia dan akhirat pada sela masa yang Allah pinjamkan untuk kita. Semoga kita semua cemerlang duniawi wa ukhrawi. Aminn!


Iffah Azhar @ Ummi Abida (SID #929407)
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com

Wednesday, December 17, 2014

Tips Bawa Anak Berjumpa Doktor Gigi dan Penjagaan Kesihatan Gigi

Awal minggu ni Ummi terpaksa ke klinik pergigian untuk mencabut gigi kak long. Wahh, dah besar dah anak Ummi, dah tumbuh gigi kekal! Tapi yang peliknya gigi susunya tak goyang langsung walhal gigi kekal dah tumbuh separuh.

Alhamdulillah gigi kak long cantik dan bersih. Mana tak nya, Umminya control tak bagi makan pelik-pelik, kemudian kena gosok gigi. Bila gigi kekal dah tumbuh tetapi gigi susu masih kukuh di tempatnya, mama Ummi komen “gigi kuat sangat kot sebab banyak ambil kalsium”. Haha, adakah penangan MealShakes? Ohh tidaakkk!!

Masa jumpa doktor gigi, katanya gigi yang keluar tu tidak tumbuh betul-betul bawah gigi susu, tu yang tak goyang. Adoila, tak terfikir pula begitu sebabnya. Hihi. So, terpaksalah cabut, dan terpaksalah inject bius dan kena cabut dua batang gigi terus.



Alhamdulillah kak long tak menangis langsung, malah tak melawan langsung masa kena bius tu. Sebenarnya Ummi pernah kena bius pada gusi juga, jadi tau memang sakit masa kena inject tu. Tetapi Alhamdulillah kaki tangan dia pun takde nak tolak-tolak ke apa. Malah kak long tak keluar suara pun masa inject tu, senyap je dia tahan. Ada juga lah rasa dia crampkan tangan dan kaki, tu je!

Ini nasihat dentist.

"Mengikut pengalamannya selama menjadi seorang doktor gigi, seorang kanak-kanak yang bila di rumah dia sering dimarah, dicubit, dipukul bagai.. apabila di klinik gigi mesti buat hal, tantrum, dan susah nak dikawal. Sebaliknya, seorang kanak-kanak yang sentiasa dilimpahi kasih sayang akan tenang jiwanya walaupun dia sakit kena bius!"

Sebagai ibu bapa, pernah tak terdetik, aihh risaunya nak bawa anak jumpa doktor gigi, mesti diorang takut, tantrum, tak nak dok diam. Haaa, cuba amalkan nasihat doktor gigi Ummi ni, insyaAllah anak-anak ok je ke klinik gigi.

Ok, kesihatan gigi dan gusi pun kita kena jaga. Setiap enam bulan kita harus berjumpa dengan doktor gigi. Selain itu, suplemen penting diambil untuk memastikan kesihatan gigi dan gusi ada pada tahap yang optimum semestinya…

Ostematrix Shaklee
Kalsium yang tiada lemak kolestrol, dilengkapi dengan Vitamin D dan magnesium untuk menggalakkan penyerapan kalsium ke dalam gigi dan menghindari endapan kristal kalsium dalam darah.

Vita-C Plus
Bersifat sustained release yang mengekalkan vitamin C optimum dalam darah dalam jangka masa yang lebih panjang. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan penyakit skurvi, dan gusi berdarah, luka pada gusi lambat baik dan lain-lain.

Chews Vita-C
Untuk kanak-kanak dan mereka yang susah nak telan Vita-C tu, digalakkan kemam Chews Vita-C Shaklee, memang superb!

Tips Penjagaan Kesihatan Mulut

Bengkak Gusi; setelah kita berkumur-kumur dengan air garam, elok juga kita telan Vita-E Complex, Ostematrix dan B-Complex. Cepat je reda bengkak tu insyaAllah!

Gigi berlubang; tak sempat jumpa doktor gigi lagi? Ambil sebiji Zinc Complex, tumbuk hingga lumat dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian tampalkan pada kawasan berlubang itu.

Ulcer, bibir pecah; amalkan Vita-C Plus higher dose (kalau biasa ambil sebiji sehari, bila naik ulcer boleh ambil 2 biji sehari). Dan bagus juga amalkan Omega Guard untuk mengurangkan bengkak pada bibir.

Minum air masak yang mencukupi, antara 2 hingga 3 liter sehari!

Banyaknyaa nak kena makan, untuk mulut je kott! Sebenarnya kalau anda memang mengamalkan kesihatan bersama Shaklee, “B-Complex, Vita-C, Ostematrix, Omega Guard” dah memang vitamin asas. Cuma apabila terjadi kesakitan pada mulut seperti yang diterangkan di atas, bolehlah ambil dos lebih sikit dan pada masa yang sesuai!

Apa-apa pun, gosok gigi jangan miss, kurangkan makan yang manis-manis, kalsium jangan abaikan. Dan berjumpa lah dengan doktor gigi sekurang-kurangnya setiap enam bulan. InsyaAllah kita nak pakai gigi ni lama!

Kalau nak konsultasi, atau sebarang pertanyaan terutama produk Shaklee, boleh hubungi Ummi
Iffah Azhar @ Ummi Abida (SID #929407)
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak

Sunday, December 14, 2014

Tips Travel; Menaiki Kapal Terbang Bersama Bayi dan Anak Kecil

Assalamualaikum semua,

Musin cuti sekolah ni lah ramai ibu bapa mengambil peluang untuk bercuti jauh sikit. Mungkin dari Kelantan ke Johor, atau KL ke Langkawi, mahupun dari KL ke Shanghai, Korea dan lain-lain. Kalau dah namanya family holiday, pasti kita akan angkut anak-anak naik kapal terbang kan?

Mungkin ada segelintir ibu bapa yang inilah kali pertama membawa anak kecil travel menaiki kapal terbang. Maka timbullah kerisauan seperti:
  • Boleh ke bawa susu, minuman, makanan untuk anak ke dalam kapal terbang
  • Macamana ye nak mengelak anak kecil atau bayi tidak selesa naik kapal terbang?
  • Di mana dan bila nak tukarkan lampin bayi/anak kecil?
  • Kalau bayi/anak kita melalak, apa nak buat?
  • Makanan (meal) untuk anak macamana?


  bayi.menaiki.pesawat.kapal.terbang


Alhamdulillah, dengan izin Allah, Ummi telah pun merasa naik kapal terbang bersama bayi, anak kecil dan anak besar sikit. Pertama kali naik kapal terbang masa bersama bayi ketika kak long berusia 25 hari, manakala pernah bawa adiknya Asma’ ke “kampung Doha, Qatar” (dua flight 3 jam dan 4 jam, transit 2 jam) ketika usianya setahun sebulan tanpa iringan suami.

Ia tidaklah begitu susah dan leceh untuk membawa anak kecil menaiki kapal terbang. Mungkin tips di bawah dapat membantu ibu bapa meringankan kerisauan serta kepayahan mengendalikan anak kecil semasa travel menaiki kapal terbang. 
  1. Di rumah, seminggu sebelum travel, bisik-bisik pada anak “Ahmad, kita nak naik kapal, nanti dalam kapal Ahmad GudBoy je ok? Tak yah ragam, tak yah buang air masa dalam flight. Kalau lapar makan, kalau mengantuk tidur, ok?” haa, ini namanya set minda anak siap2. Berkesan tau!
  2. Bertolak ke lapangan terbang awal untuk mengelakkan kecoh, terkejar-kejar. (boleh check-in online di rumah untuk memudahkan perjalanan)
  3. Sebelum naik ke kapal, tukarkan lampin anak anda terlebih dahulu. Harap-harapnya sepanjang perjalanan anda tidak perlu menukar lagi lampin dalam tandas kapal yang sangat sempit itu.
  4. Susu anak (susu perahan, susu botol) boleh dibawa naik ke kapal tetapi pastikan jumlah setiap botol tidak melebihi 100ml.
  5. Makanan dan snek boleh dibawa naik, tiada masalah.
  6. Bawalah stroller, anda boleh menolak anak anda dalam stroller sehingga sampai ke pintu kapal terbang.
  7. Pilih tempat duduk yang ada bassinet (atau seat yang paling depan). Walaupun kita rasa bayi kita tak nak pun duduk dalam bassinet, tetapi ruang kerusi yang ada fasiliti bassinet luas, selesa lah kita dibuatnya!   
  8. Sediakan susu, atau bersedia untuk menyusukan bayi anda semasa take-off dan landing untuk mengelak tekanan pada telinga.
  9. Jika ada anak kecil, bawa bersama entertainment seperti mainan, games atau movie. Ada flight yang menyediakan khidmat ini.
  10. Order makanan yang sesuai dengan anak anda. Ada flight yang boleh pilih makanan untuk anak kecil.
  11. Jika anak anda picky eater, jangan lupa bawa makanan kegemaran dia naik ke atas kapal!
  12. Jangan segan silu minta krew kapal untuk membantu anda dalam apa jua kesulitan yang anda hadapi.
  13. Doa naik kenderaan jangan lupa! Doakan juga Allah permudahkan perjalanan.


Barang bayi/anak kecil yang perlu dibawa ke dalam kapal terbang:
  • 2 salinan baju bayi dan ibu (takut bayi muntah ke, terkena najis ke atas kita, mau nya tak nak tukar??)
  • 3 keping lampin pakai buang (ada flight yang sediakan lampin, seperti SriLanka Air tapi kualitinya tidak berapa bagus, kikiki)
  • Tisu basah; nak lap tangan ke, lap tudung sebab kena muntah ke, nak lap punggung baby ke..
  • Bantal kecil; kebiasaannya bantal kecil akan disediakan oleh pihak kapal terbang. Tapi kalau nak lapik tangan semasa menyusu, atau anak kecil nak lebih bantal, elok bawa sendiri.
  • Tuala kecil (juga boleh digunakan sebagai selimut semasa dalam kapal atau dilapangan terbang).
  • Shawl juga sesuai dibawa. Fungsi sebagai selimut atau penutup ketika anda menyusukan anak.


Nota 1: jika anda menaiki kapal terbang melalui KLIA2, jangan berlengah-lengah untuk menaiki kapal. Sesungguhnya anda perlu jalan jauh dari imigresen nak naik kapal. Jika anda lambat, anda harus berlari-lari bersama anak kecil. Sangat penat dan stress!

Nota 2: persediaan kesihatan untuk anda dan anak-anak untuk travel adalah sangat penting. Pastikan anda sudah mengambil vaksin yang sesuai jika tempat anda ingin lawati mengalami risiko kepada penyakit tertentu.

Nota 3: “ubat demam” dan handy first aid jangan lupa, seperti Vitamin C untuk mengelak demam, selsema batuk. Juga Nutriferon bagi boost up imunisasi tubuh anak. Nak travel ni, demam lah yang kita nak elak, betul tak? Kalau nak bawa vita-E sikit pun ok, mana tau kalau terluka mana2, picitkan minyak vita-E, insyaAllah cepat je sembuh luka tu.

Nota 4: Vitamin dan suplemen untuk ibu bapa pun bagus juga. Seperti AJHT dan Ostematrix untuk mengelak sakit belakang, sakit sendi dok dukung anak dan angkat lagej je sepanjang travel. Gabungan B-Complex dan Ostematrix untuk mengelak migraine, pedih ulu hati dan kawal stress. Stress sambil travel?? Travel dengan anak kann? Hehe.

Vitamin C sangat penting untuk dibawa. Elak selsema, batuk demam. Sangat berkesan dengan Vita-C Plus Shaklee. Omega Guard juga bagus untuk menguatkan imuniti tubuh kita.

Kata kuncinya, kita pergi travel nak enjoy. Lagi-lagi bila bawa anak kan? Kita mesti nak elak demam sakit bagai. Mencegah ialah jalan terbaik untuk kita dapat maksimakan ke”enjoy”an holiday kita.

Apa-apa pun, masa Ummi travel gi Australia raya haritu, memang satu beg bawa vitamin. Vita-C dan Omega Guard adalah kawan baik sepanjang perjalanan sebab dah mula nak selsema batuk. Alhamdulillah tak jadi sakit. Alih-alih, kulit muka jadi licinn semacam je penangan Vita-C Shaklee dan Omega Guard! Hehehe.

Baiklah, jika anda belum mendapatkan Set Kesihatan Travel Shaklee, hubungilah Ummi sekarang untuk bincangkan vitamin terbaik untuk dibeli dan dibawa (mengikut keperluan dan bajet anda).

Selamat melancong dan selamat bergembira bersama anak-anak!!

Iffah Azhar @ Ummi Abida (SID#929407)
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak

Monday, November 24, 2014

Teknik Pernafasan semasa Bersalin yang Betul; Kurangkan Sakit Bersalin dengan tenang

Teknik pernafasan yang betul semasa mula rasa kontraksi hingga lah kita bersalin adalah suatu teknik yang harus dipelajari oleh semua mommies bakal melahirkan anak secara normal. Teknik pernafasan ketika bersalin ini mudah secara teori tetapi perlukan latihan supaya dapat buat dengan betul.

Mommies yang bakal masuk labour room, jom berlatih pernafasan ini semasa mengandung lagi! Bak kata orang, practice makes perfect. Dengan teknik bersalin yang betul diamalkan, mommies lebih relax, fokus pada kelahiran bukan pada kesakitan contraction, dan insyaAllah dapat mengurangkan risiko mengalami komplikasi pada mommies mahupun pada bayi, biiznillah!

Kebaikan Teknik Pernafasan yang Betul Semasa Bersalin

Kebiasaannya bila kita stress ketika rasa sakit atau rasa takut, pernafasan kita menjadi cetek dan pendek. Belum sempat oksigen masuk ke dalam dengan sempurna, kita dah hembus kembali nafas. Bernafas dengan teknik yang betul semasa bersalin membantu memaksimakan kuantiti oksigen masuk ke dalam tubuh baik untuk mommies juga kebaikan untuk bayi.

Selain itu, teknik pernafasan semasa bersalin menjadikan mommies lebih tenang ketika proses kelahiran dari awal sehingga bayi keluar. Mommies lebih relax dan dapat mengawal kesakitan kontraksi. Yang paling penting, kita harapkan dapat bersalin normal dan selamat, kan?

Cara Pernafasan Ketika Bersalin yang Betul

Selepas air ketuban habis keluar, sakit yang amat sangat mula datang. Sakit ini lah yang tak tertahan-tahan tu. Masa anak pertama Ummi ambil epidural kerana tak dapat tahan rasa sakit contraction. Akhirnya? Tak dapat rasa pun baby keluar sebab dah kebas!

Masa mengandung anak kedua, Ummi dah tanya Dr Google tentang teknik pernafasan semasa bersalin ni. Memang bermanfaat betul ilmu ini, Subhanallah!

Caranya?


  1. Masa mula contraction datang, mommies tutup mata dan baca Bismillah, cuba fokus pada cara mommies bernafas, bukan pada sakit tu. Kemudian..
  2. mommies tarik nafas dalam kiraan 3 atau 4, dalam kepala sebut “re”. apabila tarik nafas, gunakan hidung.
  3. tahan nafas sesaat atau dua
  4. lepaskan nafas mommies perlahan dalam kiraan lima macam tu, melalui mulut. Kadang-kadang akan ada bunyi “hoohhh” atau “haahhh”…

Dalam satu sesi contraction, mommies boleh ulang teknik pernafasan ini beberapa kali.

Jangan Push Jika Bukaan belum 10cm!!

Ini nasihat yang Ummi dapat sebelum melahirkan anak kedua; Jangan meneran lagi jika bukaan belum sempurna walaupun kita dah rasa nak push sangat-sangat!

Ummi dapat rasa perkara ini! Lepas air ketuban kering, sakit kuat datang, Ummi praktikkan teknik pernafasan macam kat atas tu. Lepas satu jam, Ummi dah rasa baby nak keluar. Terus panggil bidan. Doktor pula belum datang.

Saat ini adalah sangat kritikal!!
Bila bukaan belum sampai 10cm kita dah mula push, risiko nak “dapat” jahitan luka bersalin yang banyak adalah sangat tinggi!
Bila doktor dan nurse belum bersedia (dengan kelengkapan bersalin belum siap semua), bagaimana mereka nak sambut baby kita dengan baik?

Kalau kita sebagai mommies pula, tahan baby dari keluar, pernafasan pun tak betul… ini lah kemungkinan penyebab berlaku sebarang komplikasi. TAK CUKUP OKSIGEN!! NAUZUBILLAHI MIN ZALIK!!

Oleh itu, sangat sangat lah penting teknik pernafasan yang betul ketika saat genting ini! Caranya.. Mommies tarik nafas seperti masa sakit contraction tu datang, kemudian hembus melalui mulut pendek-pendek banyak kali. Bunyinya akan jadi macam ni.. “huh, huh, huh, huh…”. Kemudian ulang tarik nafas guna hidung dalam-dalam, dan hembus pendek-pendek, laju-laju guna mulut.

Jangan ambil mudah teknik pernafasan semasa bersalin ini. Ia bukan sahaja dapat memudahkan proses bersalin, tetapi juga dapat mengelakkan komplikasi atau perkara yang tidak diingini. Biiznillah!!

Selepas bersalin, tubuh yang lemah dek kerja keras meneran dan hilang banyak darah.. boleh lah top up dengan nutrisi yang baik dan berkualiti.

Vitalea – salurkan zat besi khusus untuk pengembalian darah. Dan multivitamin lain untuk tubuh sihat.
B-complex – membantu pembentukan sel darah, membantu memberi tenaga, mengelak dari stress (meroyan).
Vita-C Plus – mempercepat penyembuhan luka, menguatkan kekebalan tubuh.
Zinc – membantu mempercepat penyembuhan luka dalaman dan luaran, elak masuk angin, elak rambut gugur, kasi kuku kuat dan cantik.
Add-on
ESP – keperluan protein ibu berpantang dan menyusu. Badan lebih bertenaga, susu ibu menjadi lebih pekat!
Alfalfa – juga sebagai milkbooster, dan bertindak sebagai “kacip Fatimah” selepas bersalin.

Saya dan ramai mommies di luar berpuas hati dengan produk Shaklee terutama bab berpantang (selepas bersalin) dan ketika menyusu. Anda juga ingin merasai ShakleeEffect? Jom mulakan hari ini!

Anda boleh membeli produk Shaklee sendiri (tanpa saya menjadi orang tengah) dengan KLIK DI SINI

Selepas membuat pembelian, sila contact Ummi untuk konsultasi ye! Cara pengambilan vitamin yang betul akan mengoptimakan hasil ShakleeEffect anda.

Iffah Azhar (SID #929407)
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak



Tuesday, November 4, 2014

7 Aktiviti Merangsang Otak Bayi Semasa Menyusu

Assalamualaikum mommies yang hebat.

Sejak kebelakangan ini, permintaan untuk set menyusu memang antara set terlaris di Malaysia. MILK BOOSTER; tidak kiralah milk booster dari produk mana sekalipun, mommies-mommies ak­an berusaha sedaya upaya untuk menyempurnakan penyusuan sehingga dua tahun. Syabas Ummi ucapkan! Semoga usaha kalian dirahmati dan diberkati Allah, amin!

Antara kebaikan (yang sangat banyak kebaikan menyusukan anak berbanding memberikan susu formula) menyusukan anak ialah “bonding” antara ibu dan si bayi. Selain dari itu, banyak aktiviti-aktiviti menarik dan mudah dapat dilakukan semasa menyusukan anak dan di samping itu dapat merangsang otak bayi.

Otak bayi berkembang pesat bermula dari dalam Rahim ibunya lagi. Otak bayi berkembang sesuai dengan persekitaran dan pengalaman yang dia hadapi. Kegembiraan, ketawa, melihat pada objek berwarna terang semua dapat merangsang minda bayi seawal dari lahir. Otak bayi terdiri daripada sel-sel otak yang harus di sambung antara satu sama lain (synapse). Makin banyak pengalaman bayi seperti di bawah, makin banyak jaringan sel-sel otak yang bersambung. Makin banyak jaringan, makin bijak seorang bayi itu insyaAllah. Oleh itu, apakah aktiviti-aktiviti yang dapat merangsang otak bayi yang dapat dilakukan semasa mommies menyusukannya?




Menyentuh telapak tangan bayi

Pernah terbaca, apabila mommies menyentuh, membelai perlahan telapak tangan bayi, ia akan merangsang otak bayi. Pegang tangannya, usap telapak tangannya, belai jari-jemarinya satu persatu. Lakukan untuk sebelah tangan setiap kali menyusu. Tambahan jika mahu, sambil membelai sambil berdoa moga-moga tangan kecil ini membesar dan bermanfaat untuk masyarakat dan agama ketika bayi mommies menginjak usia dewasa.


Memperlihatkan objek berwarna terang.

Warna yang terang dapat merangsang otak bayi apabila dia melihatnya. Semasa menyusu, mommies boleh perlihatkan objek yang terang warnanya pada bayi. Boleh nyatakan padanya, “ini warna merah sayang”, contohnya. Lakukan untuk beberapa warna lain untuk satu sesi menyusu. Jika mahu menggunakan flash card berwarna-warni juga boleh!




Perlihatkan flash card (kad imbas)

Untuk bayi yang sudah pandai memberi respon, mommies boleh gunakan flash card untuk meransang mindanya. Samada flash card itu bergambar, atau ingin memperkenalkan padanya huruf-huruf, ataupun perkataan-perkataan. Jangan terkejut, seawal usia setahun lebih, bayi sudah pandai membaca!!


Nyayian atau alunan.

Alunan suara yang merdu juga dapat merangsang minda bayi. Nyanyilah lagu yang sama untuk beberapa ketika dan tukar kepada lagu yang lain (untuk beberapa ketika), dan ulang lagu yang pertama (untuk beberapa ketika) dan seterusnya. Aktiviti ini dapat membantu bayi mengingati intonasi dan tatabahasa yang sama yang terdapat dalam lagu tersebut. Pilihlah lagu yang sesuai untuknya seperti “kasih ibu”, “ibu, kaulah ratu hatiku”, “Alif Ba Ta”. Jangan pula nyanyi lagu cinta ke, rock ke.. tak sesuaiii gitew!



Biasakan dengan alunan al-Qur’an.

Menjadi kebiasaan mommies memasang alunan al-Qur’an di laptop, TV atau smartphone. Ketika menyusu, apabila mommies sendiri membacakan ayat suci al-Qur’an kepada bayi, dia akan memandang tepat pada kita kan? Dia sedang menikmati bait-bait kata-kata Sang Rabb nya yang dialunkan oleh ibunya sendiri! Berbanggalah.




Kenalkan anggota badan

Skil bahasa bayi berkembang pesat dari 0 hingga 3 tahun. Oleh itu, gunakan waktu menyusu untuk mengajar bayi benda yang dekat dengannya iaitu anggota badan. Pegang tangannya sambil berkata “ini tangan baby, tangan baby comel, halusnya tangan baby ni”, usap-usap lah sikit kan? Boleh juga tambah ayat bertanya, “mana tangan baby? Ini tangan baby!” Kemudian pegang kaki pula dan anggota lain. Ulang banyak kali. Umur belum sampai setahun pun dia dah boleh bezakan mana rambut, mana tangan, kaki, perut dan lain-lain.



Bermain geletek-geletek.

Prinsip Ummi, bayi yang sentiasa gembira, otaknya berkembang lebih pesat berbanding bayi yang ditinggalkan bermain sendirian, sering menangis dan jarang ketawa. Sewaktu menyusu, Ummi suka bermain “round round garden”. Ambil telapak tangannya, nyanyi bait-bait di bawah ini sambil jari kita pusing-pusing pada telapaknya..
“Round a round a garden
Like a teddy bear..”

Kemudian, sambil berkata “one step, two step..” sambil dua jari kita bergerak ke lengannya (seolah-olah jari itu adalah kaki yang sedang berjalan), dann… “tickle you under there” dan geleteklah bahagian yang dia geli. Ada masa, geletek kakinya, ada masa geletek ketiaknya. Dia akan ketawa berdekeh-dekeh dan dia pasti akan minta lagi!



Bayi yang melalui pelbagai jenis pengalaman akan lebih teransang mindanya berbanding bayi yang ditinggalkan bermain sendirian. Mommies haruslah membantu bayi mommies untuk melalui pengalaman-pengalaman ini dengan penuh emosi gembira dan tenang.

Merangsang otak bayi haruslah melalui semua jenis deria iaitu deria penglihatan, pendengaran, percakapan, rasa dan sentuh. Dan aktiviti-aktiviti di atas sangat mudah dilakukan, tidak memerlukan tenaga yang banyak, dan menggembirakan.

Kebanyakan mommies keluar bekerja dari pagi sampai petang, ada juga yang malam baru balik. Ambillah peluang bermain sambil bonding sambil meransang otak insan yang insyaAllah menjadi kebanggaan mommies bila dia besar kelak.

Hurmm, lepas ini berkuranglah mommies yang main candy crush kan kan kan? Tak mengapa, korbankan candy crush untuk dapatkan anak pintar, mulakanlah hari ini!
Sebelum mengakhiri artikel tak seberapa ini, tahukah mommies omega-3 terbukti membantu menyambung jaringan synapse di dalam otak dan memeliharanya agar synapse ini tidak mudah reput? Ini bermakna omega-3 membantu meransang otak bayi mommies! Salurkan omega-3 tulen semulajadi Omega Guard melalui susu mommies agar mommies dapat meransang otak si kecil mommies semaksimum mungkin. Nak tahu lebih tentang Omega Guard, boleh baca di sini!

Untuk order Omega Guard pula, mommies boleh melakukan pembelian online sekarang jika mommies memegang kad kredit mahupun kad kredit. Sila klik gambar di bawah.



ATAU!! INGIN PENJIMATAN SEHINGGA 20% UNTUK PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE? BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN HARGA AHLI SEKARANG. HUBUNGI UMMI SEPERTI DI BAWAH YA!

Iffah Azhar (SID #929407)
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com

Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...