Assalamualaikum
mommies yang hebat.
Sejak
kebelakangan ini, permintaan untuk set menyusu memang antara set terlaris di
Malaysia. MILK BOOSTER; tidak kiralah milk booster dari produk mana sekalipun,
mommies-mommies akan berusaha sedaya upaya untuk menyempurnakan penyusuan
sehingga dua tahun. Syabas Ummi ucapkan! Semoga usaha kalian dirahmati dan
diberkati Allah, amin!
Antara
kebaikan (yang sangat banyak kebaikan menyusukan anak berbanding memberikan
susu formula) menyusukan anak ialah “bonding” antara ibu dan si bayi. Selain
dari itu, banyak aktiviti-aktiviti menarik dan mudah dapat dilakukan semasa
menyusukan anak dan di samping itu dapat merangsang otak bayi.
Otak bayi
berkembang pesat bermula dari dalam Rahim ibunya lagi. Otak bayi berkembang
sesuai dengan persekitaran dan pengalaman yang dia hadapi. Kegembiraan, ketawa,
melihat pada objek berwarna terang semua dapat merangsang minda bayi seawal
dari lahir. Otak bayi terdiri daripada sel-sel otak yang harus di sambung
antara satu sama lain (synapse). Makin banyak pengalaman bayi seperti di bawah,
makin banyak jaringan sel-sel otak yang bersambung. Makin banyak jaringan,
makin bijak seorang bayi itu insyaAllah. Oleh itu, apakah aktiviti-aktiviti yang
dapat merangsang otak bayi yang dapat dilakukan semasa mommies menyusukannya?
Menyentuh telapak tangan bayi
Pernah
terbaca, apabila mommies menyentuh, membelai perlahan telapak tangan bayi, ia
akan merangsang otak bayi. Pegang tangannya, usap telapak tangannya, belai
jari-jemarinya satu persatu. Lakukan untuk sebelah tangan setiap kali menyusu.
Tambahan jika mahu, sambil membelai sambil berdoa moga-moga tangan kecil ini
membesar dan bermanfaat untuk masyarakat dan agama ketika bayi mommies
menginjak usia dewasa.
Memperlihatkan objek berwarna terang.
Warna yang
terang dapat merangsang otak bayi apabila dia melihatnya. Semasa menyusu,
mommies boleh perlihatkan objek yang terang warnanya pada bayi. Boleh nyatakan
padanya, “ini warna merah sayang”, contohnya. Lakukan untuk beberapa warna lain
untuk satu sesi menyusu. Jika mahu menggunakan flash card berwarna-warni juga
boleh!
Perlihatkan flash card (kad imbas)
Untuk bayi
yang sudah pandai memberi respon, mommies boleh gunakan flash card untuk
meransang mindanya. Samada flash card itu bergambar, atau ingin memperkenalkan
padanya huruf-huruf, ataupun perkataan-perkataan. Jangan terkejut, seawal usia
setahun lebih, bayi sudah pandai membaca!!
Nyayian atau alunan.
Alunan
suara yang merdu juga dapat merangsang minda bayi. Nyanyilah lagu yang sama
untuk beberapa ketika dan tukar kepada lagu yang lain (untuk beberapa ketika),
dan ulang lagu yang pertama (untuk beberapa ketika) dan seterusnya. Aktiviti
ini dapat membantu bayi mengingati intonasi dan tatabahasa yang sama yang
terdapat dalam lagu tersebut. Pilihlah lagu yang sesuai untuknya seperti “kasih
ibu”, “ibu, kaulah ratu hatiku”, “Alif Ba Ta”. Jangan pula nyanyi lagu cinta
ke, rock ke.. tak sesuaiii gitew!
Biasakan dengan alunan al-Qur’an.
Menjadi
kebiasaan mommies memasang alunan al-Qur’an di laptop, TV atau smartphone.
Ketika menyusu, apabila mommies sendiri membacakan ayat suci al-Qur’an kepada
bayi, dia akan memandang tepat pada kita kan? Dia sedang menikmati bait-bait
kata-kata Sang Rabb nya yang dialunkan oleh ibunya sendiri! Berbanggalah.
Kenalkan anggota badan
Skil bahasa
bayi berkembang pesat dari 0 hingga 3 tahun. Oleh itu, gunakan waktu menyusu
untuk mengajar bayi benda yang dekat dengannya iaitu anggota badan. Pegang
tangannya sambil berkata “ini tangan baby, tangan baby comel, halusnya tangan baby
ni”, usap-usap lah sikit kan? Boleh juga tambah ayat bertanya, “mana tangan
baby? Ini tangan baby!” Kemudian pegang kaki pula dan anggota lain. Ulang
banyak kali. Umur belum sampai setahun pun dia dah boleh bezakan mana rambut,
mana tangan, kaki, perut dan lain-lain.
Bermain geletek-geletek.
Prinsip
Ummi, bayi yang sentiasa gembira, otaknya berkembang lebih pesat berbanding
bayi yang ditinggalkan bermain sendirian, sering menangis dan jarang ketawa.
Sewaktu menyusu, Ummi suka bermain “round round garden”. Ambil telapak
tangannya, nyanyi bait-bait di bawah ini sambil jari kita pusing-pusing pada
telapaknya..
“Round a
round a garden
Like a
teddy bear..”
Kemudian, sambil berkata “one step, two step..” sambil dua jari kita bergerak ke lengannya (seolah-olah jari itu adalah kaki yang sedang berjalan), dann… “tickle you under there” dan geleteklah bahagian yang dia geli. Ada masa, geletek kakinya, ada masa geletek ketiaknya. Dia akan ketawa berdekeh-dekeh dan dia pasti akan minta lagi!
Bayi yang
melalui pelbagai jenis pengalaman akan lebih teransang mindanya berbanding bayi
yang ditinggalkan bermain sendirian. Mommies haruslah membantu bayi mommies
untuk melalui pengalaman-pengalaman ini dengan penuh emosi gembira dan tenang.
Merangsang
otak bayi haruslah melalui semua jenis deria iaitu deria penglihatan,
pendengaran, percakapan, rasa dan sentuh. Dan aktiviti-aktiviti di atas sangat
mudah dilakukan, tidak memerlukan tenaga yang banyak, dan menggembirakan.
Kebanyakan
mommies keluar bekerja dari pagi sampai petang, ada juga yang malam baru balik.
Ambillah peluang bermain sambil bonding sambil meransang otak insan yang
insyaAllah menjadi kebanggaan mommies bila dia besar kelak.
Hurmm,
lepas ini berkuranglah mommies yang main candy crush kan kan kan? Tak mengapa,
korbankan candy crush untuk dapatkan anak pintar, mulakanlah hari ini!
Sebelum
mengakhiri artikel tak seberapa ini, tahukah mommies omega-3 terbukti membantu
menyambung jaringan synapse di dalam otak dan memeliharanya agar synapse ini
tidak mudah reput? Ini bermakna omega-3 membantu meransang otak bayi mommies!
Salurkan omega-3 tulen semulajadi Omega Guard melalui susu mommies agar mommies
dapat meransang otak si kecil mommies semaksimum mungkin. Nak tahu lebih
tentang Omega Guard, boleh baca di sini!
Untuk
order Omega Guard pula, mommies boleh melakukan pembelian online sekarang jika
mommies memegang kad kredit mahupun kad kredit. Sila klik gambar di bawah.
ATAU!!
INGIN PENJIMATAN SEHINGGA 20% UNTUK PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE? BELI PRODUK
SHAKLEE DENGAN HARGA AHLI SEKARANG. HUBUNGI UMMI SEPERTI DI BAWAH YA!
Iffah
Azhar (SID #929407)
Pengedar
Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp:
+6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran
Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak
Bayi banyak menyerap maklumat kerana otak sedang berkembang,jadi masa ni nak latih otak bayi belajar banyak2 & benda baik sahaja. klik untuk fahami bahasa bayi
ReplyDeleteotak bayi berkembang pesar abtara umur 0-3 tahun. masa menyusu lah waktu tersempoi nak rangsang otak mereka
ReplyDelete