Masih
segar diingatanku, pertama kali aku bertemu dengannya, di sebuah pusat
keagamaan Islam di Qatar, di dalam satu program berkaitan dengan Islam. Dia
memberi sedikit komentar dalam sesi Q&A sejurus sebelum program berakhir.
Aku tertarik melihatnya saat itu. Dia mengalu-alukan speaker ke agama Islam dan
komentarnya seterusnya aku kurang ingat. “Bahasa Inggerisnya begitu lancer,
barangkali dia orang sana” terlintas dibenakku. Setelah program tamat, kami
orang-orang Malaysia berkumpul sekali. Tidak kusangka-sangka dia juga
menghampiri kami, dia orang Malaysia la!!
Sejak
dari itu, kami sering berjumpa, dan hubungan antara kami semakin rapat. Dia yg
ceria dan happy-go-lucky membuatkan aku senang bergaul dengannya. Kami bertemu
di majlis keramaian “makan-makan” anjuran rakyat Malaysia di sini. Kami juga
sering berjumpa di acara-acara outdoor anjuran MAQ, Malaysian Embassy dan
sebagainya. Dan kami mempunyai minat yg sama; meredah padang pasir dengan
pacuan empat roda. Jika kami ingin ke sandunes, pasti kami akan ajak dia
bersama. Dia pandai menangkap gambar, fotografer la katakan
Di
satu malam, aku berjumpa dengannya, di dalam sebuah majlis agama (Ustaz
Hasrizal di al-Bayan Clubhouse), dia kelihatan begitu anggun, berhijab! Aku
hampir tidak mengenalinya saat pertama kali melihatnya malam itu. Sambil
menjamah sedikit juadah, kami berborak-borak. Beliau menyatakan kerisauannya
terhadap pendidikan agama anak-anaknya. Dia juga risau nasib (agama)
anak-anaknya pada masa akan datang terutama ketika dia sudah tiada nanti.
Perbincangan malam itu menyababkan perasaanku bercampur baur; hiba, gembira..
Kerisauannya itu bukan berkaitan dengan keduniaan. Alhamdulillah!
Sejak
dari itu, dia seperti insan yg lain dimataku. Dia sangat proaktif ke sana ke
mari mencari dan menggali ilmu agama. Dan yang paling penting, apa yg dia
pelajari dan percaya, dia akan realisasikan dalam hidupnya, “bukan sekadar nama
diprint di dalam sijil-sijil untuk dikumpul dan difailkan untuk dijadikan
kenangan”. Aku cinta dia kerana Allah.
Jika
ada kumpul-kumpul, majlis makan-makan dirumahnya, pasti dia akan mengambil
sedikit masa untuk memberi pengisian. “Setiap perkumpulan (baca:gathering) jika
tidak diselit dengan sesi mengingati Allah, pasti ia akan menjadi sia-sia”
itulah prinsip yg dia pegang. Setiap pengisiannya pasti akan mengusik jiwa
kecilku. Semangatnya mencari ilmu agama dan menyampaikan kepada orang lain
begitu tinggi. Aku malu dengan diriku sendiri, tidak proaktif sepertinya.
Suatu
malam, di majlis keramaian, kami duduk bersama. Dia menyatakan kepadaku kenapa
dia tidak berhijab sebelum ini. Dia sering berperang dengan dirinya, menyatakan
hujah bahawasanya ramai yg berhijab tetapi tidak berakhlak. Dia memerhati
sekelilingnya untuk mencari jawapan. Kini, Alhamdulillah hidayah menyapanya.
Dia kini bukan sekadar bertudung, tetapi menutup auratnya dengan sempurna. Oh,
aku cintanya kerana Allah!
Sebelum
aku pulang ke Malaysia, dia telah membuat acara “farewell” untukku di rumahnya.
Setelah para adam ke masjid untuk menunaikan solat Asr dan rumahnya para hawa
yang konker (conquer), sedikit tazkirah dia berikan kepada kami. Kisah abu
jahal yg ingin membunuh Rasulullah. Saya tak ingat sangat kisahnya (dah search
kat google pun x jumpa)….(oh, is it Abu Jahal or Umar, ya Allah, dah lupa
dah!!), tetapi kisahnya tentang hidayah. Ayat yang dia quote dalam tazkirahnya
ialah “Allah memberi hidayah kepada sesiapa yg Dia mahu, dan membiarkan sesiapa
(ke arah kesesatan) kepada sesiapa yg Dia mahu. Setelah itu, dia memelukku
sambil berbisik “I chose that story because of you’ (au kama qaal, hehehe). Aku
tak faham sangat apa maksudnya, tapi biarlah! It makes my heart flowery
(berbunga-bunga). Fuhh, aku cinta dia kerana Allah!
Kini,
sudah lama kami tidak bertemu. Dia masih di sana dan aku di sini. Aku berdoa
semoga kami dapat bertemu kembali di suatu hari. Andai saja kami ditakdirkan
tidak lagi bertemu, satukanlah kami kembali di syurga nanti.
“Ya
Allah Ya Rahman Ya Raheem, rahmatilah kakak ini, dan cucurilah kasih-sayangMu
keatasnya. Ampunilah segala dosa-dosanya dan tsabitkanlah jalannya di jalan
yang lurus, berkat kasihku kepadanya, temukanlah kami kembali di firdausMu,
amiiin Ya Rabb”
Aku
Cinta Dia Kerana Allah
Umm
Abida
6
Ramadhan 1434H
cinta pada Allah itu harus kekal hingga akhir hayatkan. cinta manusia tak akan kekal cuma akan bertapak hati dan sebutan sahaja
ReplyDeletecinta pada manusia kerana Allah akan membawa ukhuwah sampai ke syurga sis. Indah kan? :)
Delete