Tuesday, November 4, 2014

Bab Thaharah (kesucian); Elakkan solat dalam keadaan bernajis!

Assalamualaikum para pembaca semua,

Kali ini Ummi ingin kongsikan ilmu yang Ummi dapat dari medium WhatsApp yang diforwardkan kepada Ummi. Ilmu yang sangat bermanfaat!

Tolong Peka - Bab Thaharah Ramai di antara kita membasuh pakaian yg terkena najis (air mazi pada seluar dalam, air kencing, pakaian anak yg bernajis) dengan pakaian yg tiada najis dalam satu mesin basuh. Air dalam mesen basuh sekaligus menjadi air >>MUTANNAJIS<< dan dibawa solat. Perlu diasingkan pakaian yg bernajis basuh berasingan. Selepas basuh, tanpa bilasan manual (bilasan terakhir dengan air lalu/mengalir/paip) adalah TIDAK SAH dibawa solat.Kaedahnya:Baju yg sudah bersih tapi masih tidak suci pada ukuran Thaharah, perlu dibilas dengan air yg lalu pada setiap pakaian dan di spinkan balik. Jawapan berdasarkan jumhur ulama Mazhab Syafie. ‪#Perlu diingat, jika kita ABAIKAN perkara ini, kita SOLAT DALAM NAJIS.
"Tidak berdosa jika tidak tahu, berdosa besar jika tidak ambil tahu" Wallahua'lam.Sampaikan pada yang lain.-Kuliah-

Huhuhu.. Ini kesalahan yang rasanya ramai dari kita yang buat (termasuklah Ummi) kan?? Kalau ada najis terkena seluar anak, sumbat je terus dalam washing machine.


Bab thaharah (kebersihan/kesucian) ini sangat penting. Kalau baca buku fiqh, rata-rata bab thaharah ni menjadi bab pertama. Sebab? Kalau tubuh tidak suci, bagaimana amal ibadah kita akan diterima. Takutnyaa kalau amalan kita ditolak! Apa lagi bekal kita untuk akhirat. Kena lebih berhati-hati selepas ini.


Nota: nak masukkan baju-baju dalam mesin basuh boleh saja, baju yang bernajis tu scrub dulu bawah air lalu di sinki, kemudian boleh lah campur sekali dengan baju tanpa najis yang lain.

Semoga amal ibadah kita diterima Allah insyaAllah.

Pesanan kasih sayang dari Ummi Abida

Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com

Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...