Friday, November 7, 2014

Misteri terbongkar!!! Siapakah ZURAIDAH?

Assalamualaikum semua,

Tajuk?? Dah macam entri yang nak kan publicity je. Ahaks!! Bukan nak cari publisiti ye, tetapi nak cerita kisah bisnes Ummi yang baru dilalui, ada misteri!

Kisahnya bermula dengan PROMOSI ESP BUY 6 FREE 1 pada bulan lepas. Ada seorang customer kata dia nak ESP. Yelah, peluang terbaik kan…

So, selepas customer ni bank-in, Ummi pun terus pos ESP Shaklee ke customer. Kedudukan customer ni di Miri, Sarawak.  Nombor tracking pun Ummi dah beri padanya agar mudah nak trace barang.

Selepas beberapa hari, Ummi pun check tracking di laman web poslaju… tertulis “delivered ZURAIDAH”, namun customer mengadu barang belum sampai.

Ohoiii, mau berderau darah!! Ini pertama kali Ummi handle kes seperti ini. Dok mesej dengan customer sampailah ke malam. Mana pula hilangnya ESP tu? Dah 3 hari dah barang sampai tetapi customer belum dapat lagi barang. Yang terima barang tu nama ZURAIDAH, siapa zuraidah? Kenapa zuraidah tidak pulangkan barang kepada penerima sepatutnya (customer Ummi lah).

Dengan tenang Ummi beritahu Ummi akan call poslaju Miri tanya tentang penyambut barang. Siapa dan di mana lokasi.

Syukur Alhamdulillah customer Ummi ni baik orangnya. Dia pun redha, siap kata “ini ujian dari Allah”. Kalaulah terjadi pada customer yang….. haha, faham-faham je lah kan. Hurm, adat orang buat bisnes, kena cekalkan hati!

Malam tu customer Ummi ni pun buat penyelidikan. Dah jadi macam detective conan pula. Ahaks! Jiran-jiran dia habis dia tanya. Semua tiada bernama zuraidah atau mengenali yang bernama Zuraidah!

Malam sebelum tidur Ummi buat solat sunat, doa minta Allah permudahkan. Moga-moga barang dijumpai, moga-moga orang bernama Zuraidah tu jujur, moga-moga misteri ini selesai dengan lancar.

Keesokkannya, belum sempat Ummi call poslaju Miri, customer dah wassap.. Barang dah jumpa!! Alhamdulillah, syukur sangat. “Barokah hari Jumaat”, katanya. Sungguh!

Rupa-rupanya posmen poslaju pergi hantar barang kepada admin hospital (kediaman customer adalah kediaman staff hospital), barang itu disambut oleh pekerja di situ bernama Zuraidah. Peliknya, cik Zuraidah ni tak hubungi pun customer Ummi ni walhal nombor henpon dah tertera dengan terang pada kotak. Huhu.




Baiklah, mari kita bersangka baik. Mungkin Zuraidah tiada kredit atau sumber nak call pemilik barang, atau Zuraidah ni tak sempat nak call atau hantar barang dek apa sebab pun lah, atau… DAH DAH, kata nak bersangka baik? Syukur barang belum dibuka pun, dan barang telah selamat sampai ke tangan customer Ummi.

So, now it’s time for consultation and action!! Customer ni menambahkan taraf kesihatan dia dan ingin menambah berat badan. InsyaAllah boleh!

p/s: adatlah orang berbisnes menghadapi situasi begini kan. Cuma ini kali pertama Ummi menghadapinya, jadi terkejut juga lah. Alhamdulillah Allah beri pengalaman dengan customer yang baik, sabar dan kooperatif. Kita sama-sama selesaikan masalah dengan tenang dan penuh kebergantungan kepada Allah. Alhamdulillah ala kulli hal.

Iffah Azhar (SID #929407)
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com

Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak

4 comments:

  1. mesti bersangka baik kan sis ummi kalau pikir baik2 insyallah benda akan permudahkan punya.

    semoga sis berjaya dalam bidang ini

    ReplyDelete
  2. syukurlah bungkusan pos laju itu dapat ditemui semula...tak apalah kita berbaik sangka sahaja :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu puteri, bersangka baiklah. barang pun dah dapat, dalam keadaan selamat lagi tu (belum dibuka). Alhamdulillah!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...