Tuesday, March 4, 2014

Kelebihan bermain puzzle untuk merangsang otak anak-anak

Assalamualaikum mommies semua.

Kak long dari usianya 3 tahun lebih Ummi latih dia bermain puzzle. Pada awalnya dia tidak pandai dan hanya melihat sahaja. Kini, semua puzzle dia suka main. Banyak kebaikan bermain puzzle bagi anak-anak ini, antaranya:-

ANTARA KELEBIHAN KANAK-KANAK BERMAIN PUZZLE :

1- Mengaktif, meransang otak, membentuk skil pemikiran secara logik serta mengenal objek, dan warna.

2- Melatih koordinasi mata dan tangan dan meransang motor halus kanak2 kerana mereka akan berusaha untuk memadankan kepingan puzzle ke tempat yg betul serta menggunakan kekuatan jari mereka untuk mengambil kepingan2 kecil puzzle.

3-Melatih pemikiran logik

4- Melatih kesabaran dan ketabahan kanak2 ketika menyelesaikan puzzle

5- Meningkat pengetahuan ttg bentuk n ruang dgn meneliti kepingan dan bentuk2 puzzle.

6- Meningkatkan kemahiran bermasyarakat dan merupakan peluang yang baik untuk ibu bapa untuk berbual dengan kanak2 dan berkongsi menyelesaikan masalah bersama2.

7- Melatih kanak2 berfikir dan menyelesaikan masalah. Malah jigsaw paling mudah akan memerlukan mereka untuk berfikir tentang apa yang perlu mereka lakukan untuk sempurnakan puzzle tersebut

8-Puzzle juga boleh digunakan sebagai alat bantuan pendidikan untuk mengenal nombor, warna, huruf , dll.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...