Showing posts with label Cerita Ummi. Show all posts
Showing posts with label Cerita Ummi. Show all posts

Wednesday, December 17, 2014

Tips Bawa Anak Berjumpa Doktor Gigi dan Penjagaan Kesihatan Gigi

Awal minggu ni Ummi terpaksa ke klinik pergigian untuk mencabut gigi kak long. Wahh, dah besar dah anak Ummi, dah tumbuh gigi kekal! Tapi yang peliknya gigi susunya tak goyang langsung walhal gigi kekal dah tumbuh separuh.

Alhamdulillah gigi kak long cantik dan bersih. Mana tak nya, Umminya control tak bagi makan pelik-pelik, kemudian kena gosok gigi. Bila gigi kekal dah tumbuh tetapi gigi susu masih kukuh di tempatnya, mama Ummi komen “gigi kuat sangat kot sebab banyak ambil kalsium”. Haha, adakah penangan MealShakes? Ohh tidaakkk!!

Masa jumpa doktor gigi, katanya gigi yang keluar tu tidak tumbuh betul-betul bawah gigi susu, tu yang tak goyang. Adoila, tak terfikir pula begitu sebabnya. Hihi. So, terpaksalah cabut, dan terpaksalah inject bius dan kena cabut dua batang gigi terus.



Alhamdulillah kak long tak menangis langsung, malah tak melawan langsung masa kena bius tu. Sebenarnya Ummi pernah kena bius pada gusi juga, jadi tau memang sakit masa kena inject tu. Tetapi Alhamdulillah kaki tangan dia pun takde nak tolak-tolak ke apa. Malah kak long tak keluar suara pun masa inject tu, senyap je dia tahan. Ada juga lah rasa dia crampkan tangan dan kaki, tu je!

Ini nasihat dentist.

"Mengikut pengalamannya selama menjadi seorang doktor gigi, seorang kanak-kanak yang bila di rumah dia sering dimarah, dicubit, dipukul bagai.. apabila di klinik gigi mesti buat hal, tantrum, dan susah nak dikawal. Sebaliknya, seorang kanak-kanak yang sentiasa dilimpahi kasih sayang akan tenang jiwanya walaupun dia sakit kena bius!"

Sebagai ibu bapa, pernah tak terdetik, aihh risaunya nak bawa anak jumpa doktor gigi, mesti diorang takut, tantrum, tak nak dok diam. Haaa, cuba amalkan nasihat doktor gigi Ummi ni, insyaAllah anak-anak ok je ke klinik gigi.

Ok, kesihatan gigi dan gusi pun kita kena jaga. Setiap enam bulan kita harus berjumpa dengan doktor gigi. Selain itu, suplemen penting diambil untuk memastikan kesihatan gigi dan gusi ada pada tahap yang optimum semestinya…

Ostematrix Shaklee
Kalsium yang tiada lemak kolestrol, dilengkapi dengan Vitamin D dan magnesium untuk menggalakkan penyerapan kalsium ke dalam gigi dan menghindari endapan kristal kalsium dalam darah.

Vita-C Plus
Bersifat sustained release yang mengekalkan vitamin C optimum dalam darah dalam jangka masa yang lebih panjang. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan penyakit skurvi, dan gusi berdarah, luka pada gusi lambat baik dan lain-lain.

Chews Vita-C
Untuk kanak-kanak dan mereka yang susah nak telan Vita-C tu, digalakkan kemam Chews Vita-C Shaklee, memang superb!

Tips Penjagaan Kesihatan Mulut

Bengkak Gusi; setelah kita berkumur-kumur dengan air garam, elok juga kita telan Vita-E Complex, Ostematrix dan B-Complex. Cepat je reda bengkak tu insyaAllah!

Gigi berlubang; tak sempat jumpa doktor gigi lagi? Ambil sebiji Zinc Complex, tumbuk hingga lumat dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian tampalkan pada kawasan berlubang itu.

Ulcer, bibir pecah; amalkan Vita-C Plus higher dose (kalau biasa ambil sebiji sehari, bila naik ulcer boleh ambil 2 biji sehari). Dan bagus juga amalkan Omega Guard untuk mengurangkan bengkak pada bibir.

Minum air masak yang mencukupi, antara 2 hingga 3 liter sehari!

Banyaknyaa nak kena makan, untuk mulut je kott! Sebenarnya kalau anda memang mengamalkan kesihatan bersama Shaklee, “B-Complex, Vita-C, Ostematrix, Omega Guard” dah memang vitamin asas. Cuma apabila terjadi kesakitan pada mulut seperti yang diterangkan di atas, bolehlah ambil dos lebih sikit dan pada masa yang sesuai!

Apa-apa pun, gosok gigi jangan miss, kurangkan makan yang manis-manis, kalsium jangan abaikan. Dan berjumpa lah dengan doktor gigi sekurang-kurangnya setiap enam bulan. InsyaAllah kita nak pakai gigi ni lama!

Kalau nak konsultasi, atau sebarang pertanyaan terutama produk Shaklee, boleh hubungi Ummi
Iffah Azhar @ Ummi Abida (SID #929407)
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak

Tuesday, December 9, 2014

Idea Menyambut Hari Jadi yang Tak Mainstream

 Assalamualaikum semua,

Seminggu yang lalu adalah hari jadi ayahanda Ummi tercinta. Tetapi memandangkan abah waktu itu berada di oversea, maka kami menyambut hari jadinya agak lewat sedikit. Kebiasaannya sambutan hari jadi aka nada makan-makan dan paling penting, kena ada birthday cake kan?


Tetapi bila sambut hari jadi dengan ada kek kat depan birthday boy/girl, kemudian nyanyi “happy birthday” kemudian tiup lilin tu dah macam mainstream laa. Boring! Jom kita cuba budaya baru sambut hari jadi jom!

“SIAPA PUNYA BIRTHDAY, DIA KENA BELANJA MAKAN”

Haa, amacam? Birthday boy/girl kena belanja family dia makan “besar” masa birthdaynya. Sebenarnya inilah yang family kami praktikkan masa Ummi kecik2 dulu. Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah kami sekeluarga (ummi, abang, mama dan abah) kena belanja makan family bila tiba tarikh hari jadi.

Yang Ummi ingat, Ummi pernah belanja keluarga makan di KFC dan TAZA (hurmm, tak tau lah restoran taza ni dah tak wujud dah sekarang). Masa tu tak kenal lagi nak belanja steamboat ke, western ke, lagipun mahal kan. Kekeke..

Hishh, nak makan sehari-hari pun sekarang ni macam tak cukup duit, cam ne nak belanja keluarga makan besar?? Hurmm, birthday kita hanya setahun sekali je pun, bukan sebulan sekali. Kalau kita simpan rm10 sebulan selama setahun pun dah cukup rm120 untuk belanja makan keluarga, cukup kot kalau nak belanja makan steamboat untuk 4 orang. Hah!

Kami (Ummi dan abang) dulu mana lah nak ada duit sangat. Jadi, kami memang kena kumpul selama setahun supaya dapat belanja makan yang best masa birthday nanti. Duit raya separuh plus duit simpanan bulanan sikit-sikit dapat membahagiakan orang lain.

Alaa, bulan lain ahli keluarga lain la pula kena belanja bila tiba diorang punya birthday kan. Syiokk!

Lagipun, bila kita buat macam ni..
  • Kita belajar jimat duit untuk kebahagiaan bersama.
  • Kita belajar erti memberi
  • Kita belajar membahagiakan orang pada hari bahagia kita.

  
Kalau anak-anak dah masuk sekolah rendah, boleh dah mulakan. Anak-anak pasti teruja nak belanja makan kat mana bila tiba birthday dia.

Dah tu, bila nak sambut birthday garden party dengan kawan-kawan??

Hahaha. Terpulanglah! Ini sekadar cadangan. Atauu.. mungkin buatlah alternate years, tahun ni kita buat “birthday boy/girl belanja makan”, tahun depan buat birthday party..

Atauu, anda ada cara lebih best dan unik nak sambut birthday? Jom kongsikan di komen!


UmmiAbida @ Iffah Azhar
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak

Wednesday, November 26, 2014

Pengalaman dan Review Desa Water Park 2014

Assalamualaikum semua,

Khamis lepas Ummi bawa anak-anak mandi manda di Desa Water Park, Puchong. Sebenarnya ini kali kedua Ummi ke sini tahun 2014 ni. Alkisahnya kami beli groupon Desa Water Park untuk 9 orang (7 dewasa, 2 kanak-kanak), dapat lah jimat RM54 untuk 9 orang ni. Tengok-tengok, hari yang kami pergi tu ialah hari cuti sekolah (pertengahan bulan 9). Dah sampai Desa Water Park baru perasan, takkan nak patah balik. So, terpaksa kami beli tiket biasa, tiket groupon kami simpan dulu.

Tu yang gigih juga pergi 20hb Nov tu, sebab tu tarikh terakhir sebelum tiket groupon Desa Water Park expired! Last minute betul!

Jom tengok gambar sikit-sikit dulu…

 paksu layan anak2 sedara main air





Harga masuk desa water park ni:-
Pemegang MyKad (Dewasa RM35, Kanak-kanak RM25)
Bukan Pemegang MyKad (Dewasa RM40, Kanak-kanak RM30)

Ikutkan price oklah, tak mahal sangat. Rides nya? Hurmmm…
  • Untuk dewasa ada dua je slides, satu berbumbung, satu lagi open. Naik pakai pelampung 8 atau yang donut.
  • Untuk kanak-kanak ada dua tempat, tapi yang paling best yang sebelah slide dewasa, slide yang tinggi tu laju!
  • Thunderbolt, ride paling best tapi… 30 minit je dia buka, tu pun weekend sahaja! Nak beratur punyalah panjang. Huhu..
  • Air berombak (ala2 kat laut) ok sebab ombak dia kuat.
  • Yang kawasan sungai pun best, panjang, arus air kuat (dapat tolak pelampung ke depan), ada air terjun.


Jom tengok gambar lagi…
cendawan hujan, desa water park


 Dr. A's Clan main air! (abang sulung je tak ada dalam gambar)

Untuk anak-anak main memang puas. Kak long tu turun naik slide sendiri mau lebih 10 kali. Slide nya memang laju. Yang kelakarnya, kami yang besar-besar ni pun naik sekali slide kanak-kanak (opssss…). Masa pergi 1st time tu, kak long kat depan sekali, Ummi belakang dia, pastu topup belakang tu maklong, paklong, sepupu2 kak long semua turun sekali. Dah jadi macam tren turun slide dah. Haha.

Yang bestnya di Desa Water Park ni, dia tak strict sangat. Bolehlah kami yang bertudung ni naik slides juga! Semua slides kami naik. Cuma kurang best nya rides tak banyak sangat seperti di tempat lain. So, ada pros and cons.

Ni gambar penutup ye… Sekumpulan ikan ber”gopro”. Haha. Ummi tiada dalam gambar!




Kalau nak bawa anak-anak bermain air pada musim cuti sekolah ke sini boleh lah. Terpulang nak pergi hari minggu ke hari biasa. Tapi hari biasa tak ada thunderbolt, huhu.

Makanan tak boleh bawa masuk, boleh beli kat dalam ada café. Harga makanan kat dalam Ummi tak pasti sebab kami tak beli pun makanan (psstt psstt, kami seludup bawa masuk sandwich dan air, hihi).

Oklah, kepada ibu bapa nak bawa anak-anak ke Desa Water Park, selamat bercuti dan mandi-manda. Owh lagi tips, KFC ada je dekat dengan kawasan ni, Cuma kena pakai GPS lah nak cari.


Iffah Azhar (SID #929407)
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak

Thursday, November 13, 2014

[ THROWBACK] Europe Trip June 2014

Assalamualaikum semua,

Mengenang kembali kenangan manis berada di bumi Allah sebelah utara. Cuaca tidak begitu sejuk mahupun terlalu panas. Memang perfect!

EUROPE TRIP JUNE 2014
GERMANY - AUSTRIA - ITALY - SWITZLAND - FRANCE - AUSTRIA - GERMANY


Tak mau bebel panjang dalam entri kali ini. Kita layan gambar saja. Pictures worth million of words that can be compressed into one word; SUBHANALLAH!!!



 Strawberry farm di Germany

Tux, Austria.. Kat atas gunung


 Intertux, glaisier (gunung bersalji sepanjang tahun)

 sama pula umur kita kan rumah.. 1995? heeee..




 masih di pergunungan di Tux, Austria


 belum berpunya si bujang hensem!


 main cak-cak dengan Llama

Gondola.. Venice, Itally

 original cornetto from Italy, atuk belanja!

 aiskrim yang ni pun sedap juga, tak ingat namanya

 Swiss Alp.. anak daraku in action!

dan ini hasilnya? hehe...

 Rondanino, will never forget your story!!!

 sebuah masjid di Islamic Centre, Geneva

 not my dream car though! haha

fresh and lovely cerries. nyummy!!!

Sebenarnya  banyak lagi gambar yang tidak dimasukkan di sini. Banyaknya dari kamera mama. Ini yang dari fon, sendiri tangkap atau di share di group whatsApp.

Pengalaman paling best ialah apabila strawberry picking dan menyelusuri kampung-kampung di Germany. Sungguh indah pemandangan. Subhanallah! Kalau ada rezeki lagi, nak ziarah negara lain pula!  InsyaAllah.

Ummi doakan para pembaca juga murah rezeki dapat jalan-jalan ke negara orang, melihat dan menikmati keindahan ciptaan Allah di segenap bumi Allah ini. Aminn!

Iffah Azhar (SID #929407)
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak


Friday, October 31, 2014

Lagi 4.5 bulan je lagi. Weeehuu!!

Assalamualaikum semua,

Semalam borak-borak dengan customer Shaklee Ummi. Kira follow-up la tapi style borak-borak. Tanya dia macamana makan Shaklee, ok tak.. ada perubahan tak.. Customer yang seorang ini baru bersalin, makanya dia ambil set berpantang Shaklee.

Dia kata okay makan Shaklee, rasa badan bertenaga. Ummi tanya luka dah baik belum. Dia kata dah tak rasa sakit, kira dah sembuh la kan? Dua minggu lepas bersalin dah tak rasa sakit pada luka. Alhamdulillah sangat! Tetapi dia masih berpantang laa sampaikan bancuh ESP pun ibu dia yang buatkan.

Then Ummi offer dia ESP, yang promo tu! Mana tau dia punya ESP dah nak habis dan dia nak jimat sebab dapat 1 tin ESP free kan. Dia pun tanya ESP ni as milkbooster ke. Dari situ la kami borak-borak pasal breastfeeding..
  
Tetiba customer Ummi tanya, “you masih bf kan?” haaa! Dak kenit bijak tu masih fully breastfeeding. Kemudian Ummi kira-kira, lagi 4.5 bulan je lagi!! Weehuuuuuu…..


4.5 bulan je lagi dah nak wean off. 4.5 bulan je lagi nak sempurnakan penyusuan dua tahun ni! Perasaan?? Bercampur baur; lega, puas hati, tak sabar, akan rasa rindu, dan yang paling penting… BERSYUKUR.



Bersyukur kerana Allah beri peluang nak bf sepenuhnya. Bersyukur kerana Allah cukupkan susu ibu untuk dak kenit bijak tu. Bersyukur kerana Allah beri kekuatan untuk mengharungi segala suka duka pahit manis sepanjang perjalanan ini. Bersyukur kerana Allah beri satu tekad yang tak pernah luntur, “aku harus sempurnakan penyusuan dua tahun!”

Tekad!!


Sejujurnya, set milkbooster Shaklee ke, set penyusuan lengkap Shaklee ke.. kalau si ibu tiada tekad atau determination yang kuat untuk mencapai cita-cita penyusuan penuh ini, pasti tak sempurna penyusuan dua tahun. Kenapa Ummi berkata begitu? Sebab perjalanan penyusuan ni tidaklah semudah yang disangka. Penat, sakit, sakit-sakit badan, leceh, belum kalau demam ke.. sakit ke, mastitis ke, diarrhea ke… macam-macam ujian.

Tetapi bila tekad tinggi, semua cabaran di atas dapat diatasi

Ummi kalau sesi menyusu, Ummi suka dekatkan telinga ke mulut dia sebab nak  “curi-curi” dengar dia isap-telan-isap-telan. Ni pun satu nikmat yang besar. Bayangkanlah susu yang penuh khasiat, mudharat-free ni anak kita consume sepenuhnya. Seronoknyaaa!!!

So, lagi 4.5 bulan je lagii. Semoga tiada cabaran yang terlalu berat lah bakal dilalui. Dan semoga tercapailah hajat hatiku ingin menyempurnakan penyusuan selama dua tahun ini. Doakan juga tau!

Alhamdulillah ala kulli hal

Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com

Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak


Melangkah setapak ke hadapan mencari redha Ilahi

Assalamualaikum semua,

Dari semalam sebenarnya dah tunggu posmen datang. Siap ketepikan tudung dan baju lengan panjang lagi. Alhamdulillah tadi poslaju call. Akhirnya sampai juga bunting yang ditempah jauhhh dari ganukite.


Encik Zauj kata biarlah dia nak mengajar anak-anak mengaji dulu sementara dia sedang buat thesis ni. Yelah, pahala pun dapat, kerja tak berat, income pun dapat. Mudah-mudahan Allah lancarkan perjalanan thesis dia dan bagi dia ilham banyak-banyak supaya cepat dia siapkan thesis. Aminnn!!!

Nanti dah habis thesis boleh buat tuisyen bahasa Arab pula. Atau buka kelas bahasa Arab melalui WhatsApp/weechat dan apa-apa medium pun ok.

Harapan Ummi pula, moga-moga ramailah anak-anak ingin mempelajari Al-Qur’an, lagi-lagi nak musim cuti sekolah ni kan. Kak long kena ikut abi mengaji lepas maghrib ok?

Sebenarnya ada seorang Jutawan Muslim ni dah mewakafkan rumah tu untuk diadakan majlis ilmu. Tak kiralah apa, asalkan bermanfaat buat ummah. Setakat ni belum ada apa-apa aktiviti lagi di rumah tu. So, encik Zauj ambil peluang lah. Peluang untung dunia akhirat, Aminnn!

Dan semoga usaha kecil kami diredhai Allah. Ada lagi satu tawaran, jadi fasilitator di ILuvQuran.com. menarik dan kreatif mereka nak didik sayangkan al-Qur’an. Boleh lah usha website mereka! Tempat mengajinya pun tak jauh dari rumah.

Siapa kata rezeki susah nak dijemput?  Kita usaha, doa, tawakkal… Allah beri pada kita insyaAllah.

Ummi duduk rumah jual produk best Shaklee lah ye, sambil time lain ajar kak long English, Math, Science.. dan adik juga!

Juga noga-moga usaha untuk menaiktaraf kesihatan orang lain juga dikira amal kebaikan olehNya. Kesihatan yang baik adalah elemen penting supaya Muslim lebih maju ke hadapan.

Doakan kami berjaya ya! Eh, bukan kami sahaja, dan untuk kamu yang membaca dan mendoakan juga. Kejayaan di tangan kita insyaAllah!

Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com

Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak


Monday, October 27, 2014

My kak long’s first exam!

 Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah hari ini rasa sihat sikit berbanding dua tiga hari lepas. Dapatlah nak mengadap laptop kesayangannya ni :) Tadi pergi jumpa doktor, balik-balik tak makan ubat pun lagi.. dah rasa baik. Sedut aura dari doktor. Hee hee. Alhamdulillah tak serius pun, doktor kata sinus aja, insyaAllah tak kronik. Amin!

Hari ini hari pertama kak long exam. Ujian akhir tahun kata cikgu. Haish, tak tau laa nak kata apa, budak umur lima tahun dah dikenalkan dengan ujian peperiksaan. Kesiannyaaa…sampai umur berapakah dia harus melalui ujian bertulis setiap tahun dalam hidup dia??


Bahasa Melayu, dan mata pelajaran yang bertulis bahasa Malaysia boleh lah Ummi ajarkan sebab kak long dah boleh membaca bahasa Melayu. Kalau English ke Bahasa Arab ke.. nak ajar dalam masa dua hari ni mana lah mampu. Matematik Ummi dah ajar dah kak long tambah tolak, dia suka!

Ummi tak ada nak push dia pun. Kata Ummi, “kalau kak long tahu jawab, kak long jawab elok-elok, kalau tak tahu, biarkan saja lah”. Lagipun hari tu kan cuti tiga bulan, hoho.

Tapikan, jiran bawah tadi bagitahu anak dia (yang sama kelas dengan kak long) belum pandai membaca, walaupun Bahasa Melayu. Huhu.. Rasa puas lah dua bulan pulun ajar kak long membaca!

Ummi tak mahu kejarkan kak long MESTI dapat nombor satu dalam kelas.. No No No!! Ummi nak, apa yang cikgu atau Ummi ajar, dia faham dan boleh praktikkan dalam kehidupan. Bukan bagus atas kertas saja, tetapi praktikalnya fail, adabnya fail, human sense nya fail. No No No.

Lupa nak ajar kak long supaya baca Bismillah sebelum mula menjawab peperiksaan. Tetapi tadi dengar sebelum start, ramai-ramai mereka baca doa sebelum belajar tu, ok lah kan. Alhamdulillah.

Tahun depan kita cari pengalaman baru di tadika baru ok sayang.

<3 <3 <3

Saturday, October 18, 2014

My A-Level-Bestie’s Wedding

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, syukur sangat bila kawan ni message bagitau nak kahwin hari tu. Kalau ikutkan umur, memang dah sesuai sangatlah bina masjid sekarang, bila lagi kan? (psstt psstt.. Ummi pun dah dua anak, hiks hiks..)

Qeyla, nama panggilan femes masa A level kat Cambridge dulu. Memang kawan baik dengan Qeyla, dan adik sorang tu Nurul orang panggil dia. Kami ni la bertiga sleep-over, tuisyen physics sama-sama dengan Mr. JC. Sleep-over tu kalau bukan di rumah Ummi, kami tidur rumah Nurul.

Ingat lagi satu hari sleep-over rumah Ummi, malam-malam tu boring. So turun bawah tengok TV. Cari cerita best. Memula tu cakap dengan diorang Ummi nak tengok “Wicked Science”. Haha.. Siri wicked science ni best la untuk budak-budak macam kami ni kan. Nak tengok full series wicked science boleh tengok kat youtube ye!

Then habis wicked science, kami tengok Jason X ke apa entah namanya, lupa dah! Yang robot suka bunuh-bunuh orang tu. Sebenarnya Ummi tak gemar sangat tengok cerita suspend2 ni, tapi nak menemankan Qeyla dan Nurul, den tumpang tengok gak la! Hihi.

Kenangan! Masa nak dekat exam lagi kerap kami sleep-over, buat past papers sama-sama. Masa tu tak ada smartphone, so takde gambar selfie. Huhu.

Habis exam A-level, Qeyla balik Malaysia. Since then, tak pernah jumpa dia langsung, sampailaa wedding reception dia! Rindunyaaa….

Tak sangka Qeyla pun dah mendirikan rumah tangga, tinggal Nurul punya turn pula. Bila la tu agaknya? Dia suruh doakan. Soon insyaAllah! ;)




Barakallahu lakuma wa Baraka alaikuma wa jama`a bainakuma fi kheir

Sama pula warna tema pengantin dengan warna kami sekeluarga. macam plan baik punya je! Ataupun kalau pengantin lama yang duk kat sofa pengantin baru, boleh dak camtu? Haha!



Semoga masjid yang dibina sentiasa dilimpahi sakeenah mawaddah wa rahmah, ketenangan, kebahagiaan dan penuh kasih-sayang.

Qeyla tanya, “apa beza kita sekarang?” haha, ntah la. Nampak matured la kan. Hehehe,

Kami datang lambat jugakla. Aunty and Uncle dah balik, tak dapat jumpa mereka. Tapi bila datang lambat, boleh chit chat lama sket dengan pengantin kan? Orang nak lepaskan rindu kan! Husband ni pun sporting je.



Welcome to the club! Be a good wife and mother to your kids. Harapnya dapatlah jumpa lagi lepas ni kan. Masing-masing kat Malaysia.. cumanya Qeyla akan tinggal kat Miri. Huuuu, jauhhhh.


Love you always! Take care..

Thursday, October 16, 2014

Bangkit dari lena

Assalamualaikum semua,

Jarang pula rasanya bercerita tentang anak-anak dalam blog, selalunya kisah mereka dicoretkan di personal fb Ummi sahaja. Boleh lah usha cerita-cerita mereka di sini :)

Malam ini seperti biasa Ummi tidurkan anak-anak. Si kenit bijak tu makin lasak, menyusu pun sempat tendang-tendang kakak dia. Alhamdulillah sangat kak long ni penyabar orangnya. Tak ada lah sesi tendang menendang, kak long tak balas.. dia mengadu saja, “Ummi, tengok adik tendang kita”.

Tadi adik penat agaknya, dia sempat tendang-tendang kejap je, then terus fengsan. Kak long yang dari tadi senyap tiba-tiba bersuara..

“Ummi, kalau kita mati, kita tak nak mati sorang-sorang! Kita nak mati sama-sama empat orang, dengan Ummi, Abi dan adik. Boleh tak Ummi?”.

Ya Allah, tersentak lah kak long cakap macam tu. Tiba-tiba pula dia bersoal tentang kematian.


“Ummi, kita nak masuk syurga, tapi kita nak masuk syurga dengan Ummi, nanti kita nak Ummi, nanti kita rindu Ummi”.

Nada dia terus bertukar. Dia menangis! Rindunya kak long pada Ummi.

Ummi pun balas, “soal mati ini Allah yang tentukan. Ummi pun nak masuk syurga, sama-sama dengan kak long, dengan Abi, dengan adik. Kak long kena banyak doa pada Allah, semoga Allah masukkan kita ke syurga sama-sama”.

“kak long nak masuk syurga? Kalau nak, kita kena buat apa yang Allah suruh, apa yang Allah suka. Dan kita tak boleh buat apa yang Allah tak bagi kita buat. Apa yang Allah suruh kita buat?”

Kak long masih menangis, tak mampu berkata-kata.

“Allah suruh kita solat, Allah suruh kak long dengar cakap Ummi Abi, Allah suruh buat baik pada orang lain, kita kena belajar rajin-rajin”.

Tiba-tiba kak long bersuara lagi
“Ummi, kalau kita nak masuk syurga, macam mana kita nak bukak?” sambil tangannya seolah membuka sesuatu.

“Buka apa sayang”.

“Buka tu lah, kan kalau mati kita kena ikat”.

Owh, rupanya yang dimaksudkan kak long ialah kain kafan.

Ummi pun bercerita tentang roh dan jasad. Bila roh dimasukkan ke dalam jasad, bila roh dikeluarkan dari jasad. Dan itu semua kuasa Allah.

Perbualan malam ni memang membangkit diri ini dari lena. Juga menaikkan bulu roma!!

Anak kecil berusia lima tahun tanya soal kematian. Dia sudah memikirkan kehidupan selepas kematian.

Ke manakah hala tuju kita di kemudian hari? Adakah target kita ialah syurga yang kekal abadi? Adakah action kita akan menyebabkan kita capai target kita itu?

Kerana sentiasa dididik “nak masuk syurga, tak nak masuk neraka”, dalam fikirannya kak long akan masuk syurga. Tetapi dia tidak mahu masuk seorang diri, nak masuk dengan orang yang dia sayang.

Ahh, begitulah di akhirat nanti, di padang mahsyar nanti. Bagaimana tinggi kesayangan kita kepada orang tersayang, waktu itu kita lupakan mereka, kita tidak pedulikan mereka, yang kita fikirkan hanyalah diri kita sendiri. Bagaimana kah nasib kita, dari manakah buku amalan kita akan terima.

Adakah kita akan bersatu di dalam syurga nanti? Pasti itu harapan tertinggi kita kan?

Tersentak jiwaku malam ini, merintih hati ini meminta keampunan dari Ilahi. Andai saja esok bukan lagi untuk kita, moga-moga kita masih dapat bertemu dengan orang yang kita sayangi semula di syurga.

Sudah cukupkah usaha, amalan untuk kita masuk syurga? Bangkitlah dari lena wahai diri!! Allahu Robbi

Nota kaki:
  1. Terima kasih sayang atas soalan yang mengetuk diri dan minda Ummi malam ini. Allah ingin buka hidayah, pintu hari melalui anak kecil malam ini. Subhanallah. Terima kasih Allah!
  2. Masih banyak perkara yang harus Ummi ajarkan pada kak long. Sabar ye Nak. Ummi akan ajarkan sikit-sikit ikut kesesuaian waktu dan keadaan. Moga anak-anak Ummi berjaya dunia akhirat dan kita dikumpulkan semula di akhirat nanti ya! amiinn



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...